Permohonan asrama 1Malaysia (A1M) Kementerian Pendidikan Malaysia kini dibuka kepada para pelajar yang layak bermula dari 15 Disember 2014 dan tutup pada 28 Januari 2015. Asrama 1Malaysia (A1M) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah untuk menempatkan murid atau pelajar yang kurang berkemampuan pelbagai kaum dalam satu asrama bersandarkan konsep 1Malaysia.

Konsep dan ciri A1M merangkumi semua aspek berkaitan pemupukan perpaduan dan sensitiviti terhadap agama, budaya, resam serta kepercayaan sesama kaum. Menerusi A1M ini, para pelajar berpeluang untuk belajar dan tinggal bersama disamping memahami kepercayaan dan budaya sesama sendiri.
Permohonan Asrama 1Malaysia (A1M) KPM 2015

Permohonan Asrama 1Malaysia (A1M) KPM 2015

Untuk yang ingin memohon, perlu penuhi kriteria berikut:
  • Warganegara Malaysia.
  • Terbuka kepada semua kaum.
  • Pelajar tingkatan 1 atau 4 dalam tahun semasa.
  • Datang dari keluarga yang berpendapatan sederhana atau rendah.
  • Tidak terikat dengan mana-mana projek KPM atau pendidikan yang lain.

Kepada yang mahu memohon, boleh mendapatkan borang menerusi sekolah menengah masing-masing atau muat turun borang yang disediakan di pautan berikut:
Permohonan Asrama 1Malaysia (A1M) KPM 2015
Untung pelajar-pelajar sekarang apabila Kementerian Pendidikan menyediakan kemudahan asrama ini. Sebagai salah seorang bekas pelajar yang pernah merasai kehidupan di asrama, saya melihat apa yang dibuat oleh kerajaan ini adalah sesuatu yang baik dalam melahirkan generasi akan datang yang tahu menghormati sesama sendiri selain menjadikan mereka anak bangsa bersikap patriotik dan saling memahami.

Permohonan untuk memasuki A1M walaubagaimanapun tertakluk kepada penempatan pelajar tersebut di sekolah-sekolah menengah yang terpilih, termasuklah di Sabah dan Sarawak. Butiran mengenainya boleh didapati di dalam borang yang disediakan menerusi pautan di atas.

Kepada yang berkenaan, sila muat turun dan cetak borang permohonan Asrama 1Malaysia (A1M) 2015. Cetak dan isi borang permohonan dengan lengkap. Borang yang lengkap hendaklah dihantar oleh pihak sekolah terus ke Bahagian Pengurusan Sekolah Harian selewat-lewatnya pada 28 Januari 2015.

Alamat surat-menyurat dan penghantaran borang A1M 2015:
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 4, Blok E2, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya
Tel: 03 - 88849 394

Semoga berjaya kepada yang memohon.

5 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Advertisement





CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement