Keadaan banjir di Gua Musang pada ketika entri ini ditulis telah semakin surut, dan membolehkan beberapa penduduk kampung yang terlibat dengan banjir Malaysia Disember 2014 melihat impak kesan banjir di kediaman masing-masing.
Video Kesan Banjir Gua Musang Disember 2014
Video merakamkan keadaan Kampung Kerinting, Gua Musang yang terjejas teruk, seolah dilanda badai Tsunami. Rumah kediaman penduduk kampung ada yang ranap, musnah 100 peratus. Kenderaan tersadai rosak teruk. Ada kenderaan yang terbalik serta bertindihan sesama sendiri. Ada kenderaan kelihatan tersandai setelah merempuh rumah kediaman penduduk. Tanam-tanaman musnah. Lumpur sana-sini. Memang sayu hati melihatnya.Sesungguhnya dugaan besar banjir Malaysia Disember 2014 ini. Banyak negeri terjejas dengan banjir, dan kebanyakkan tempat dan kawasan yang teruk menerima kesan dan impak banjir adalah negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Ramai mangsa terlibat banjir kali ini tidak menyangka banjir Disember 2014 ini paling buruk pernah mereka alami. Ia benar-benar di luar dugaan. Jadi, tidak hairanlah kenapa dan mengapa kemusnahan akibat banjir amat tinggi kali ini.

Penduduk di beberapa buah kampung sekitar daerah Gua Musang misalnya, akui banjir Disember 2014 ini adalah banjir paling buruk pernah berlaku.
Kelantan adalah negeri paling teruk terjejas dengan banjir Disember 2014 ini, banyak kawasan yang ditenggelami air sehingga 4-5 meter.
Video di bawah adalah video keadaan banjir di Kelantan yang telah dikompilasikan oleh saluran HarimauTV, yang bersumberkan daripada beberapa rakaman pengguna Facebook.
Video Kompilasi Kejadian Banjir di Kelantan Disember 2014
Mari sama-sama mendoakan kesejahteraan kepada mangsa-mangsa yang terlibat dengan banjir kali ini, termasuklah sanak-saudara mereka. Sesungguhnya apa yang berlaku ini adalah satu ujian amat besar daripada Allah S.W.T.
Bantu dengan daya yang anda ada samada dalam bentuk wang ringgit, harta benda, keringat mahupun doa.
Sumbangan boleh disalurkan menerusi badan-badan berikut:
Islamic Aid Malaysia (IAM)
Tel: 03-89485939 / 0193973558http://www.iam.org.my
MBB 5640 7000 2424
CIMB 1247 0000 477108
Muslim Care Malaysia
http://www.muslimcare.org.myhttps://www.facebook.com/muslimcaremalaysia
Tel: 019-361 7502 (Dr Rabiatul Adawiyah) / 011-1571 1581 (Abdul Razak Mohamed) / 019-860 1837 (Amina Tahir)
MBB 5644 9041 3882
RHB 26 2120 0000 4747
Bank Islam 14 0140 1014 7470
Islamic Relief Malaysia (IRM)
https://www.facebook.com/IslamicReliefMalaysiahttp://islamic-relief.org.my/donate/shop/fund/mysedekah
Untuk Barangan:
013-310 9994 (Bro Azlan) / 012-847 8775 (Bro Lol) / 019-226 6529 (Bro Anas)
Untuk Derma Wang Tunai:
019-689 3788 (Sis Fad) / 017-610 2767 (Bro PP)
Teruk jugak banjir tahun ini ye. Moga baik2 sahaja ye.
BalasPadamdoa dan beri sumbangan semampunya untuk bantu merekA JOM,,,,
BalasPadamkita bantu orang nanti i.ALLAH Allah bantu kita
:: anmashealthcare.blogspot.com ::
nasib baiklah bukan kat tempat saya macam ni ,, seram tengok - kedaionlinemy.com
BalasPadamMacam dilanggar garuda. Marilah kita membantu setakat yang termampu..
BalasPadamBetul. Hmmm .. sukar keadaan ini untuk mereka mangsa yang terlibat.
PadamYa Allah, banyak yang musnah akibat daripada banjir yang berlaku.. hurmm semoga mereka tabah mengharungi semua ni
BalasPadamterbaik
BalasPadammaksud Etuza terbaik ialah infor yang jelas dan infor penyaluran derma ikhlas itu ya HH d=harap dimengertikan. Semoga sudah beransur reda..kita ucapkan syukur
BalasPadamAllahurabbi.. ujian hebat dari Allah untuk kita sentiasa beringat. jangan berhenti memberi.
BalasPadamBila julia tgk video tu kan HH rasa sangat2 hiba, besarnya dugaan Allah berikan pada kita semua...semoga ada hikmah disebaliknya. amin.
BalasPadamDoakan terbaik dan semoga apa yang diberikan Allah S.W.T ini akan dijadikan iktibar dan peringatan buat semua.
PadamKasihan tengok keadaan mereka. Ujian dari Allah SWT.
BalasPadamKita doakan mereka akan kembali pulih segalanya .. amin.
PadamYA ALLAH, teruknya , berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.Semoga mereka tabah, yang mampu bantulah. Harap pemimpin negeri lebih utamakan proses pemulihan dan kehidupan rakyat dari main wayang laksanakan hudud. Majukan negeri dahulu.
BalasPadamSaya baru melalui kawasan gua musang petang tadi..Ya Allah, moga mereka yang terlibat redha dengan ketentuan Illahi
BalasPadamBanjir gua musang pada DICEMBER 2014 telah menyebab banyak kemusnahan ia melibat warga GUA MUSANG,KELANTAN. kemusnahan melibatkan kedai,rumah,tempat awam dan sebagainya. saya sebagai warga gua musang berharap magsa banjir dapat menyesuaikan diri masing-masing dalam keadaan demikianlan ulasan saya.
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.