Jika nak mudah mencari kerja, pencari kerja perlu mencari laman web carian kerja yang lebih spesifik. Bukan untuk menidakkan keberkesanan Jobstreet dan juga JobsDB, tetapi alangkah bagusnya jika dapat perkecilkan sikit persaingan tersebut?
Laman Web Cari Kerja
Tidak dinafikan Jobstreet dan JobsDB ada pengkalan data kerja dan syarikat yang banyak. Di situ, para pencari kerja boleh mencari kerja bersandarkan syarikat, jenis kerja, lokasi dan sebagainya. Saya sendiri pernah mencari kerja di laman web carian kerja Jobstreet sebaik sahaja tamat belajar dalam bidang kejuruteraan perisian.Laman web cari kerja tertumpu seperti SPA - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam menjurus kepada pencari kerja lepasan Sijil, Diploma dan juga Ijazah untuk mendapat jawatan kerja kerajaan iaitu kerja sektor awam. Ia antara laman web cari kerja yang sangat aktif dan sentiasa menjadi pilihan utama pencari kerja yang berkemahiran di Malaysia. Saya boleh katakan ia merupakan laman web cari kerja paling popular untuk mencari kerjaya lepasan graduan.

Laman web cari kerja JobsMalaysia pula merupakan laman web pencarian kerja yang diuruskan oleh Kementerian Sumber Manusia. Ia berkaitan kerja-kerja kosong yang ditawarkan oleh agensi-agensi kerajaan termasuklah dari agensi seperti Kementerian Pelajaran, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Majlis Perbandaran dan juga badan-badan berkanun. JobsMalaysia juga ada menyenaraikan kerja-kerja di sektor swasta yang mendaftar dengan Kementerian Sumber Manusia.
Mudah.my juga ada menyediakan platform pencarian kerja. Ada banyak kekosongan kerja dan jawatan di Mudah.my. Namun, agak menduka-citakan apabila ruang pencarian kerja di Mudah.my mudah dimanipulasi untuk mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Laman Carian Kerja Sampingan Online
Jobdirumah.com adalah laman web untuk pencari kerja yang mahukan kerja tanpa komitmen, tanpa perlu ditemuduga, tanpa perlu latar pendidikan yang tinggi. Ia menerima pendaftaran pencari kerja walaupun hanya berkelulusan SPM. Dan menariknya, pencari kerja boleh mendapat pendapatan sampingan hanya bekerja di depan komputer, hanya dari rumah. Yang penting, pencari kerja mesti tahu menggunakan komputer dan internet serta mahir dengan Bahasa Inggeris.
Sedari dulu hingga yang terkini saya masih menggunakan perkhidmatan Jobstreet Priority Application, syukran Alhamdulillah ianya berhasil dan tidak pernah mengecewakan...
BalasPadamFarah dapat kerja melalui jobstreet?? - kedaionlinemy.com
Padamini laman yang top tempat orang mencari lubang pekerjaan..dan laman seperti inidex.my gabungkan semua..hu3..untung mereka nie
BalasPadamSPA8 dah saya dapat iv, tapi tak lepas iv. Gagal sebab 1st time inteviu. Saya tak paham pasal jobstreet ni jer. Macam spa8 jugak ke Bro HH?
BalasPadamJobstreet kita isi maklumat, lebih kurang macam SPA gak, tapi saya suka guna Jobstreet untuk ambil alamat pastu guna pos ... online ni macam tak lengkap je. hehehe
Padamdapat pegi exam,, jawab exam dengan tenang,,, tunggu result,, tgok result,, FAIL,, dua kali dah hehehehe - kedaionlinemy.com
BalasPadamSelagi terdaya yg semua mampu usaha utk mohon kerja dlm gov atau pun swasta...semoga semua berjaya....
BalasPadamPatutnya bila UMNO boleh develop laman web pendaftaran ahli online, dorang jugak patut develop laman web cari kerja khas untuk orang melayu. Barulah rakyat percaya yang dorang nie menjaga kebajikan orang melayu. Betul x?
BalasPadamBanyak juga laman web utk cari kerja ni rupanya...
BalasPadamteringat zaman cari keje..selalu tengok jobless.my dulu...
BalasPadamMemang jobstreet terbaik tapi kesian jugak tengok brader2 yang tak faham bahasa Inggeris tu...
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.