Ramai yang tidak tahu bahawa terdapat lebih daripada 10 aplikasi yang boleh digunakan menerusi MyKad. MyKad bukan sekadar kad elektronik untuk pengenalan diri, tetapi ia juga sebagai kad elektronik untuk pelbagai urusan lain. Ia sememangnya kad yang sangat penting dan berguna untuk seluruh rakyat Malaysia.

Tahukah anda bahawa 10 aplikasi lain yang boleh dimuatkan di MyKad adalah aplikasi-aplikasi penting melibatkan dokumen pengenalan untuk beberapa sektor awam di Malaysia? Antaranya ialah JPJ, Imigresen mahupun Kementerian Kesihatan. Namun, aplikasi tersebut tidak akan aktif seandainya pemilik kad tidak mengaktifkannya.

10 Aplikasi Kegunaan MyKad

10 Aplikasi Kegunaan MyKad

Apakah 10 aplikasi kegunaan MyKad yang saya dok cakap tadi? Ok ... saya berikan senarai. Tengok mana antara banyak tu dah sedia ada anda aktifkan di dalam MyKad anda. Jika belum, maka jom aktifkan MyKad untuk dapatkan kelebihan itu.
  1. MyKad sebagai kad pengenalan diri.
  2. MyKad sebagai kad sah lesen memandu.
  3. MyKad sebagai prasarana kekunci awam.
  4. MyKad sebagai kad TouchNGo.
  5. MyKad sebagai dokumen kesihatan.
  6. MyKad sebagai kad e-tunai atau kad debit.
  7. MyKad sebagai kad ATM.
  8. MyKad sebagai kad FTC (Frequent Travellers Card)
  9. MyKad sebagai kad pesara kerajaan.
  10. MyKad sebagai kad pengesahan Orang Yang Kompeten (OYK) 
  11. MyKad sebagai kad pendaftaran nelayan.
  12. MyKad sebagai kad FAMA.
  13. MyKad sebagai kad loyalti - MyKad Smart Shopper.
10 Aplikasi Kegunaan MyKad

Amacam? Dari 10 .. saya dah berikan hingga 13 aplikasi kegunaan MyKad. Ada juga aplikasi atau kegunaan MyKad ini secara offline. Contohnya kad diskaun jika anda pergi ke tempat-tempat tarikan pelancongan tertentu seperti Zoo Negara, Muzium Negara, Kereta Kabel Langkawi, hotel-hotel penginapan dan sebagainya.

Ia satu kad pelbagai guna. Rugi jika kita tidak ambil kesempatan atas satu kad ini, jadi tak perlulah beli dompet beso beso ye tak .. almaklumlah sekrang ni kan ke banyak kad-kad macam ni, macam kad perubatan takaful ... :P

10 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. macam-macam fungsi ada. mesti nak aktifkan baru boleh berfungsi semuanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Aplikasi tersebut mesti dimuatkan dan diaktifkan di dalam MyKad ..

      Padam
    2. terima kasih info yer abg HH - kedaionlinemy.com

      Padam
  2. xpernah aktifkan pon..dan xtahu sgt fungsinya

    BalasPadam
  3. sekali lagi terbaik informasi blogger terkenal HH

    BalasPadam
  4. Tahu kegunaan mykad untuk touch n go dan sebagai pengenalan diri aje.. Lepas ni nak cuba lagi banyak...Terima kasih beritahu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena aktifkan di jabatan2 bertanggungjawab rasanya ... :)

      Padam
  5. takut juga. Hilang ic hilang semua.. Huhu

    BalasPadam
  6. Balasan
    1. Jka kita tak yakin dengan kad yang membawa identiti diri, bagaimana pula dengan benda lain?

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Advertisement





CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement