Mengapa saya menjuruskan kepada blogger dalam platform blogspot?
SEO Jana Income Menerusi Blog

Walaupun ada kritikan mengenai penulisan SEO yang tidak berjiwa, namun ada beberapa blogger yang sangat mahir telah hasilkan bukan sahaja entri SEO, tetapi entri yang ada jiwa. Malah, penulisan entri SEO dan berjiwa ini telah diulas sangat baik di dalam Kitab SEO Merah Jambu ditulis oleh rakan blogger yang merupakan Sifu Affiliate Menerusi Blog - Encik Titan. Income dijana setiap minggu hanya dengan satu dua artikel atau blog post yang diterbitkan sekali. Hebat tak hebat, entri yang ditulis bertahun sudah masih boleh lagi 'membayar' income online tiga hingga empat angka sehingga ke saat ini.

5 Cara SEO Jana Income Menerusi Blog
SEO sebenarnya bantu untuk anda peroleh income online menerusinya. Saya mahu ketengahkan lima cara SEO jana income menerusi blog. In Sha Allah, anda boleh cuba praktikkan untuk dapatkan income jangkamasa panjang dan sederhana menerusi blog.Penulisan SEO Berikan Trafik Berterusan
Jika anda menulis tajuk entri yang cukup evergreen, in Sha Allah, dengan adanya SEO; blog anda akan terima trafik berterusan tanpa perlu anda kongsikan ia di mana-mana laman sosial ataupun laman ping. Entri yang mesra SEO ini akan sentiasa berada di dalam pengkalan data enjin carian, dan setiap kali kata kunci dicari, entri blog anda akan naik di halaman pertama enjin carian yang memungkinkan pencari maklumat klik entri blog anda berdasarkan kata kunci tadi.Pencarian kata kunci berterusan ini akan menjamin adanya trafik, yang sekaligus menghidupkan platform pengiklanan di blog anda. Jika anda menggunakan Google Adsense, Komli atau Innity misalnya; blog anda akan konsisten (walaupun nilai kecil) untuk menjana income berterusan darinya. Apatah lagi seandainya anda seorang blogger baru yang menggunakan platform iklan Nuffnang, yang mendapat Buffered Earnings (BE), pasti income tersebut mencanak naik tanpa disangka!
Entri SEO Terbaik Beri Peluang Jana Income Menerusi Affiliate
Anda tentu dah baca blogger muda yang masih belajar di IPT yang menggunakan teknik SEO bantu blogger muda raih RM7,000 dalam seminggu kan? Menerusi entri SEO, rakan blogger muda ini telah mendapat trafik sangat tinggi kepada entri yang mempunyai pautan ke laman jualan produk affiliate yang dikongsikan. Entri ditulis supaya kata carian popular itu naik top rank di Google, dan membolehkan ramai pencari info berkaitan kata carian itu membaca entri yang telah ditulis cukup baik.
Entri SEO Bolehkan Produk Online Dijual Laris dan Jenama Dikenali
Bagi mereka yang mempunyai blogshop atau blog niaga, penulisan yang berbentuk SEO ini bukan sahaja bantu produk dan jenama dikenali, tetapi meningkatkan lagi awareness kepada masyarakat menerusi carian di laman enjin carian terutama Google.Sebagai contoh, entri vitamin Shaklee bagus untuk kesihatan, boleh dijadikan satu bahan dan modal pemasaran untuk mereka yang suka mencari maklumat di internet. Dengan mempromosikan kata kunci tersebut, pengedar Shaklee menggunakannya untuk memberitahu bakal pelanggan bahawa terdapat banyak review diberikan secara online. Pengedar produk tersebut hanya berkata .."cubalah Google kat internet cari vitamin shaklee ni bagus tak untuk kesihatan" .... nah .. berderetan entri-entri berkaitan vitamin Shaklee terpanpang tanpa segan silu.
Advertorial Menggunakan Pendekatan SEO
Salah satu cabang untuk jana income blog menerusi penulisan yang mesra SEO. Dengan keupayaan blog anda untuk sediakan entri-entri sempoi yang mudah berada di halaman utama enjin carian terutama Google, maka ia akan menarik perhatian pengiklan untuk mendapatkan servis penulisa advertorial daripada anda.Dengan bayaran serendah RM100 sehingga RM300 untuk satu post, in Sha Allah, ia bukan sahaja bantu pengiklan untuk raih penjenamaan bisnes mereka jadi mudah di internet tetapi juga beri pendapatan sampingan terbaik untuk seorang blogger. Samada anda percaya atau tidak, blog saya mampu jana income menerusi entri sebegini sehingga RM1000-RM2000 sebulan.


Kontest SEO
Alhamdulillah, blog saya telah beberapa kali menang kontest SEO yang dianjurkan oleh blogger-blogger Malaysia. Terbaharu saya menang kontest SEO Bonus Akhir Tahun 2014 yang berjaya meraih hadiah wang tunai RM400 di tempat kedua. Sebelum itu, pada Disember 2014, saya turut menang tempat pertama kontest SEO Buat Duit di iLancee.com yang menghadiahkan wang tunai sebanyak RM300.
Bukan Tujuan Menunjuk-Nunjuk Income Menerusi Blog
Saya bukan mahu menunjuk-nunjuk dan bermegah dengan pencapaian tidak seberapa ini, tetapi mahu buka mata ramai yang tidak sepopular blogger lain untuk raih bukan sahaja trafik, tetapi juga income menerusi blog. Anda tidak perlu popular untuk dapat trafik menggunung, tetapi kena tahu cara menulis dengan baik, dan menggunakan teknik SEO terbaik untuk blog anda.Satu hari anda akan melihat jumlah pengikut dan pembaca blog anda akan bertambah, tanpa perlu pun pujuk rayu atau bertukar saling follow. Segalanya mungkin hanya kerana menerbitkan entri evergreen dengan teknik SEO sehingga dijadikan rujukan sepanjang zaman! In Sha Allah, pengikut atau follower blog akan bertambah dari semasa ke semasa, apabila mereka sering sahaja melihat entri anda berada di halaman hadapan enjin carian.
betul bang..ramai interbet markerter baru hanya tertumpu pada fb dan lupa pada blog
BalasPadamBlog menjadi alat untuk menaikkan jenama diri ... :)
PadamAlhamdulillah..tahniah ya e.nasrul atas kejayaan anda..khaty masih belajar dari blog e.nasrul dan blogger yang lain,lagi belajar lagi macam banyak ja kena study..hehehehe
BalasPadamkena belajar ni:)
BalasPadamtahniahhhhh hasrul....
Terima kasih. Usaha kena lebih kalau nak dapat lebih.
Padamgreat
BalasPadamTahniah HH! :)
BalasPadamye betul, memang tak disangkal lagi..kalau kena caranya memang akan autogenerate jadi income..:D
BalasPadamcamne nak dapatkan income dari advertorial.my?
BalasPadamcamne nak dapatkan income dari advertorial.my?
BalasPadamAda dua cara. Menerusi tawaran advertorial daripada pengiklan yang hubungi kita, dan kedua menerusi affiliate mempromosikan advertorial.my
PadamKupasan yang panjang lebar dan begitu teliti dengan huraian yang cukup mudah difahami sehingga komen ini juga menjadi semakin xtahu nak tulis apa dah....terima kasih dengan perkongsian ini
BalasPadamPerkongsian ilmu yang berguna. Terima kasih.
BalasPadamTahniah bro Hasrul Hassan, saya kagum dengan cara Hasrul Hassan buat duit dengan blog menggunakan teknik SEO.
BalasPadamperkongsian yg menarik..sy kalu buat entry, mesti suh asben yg letak SEO..huhuhu..
BalasPadamperkongsian yg menarik
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.