Alamak. Terpanjang pula tajuk entri kali ini. Saya sukacita nak highlight mengenai penulisan entri berkualiti di dalam blog. Sebagai seorang blogger, anda harus dan perlu mahirkan diri untuk menulis sesuatu entri yang ada kualiti terbaik, kerana ia penting untuk blog anda menerima trafik yang diinginkan.

Entri berkualiti ini bukan hanya akan mendapat tempat di hati pengunjung dan pencari maklumat menerusi enjin carian, tetapi merupakan salah satu cara kita mengimarahkan budaya ilmu pengetahuan baik lagi berkat dunia akhirat.

Blogger Baru Buktikan Entri Berkualiti Itu Penting Untuk Dapatkan Trafik Blog

Saya telah dapatkan seorang blogger baru yang mengakui bahawa dengan menulis entri berkualiti, blognya telah berjaya mendapat trafik sehingga 23 ribu hanya menerusi satu entri berkualiti. Hebat tak hebat, anda boleh terjah sendiri nanti. Boleh baca testimonial blogger baru ini berkaitan entri berkualiti penting untuk dapatkan trafik blog - Segmen Jom Kenal Blogger Baru Bro HH

Menerusi penulisan bergaya santai tetapi berinformatif dan bermanfaat kepada semua, saya pasti blog rakan blogger baru saya ini akan dapat maju lebih lagi. Apatah lagi dengan suasana blog yang cukup selesa pada pandangan mata saya.

Penampilan widget yang ala-ala kelam juga menarik minat ingin tahu supaya pengunjung menyelongkar isi blog lain yang ada. Satu blog yang bagi saya harus diberikan pujian kerana memanfaatka sebuah blog dengan konten berkualiti untuk tatapan dan bacaan semua pengunjung.

Syabas dan tahniah. Harapnya ramai blogger baru akan buat entri-entri yang dapat berikan manfaat terbaik untuk sejagat manusia. Saham dunia dan saham akhirat. :)

22 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Yeap yang ni aku pun setuju...Kalau jenis yg nak taip ada pkataan pelik-pelik kadang-kala orang jadi malas nak baca :)

    BalasPadam
  2. Baru yang berkualiti. Banyak yang say jumpa... dah lama... tapi asyik ngutuk orang pun banyak. Sekali sajalah hinggap, takut terpalit.

    BalasPadam
  3. Kalau berkualiti, orang selalu datang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Entri berkualiti ada magnet sendiri. Tak perlu paksa orang baca pun, ia akan ada tarikan tersendiri.

      Padam
  4. menulis dan berkongsi ilmu serta pengalaman. Suka kita nk baca

    BalasPadam
  5. semoag lebih ramai lagi blogger yang akan mementing penulisan berkualiti

    BalasPadam
  6. ini yang tak ramai blogger jaga..penulisan berkualiti.susah juga nk cari..:D

    BalasPadam
  7. Balasan
    1. Berkualiti dan mesra - gabungan yang kuat tapi susah juga nak praktikkan tu.

      Padam
    2. betul kata bro. berkualiti dan mesra mmg susah tak taip
      tapi kalau berkualiti dan boring banyak sgt. hihi

      Padam
  8. abam long, blog saya ok tak? takdek pun puji blog sy huahuahua

    BalasPadam
  9. Itu lah bang. saya ni tak tahu blog saya okay ke tak. abg rasa okay tak?

    BalasPadam
  10. Entri berkualiti..masalah...masalah...hihi..blog santai je hihi..insyaAllah akan perbaiki dari satu tahap ke satu tahap.

    BalasPadam
  11. Nak menulis semua blh tapi untuk menghasilkan penulisan berkualiti tak ramai blh buat seperti penulisan Tuan HH kita ni,,marvelous...

    BalasPadam
  12. Yang penting berkualiti biarpun kuantiti kurang...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha. Dulu saya sangat pentingkan kuantiti .. sehari sampai berbelas entri pun ada. Yelah, masa tu baru lagi, jadi kena banyakkan entri supaya ada lebih bacaan utk pengunjung pertama utk nilai isi.

      Padam
  13. blog sekarang mcm cendawan tumbuh. hahaha nice entri HH

    BalasPadam
  14. suka info yang straight to the point.. senang nak paham

    BalasPadam
  15. @@ *mata berkaca2* hihi..
    terima kasih bro HH untuk review yg ikhlas ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama. Saya kan dah janji akan review blog yang ambil bahagian dalam segmen saya tu .. hoho... :P

      Padam
  16. Banyak tips tu dapalam entry yang dibuat. Terutamanya orang nak cari info tentang bayi. Mak bayi, ayah bayi semua mesti cari dalam google tu.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement