Blog boleh bantu kembangkan bisnes. Jika anda ada bisnes, maka anda seharusnya memikirkan untuk memiliki sebuah blog. Awal-awal, anda mungkin hanya perlu sediakan sebuah blog yang simple-simple menerusi platform percuma. Dari situ, anda boleh mencari kekuatan sendiri, dan membuat penilaian apa yang pelanggan anda mahu sebenarnya.

Bila sudah ada input dari pelanggan, bila sudah ada feedback; barulah anda melakukan anjakan paradigma untuk menukar sebuah blog biasa ke sebuah laman web bisnes atau laman web jualan yang responsif dan lengkap.
Blog Bantu Kembangkan Bisnes
Blog bantu kembangkan bisnes anda menerusi enjin carian Google. Dengan modifikasi template serta menjadikannya mesra SEO, anda akan mendapat bakal pelanggan baru menerusi entri-entri berkaitan produk dan bisnes anda. Blog bisnes amat perlu berada di dalam enjin carian Google, seandainya mahu bisnes dikenali bukan setakat di rantau berdekatan malah mengembangkannya ke seluruh dunia.

Belajar buat blog sendiri, ketahui dan amal segala tips mengenai blog supaya apa yang diceritakan dapat sampai, dan anda dapat perkenalkan bisnes serta produk dengan lebih berkesan.

Perkara penting bila telah ada blog sendiri ialah kemaskini. Kena sentiasa kemas kini blog. Paling tidak seminggu sekali. Dan paling bagus berkali-kali dalam sehari. Blog yang kaya dengan konten sangat bagus untuk pengunjung mengetahui dari A sampai Z mengenai bisnes anda. Jangan sembunyi-sembunyi, tunjukkan keikhlasan dan kejujuran anda sebagai seorang peniaga online yang bertanggungjawab.
Blog Bantu Kembangkan Bisnes
Jadikan blog untuk hubungkan anda dengan pelanggan. Gunakan ruang komen sebaiknya untuk mendapat feedback. Jadikan blog menyebar informasi yang terbaik berkaitan bisnes anda. Dan berikan sesuatu lebih dari sekadar menjual produk di blog.

22 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. memang banyak aku tengok orang dah jadikan blog tempat buat perkenalkan bisnes mereka

    BalasPadam
    Balasan
    1. mmg betul,,, blog senang dan mudah dijumpai di google - kedaionlinemy.com

      Padam
  2. blog boleh diubah kepada site perniagaan juga.

    BalasPadam
  3. Saya pun baru belajar-belajar buat business guna blog. Datang la singgah.

    BalasPadam
  4. Betul tu.. before ni memg ramai tengok berbisnes melalui blog.. tp sekrg dah upgrade skit.. promo kat instagram plak kann..

    BalasPadam
  5. setuju sangat blog memang sangat membantu..dulu mak jemah mulakan dengan blogspot dan buat blog berpandukan google je. kini dah bertukar pada wp..

    BalasPadam
  6. Okey artikel ini sangat menarik. Teruskan usaha.

    BalasPadam
  7. setuju sangat saya dah dua bulan maintain sale 4k guna blog tanpa iklan langsung bang hasrul

    BalasPadam
  8. Zaman sekarang biz online tetap menjadi pilihan utama namun masih ramai yang menggunakan cara yang salah untuk mempromosi produknya..so inilah cara terbaik untuk ke arah promosi yang menguntungkan..

    BalasPadam
  9. Sekarang ni org guna ipad dan smartphone di mana2...jadi blog adalah antara pilihan ramai..siapa yang pandai buat blog utk berniaga, InsyaAllah hasilnya lagi lumayan dari direc selling...

    BalasPadam
  10. Dengan adanya blog, memang boleh membantu kan..

    BalasPadam
  11. denganblog memudahkan pelanggan mengetahui info lanjut mengenai bisnes kita

    BalasPadam
  12. Saya dulu bukanlah seorang blogger. Memang tak tahu 1 habuk pun pasal dunia blog ni.. Alhamdulillah, bile start ber biz Shaklee, mentor2 sume sarankan buat biz melalui blog. Memang serius saya sendiri tak sangka customer dari blog lebih mudah berbanding facebook. Lagipun, kebiasaannya customer melalui blog ni ramai yang mahukan COD (dapatkan terus). Secara tak langsung boleh bina hubungan terus dengan pelanggan..

    BalasPadam
  13. Bagi blogger yang berbakat besar dalam bisnes ni ..oastinya blog dapat dimanfaatkan dengan baik..tahniah pada HH blog yang hebat..

    BalasPadam
  14. ya.. betul tu.. blog antara medan niaga selain fb dan insta...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menerusi blog, kita boleh beri penerangan lebih jelas .. lebih terperinci .. itu yang orang mahukan .. pelanggan mahukan. :)

      Padam
  15. memang betul... ramai yang sudah terbukti berjaya dan menjadi inspirasi kepada semua blogger.

    BalasPadam
  16. kalau ada produk sendiri lagi bagus.

    BalasPadam
  17. menarik sungguh dan sudah semestinya blog itu adalah pelengkap kepada bisnes

    BalasPadam
  18. Baru jumpa blog ni..sangat kagum sebab banyak tips tentang blogging

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement