Asal tujuan ialah menghadiri Gathering Infokerjaya, yang dianjurkan oleh Tim Infokerjaya pada 6hb Disember 2014 di Palm Garden Hotel. Gathering ini telah mengumpulkan ramai pakar affiliate Malaysia, yang rata-rata telah menjana puluhan ribuan ringgit menerusi niche-X yang dihasilkan oleh Tim Infokerjaya.
Belajar Teknik Affiliate 10 Pakar Niche-X
Alhamdulillah, tidak sia-sia saya datang dari Penang ke Putrajaya untuk Gathering Infokerjaya ini. Banyak betul ilmu telah saya dapat daripada pakar-pakar affiliate yang masing-masing telah berkongsi strategi dan teknik terbaik mereka. Antara yang berkongsi rahsia jana income puluhan ribu ringgit menerusi affiliate niche-X ialah Jamal SifuFBAds, Mohd Shamsuriyadi (Pakar Google Adword), Zeo Unic (Pakar SEO WP), Suhairi Shafie (Pakar Forum), Mohd Rijaluddin (Pakar feeds dan subscriber) termasuklah beberapa rakan blogger antaranya Tok Puteh, Prof Hariz, Akma Omar dan juga Encik Titan.Memanfaatkan Group Couching dari 10 Pakar Affiliate
Gathering ini bermanfaat dan efektif kerana ada group 'couching' ... di mana setiap otai berbisa ini kongsikan teknik mereka dalam group-group kecil bagaimana mereka berjaya jana income puluhan ribuan ringgit hanya dalam masa kurang seminggu menerusi affiliate niche-X. Fuhh .. banyak betul benda yang saya tak praktikkan lagi. Memang berbaloi-baloi saya hadir gathering sehari dari 9 pagi hingga 5 petang ini.
Lebih 5 Teknik Pakar Affiliate Jana Income 5 Angka Dalam Seminggu
Antara perkara saya belajar ialah teknik pengiklanan affiliate menerusi FB Ads, Google Ads, teknik forum, teknik menggunakan feed dan subscriber, teknik penulisan kandungan blog, teknik SMS, teknik SEO dan banyak lagi. Memang tepu kepala otak saya dibuatnya tetapi alhamdulillah, saya boleh lagi hadam satu persatu. Terima kasih kepada mereka semua yang sudi berkongsikan ilmu dengan ramai rakan affiliate yang lain.Saya juga berkesempatan untuk bertemu beberapa rakan affiliate lain selain perluaskan network blog saya kepada rakan-rakan usahawan yang turut hadir untuk ketahui teknik melariskan produk, terutama menerusi FB Ads dan Google Ads.
Ilmu perlu dicari. Mereka yang sudah merasa sedikit kejayaan, pasti akan dahagakan lebih ilmu untuk lebih berjaya. Hanya mereka yang bertangguh untuk belajar sahaja yang akan gigit jari. Saya sendiri pun masih belajar dari mereka yang jauh lebih hebat, lebih muda, lebih ilmu daripada saya.
Kata rakan blogger saya, Sohoque.com (Ishak Ismail); beza kami dengan kehebatan mereka yang berjaya menjadi pakar dan jana income puluhan ribu ringgit hanya dalam masa singkat ialah amal. Ilmu ada, benda tahu tapi tidak amal. Mereka yang berjaya itu semuanya amal apa yang paling mereka tahu, itulah sebab mereka berjaya jana income lebat lumayan.



Statistik November 2014
Untuk entri ini, saya nak kongsikansedikit statistik bagi bulan November 2014 blog hasrulhassan.com.

Saya harap blog ini akan lebih beri manfaat kepada ramai lagi blogger Malaysia dan mereka yang mahu menjana income secara online. In Sha Allah, saya akan kongsikan dari semasa ke semasa kepada anda semua. Apa yang diharapkan dari anda adalah doakan kesihatan yang baik untuk diri saya dan keluarga, dan saya diberikan umur panjang untuk memberi lebih dan lebih kepada semua.
Jumpa lagi nanti.
p.s: Saya akan berada di Quality Hotel sehingga 13 hb November 2014. Nak teh tarik, whatsApp saya 013-5289887.
Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada Abang HH...
BalasPadamSungguh bertuah dapat belajar dari pakar2 yg terbukti kejayaannya. Semoga tercapat matlamat dan sasaran HH.
BalasPadamAlhamdulillah HH... sesuatu yg bukan mudah utk dicapai tanpa imu, pengalaman dan usaha yg berterusan. Ia menjadi inspirasi buat yg lain termasuk diri ini walaupun ada kala tak terdaya utk selalu menyinggah. Semoga HH terus berjaya dlm mencapai segala matlamat yg dihajati... aamiin. :)
BalasPadamWalaupun blog bro ni tekan lebih kepada ilmu blog, tapi semua keyword emas, di 1st page SERP kot. Memang pergh ar! tabik dengan ilmu SEO yang ada dikongsikan dalam blog ni. Ni kalau boost sikit, memang top la blog ni..hehe viral punya :)
BalasPadamCayalah! Blog sifu HH bakal naik meningkat setapak demi setapak lagi.. Tahniah..
BalasPadamSalam.. Jemput join Giveaway 2 Year Blog Tengkubutang yea.. Hadiah-Hadiah Wang Tunai dan Topup serta Hadiah lain melimpah di ladang gandum.. hehehehehe.. jom join!
http://tengkubutang.blogspot.com/2014/12/giveaway-2-year-blog-tengkubutang.html
Banyak ilmu yang diperolehi sepanjang satu hari gathering tu. Rasa tak puas menimba ilmu.
BalasPadamTeruja dah baca entri ni...tak mau gigit jari lagi...terima kasih tuan...minat kepada berblog dah semakin mendalam ni...InsyaAllah nak buat blog sndiri tak lama lagi...
BalasPadamBlog HH hebat seperti biasa..:)
BalasPadamBanyak ilmu dan yg penting pengalaman dapat dicedok dari sifu2. mudahan bro pun dapat kongsikan bersama... semoga terus maju peserta seminar ni.
BalasPadamTunjuk ajari sifu..hehehe
BalasPadambila dorang nak terbitkan ebook tu bro HH
BalasPadamilmu dan amal..memnag betul sangat tu. tapi bila tgk statistik blog HH rasa nak fengsan!
BalasPadamstatistik boleh membuatkan diri ini rasa nak fengsan! Bravo HH. Inspired!
BalasPadamTahniah bro...HH banyak belajar dan udi berkongsi ilmu dengan rakan2 lain yang dahagakan ilmu berkaitan affiliate yang tidak berpeluang hadirkan diri atau belajar teknik2 dan tip2 drp otai2 yang pakar jana duit secara online. Saya doakan agar anda sekeluarga sentiasa berada dlm keadaan sihat walafiat, Insya Allah....
BalasPadamsabar menanti perkongsian seterusnya ...
BalasPadammemang terbaik kalau dapat perkongsian dari otai otai IM tu..
BalasPadamHebat. Hopely, PG juga akan berjaya melalui affiliate. InshaAllah.
BalasPadamSeronok dapat jumpa hasrul hassan masa gathering IKR.
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.