Ada blogger baru tanya, dia baru je ikuti tutorial Cara Buat Blog Sendiri (rasanya), kemudian dia bertanya, "assalamualaikum.. sy berterimakasi sbb ajar buat blog ni.. lgi satu.. cm na nak buat follower yg rmai yaa??"
Bagaimana Nak Mendapatkan Follower Blog Ramai?
Ok. Bagaimana nak mendapatkan follower atau pengikut blog yang ramai. Jadi beginilah, saya berikan dalam bentuk nota ringkas. Boleh fikir, dan boleh cuba tips diberikan. Ada tips yang praktikal, dan ada tips dari segi penyampaian.
12 Tips Untuk Mendapatkan Follower Blog yang Ramai
- Widget follower itu perlu di atas, mudah untuk orang klik ikut atau follow. Saya pernah letak di bahagian bawah header dan pernah letak di bahagian atas sidebar blog. Alhamdulillah, ia berjaya menaikkan jumlah follower blog ini.
- Gunakan widget follower yang mudah. Ada yang masih mahu gunakan widget follower lama, jenis Google Friends Connect, tapi bagi saya, sangat syorkan gunakan widget Google Plus. Fikir mana satu widget yang mudah untuk pengunjung blog anda untuk klik follow.
- Penampilan blog mesti kemas dan menarik. Paling penting jangan sesekali abaikan keselesaan pengunjung mahupun pembaca blog, berikan apa yang mereka mahukan - entri-entri blog anda. Sediakan pautan untuk entri-entri menerusi label, widget popular post, widget post terkini, widget post bersandarkan label, widget komen terkini dan sebagainya.
- Tulis entri anda berdasarkan pemikiran berilmu dan pengalaman anda. Jika ada pengalaman sebenar, dahulukan penceritaan di dalam cara menulis entri. Kemudian masukkan fakta lain agar entri itu bukan entri 'kosong'.
- Terbitkan dan tulis banyak entri bergambar. Pengunjung suka blog yang ditulis dengan adanya gambar. Gambar adalah visualisasi yang boleh membuatkan orang terpikat. Lebih cantik gambar lebih baik.
- Tulis dengan akal dan kewarasan. Elakkan diri dari menggunakan perkataan yang lucah, tidak beradab dan menunjukkan bahawa anda seorang manusia yang suka melihat perkara negatif. Aura negatif ini akan membinasa dan memakan jiwa sebuah blog. Mahu tulis entri kontroversi, silakan, tetapi berhati-hati.
- Blog akan dapat follower yang ramai jika kita menulis dengan cara penceritaan. Semua orang suka cerita, maka gunakan pendekatan ini untuk memikat pengunjung dan menjadikan mereka pembaca setia menerusi widget follower yang ada.
- Hargai pengunjung dan pembaca blog anda dalam apa jua bentuk yang difikirkan sesuai.
- Libatkan diri dalam komuniti blogger dan komuniti pembaca. Boleh gunakan laman sosial seperti Facebook, LinkedIn, Instagram mahupun Twitter.
- Visualisasi adalah antara faktor untuk meramaikan follower blog, jadi pastikan warna menarik digunakan untuk penampilan blog anda - dari segi tulisan, latar warna (background), warna sidebar, warna pautan (link) dan sebagainya. Gunakan warna asas sedondon yang selamat.
- Header blog juga merupakan antara faktor tarikan. Jadi, cuba dapatkan header blog yang menarik yang menggambarkan isi kandungan blog anda secara keseluruhan. Orang tengok header, dah boleh tahu dan predict apa yang akan mereka baca.
- Tulis sesuatu yang boleh berikan sesuatu kepada pengunjung dan pembaca. Jika ada minat yang sama, info yang mereka cari, maklumat yang unik, fakta menarik .. in Sha Allah, anda boleh menarik segolongan tertentu follower blog anda.
Fuh... rasanya dah cukup banyak tips blogging yang saya berikan untuk hanya satu topik - bagaimana nak mendapatkan follower blog yang ramai.
Semoga bermanfaat. In Sha Allah.
Memang terbaik la tips ni..Saya masih baru dalam dunia blog.. InsyaAllah akan cuba praktikkan sedikit demi sedikit, supaya saya juga bakal menjadi blogger yang berilmu seperti HH satu hari nanti, insyaAllah..^_^ Tq tips berguna ni..
BalasPadamAlhamdulillah, terima kasih kerana sudi membaca ...
Padamsetiap tutorial abg HH mmg terbaik lah - kedaionlinemy.com
PadamAda sebahagiannya saya dah cuba dan akan terus mencuba... hidup blog untuk blogger! :P
BalasPadamalhamdulillah...dah cuba semua strategi,tinggal nak pastikan apakah saya syok sendiri atau orang boleh sukakan blog saya.huhuhu
BalasPadamAwal2 biar kita rasa syok sendiri pada blog. Kalau kita tak rasa syok, bagaimana org nak syok kat blog kita .. ye tak? Tapi jangan terlebih syok sampaikan kita lupa bahawa blog kita itu akan ada pengunjung yang baca.
PadamPada dasarnya lebih mudah mendapatkan Pengikut-Pengikut melalui Wordpress daripada Blogspot :)
BalasPadamgood share
BalasPadamTerima kasih untuk tips ini. ;D
BalasPadambagus sangat tips ni..paling suka no 6.. aura positif
BalasPadamSaya suka entri ini. Banyak tips yang berguna yang boleh saya ambil.
BalasPadamTerima kasih. Harap dapat dikongsikan dengan LIKE dan SHARE yang ada.
PadamInfo sangat berguna...terima kasih tuan HH
BalasPadamGood Sharing bro :)
BalasPadambagus tips yang dikongsikan. tak semua perkara tu saya buat..tapi akan cuba usahakan jugak :)
BalasPadamAzam tahun ini, nak tukar gaya penulisan di blog jadi bentuk penceritaan. Memang jenuh perah otak. Rasanya lebih mudah kalau ada kaitan dgn pengalaman peribadi, betul tak?
BalasPadamTips yang sangat membantu..terima kasih.. =)
BalasPadamTerima kasih untuk. Baru berjinak jinak dalam berblogging banyak benda yang tak tahu lagi 😂
BalasPadam**tips
PadamGood Sharing.Best!!!
BalasPadamwahh.. banyaknya komen kat sini.. nak join jugak la kat sini.. hee..
BalasPadamjom pakat jenguk sini hehe
Info yang sangattt berguna terutama sekali kpd yg masih baru dlm blog contohnya saya T.T..Thanks sangat..
BalasPadamThank you
BalasPadamthank you ! good tips !!
BalasPadamThanks you.
BalasPadamTerima kasih,sangat membantu bagi saya yang nak bermula untuk menulis.
BalasPadamTerima kasih.
BalasPadamTq share tips ni :)
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.