Dulu, saya pernah kata, mahu berjaya cuba contohi blogger-blogger hebat seperti blogger masakan terbaik - Mat Gebu, blogger travel Faizal Fredley, blogger Kak Kujie dan ramai lagi adalah dengan ambil cara mereka menulis blog. Namun, setelah saya sendiri buat eksprimen atas diri saya; cara terbaik nak kekalkan momentum blogging ialah dengan menjadi diri sendiri sebagai seorang penulis yang tidak tiru cara sesiapa pun.
Bagaimana Saya Kekalkan Momentum Blogging?

Bila HASRULHASSAN.COM Menjadi Saluran Percuma Belajar Blogging
Blogger lain cerita bab peribadi, saya pilih untuk muncul sebagai penulis blog yang kongsikan tips blogging, panduan menulis blog serta kongsikan tips SEO blogspot yang saya amalkan. Sebuah blog pendidikan yang berjaya tercalon top 3 di MSMW 2013. Alhamdulillah, dari situ ramai yang mengenali saya sebagai sifu blogger walaupun pada niat diri saya tidak pernah mahu digelarkan sebegitu. Terima kasih kepada semua rakan blogger yang banyak bantu, dan mempromosikan blog ini tanpa saya sedari.Saya pernah berkata, mahu berjaya di dalam dunia blog Malaysia, anda kena dan perlu tampil unik. Keunikkan itu boleh bersandarkan kepada pengalaman anda, pengetahuan yang dimiliki, mahupun hobi anda sejak sekian lama. Fikir. Tentu ada sesuatu yang ada pada diri anda itu yang lain dari yang lain walaupun pada sesetengah orang nampak seperti satu kekurangan.
Saya telah lihat bagaimana blogger dengan minat terhadap tudung telah menjadi seorang usahawan berjaya dan telah menempatkan dirinya antara jutawan tudung di Malaysia.

Saya juga telah melihat bagaimana seorang blogger blogspot telah melangkah gagah hebat dan terima pelbagai pengiktirafan menjadi top blogger parenting di Malaysia. Semuanya kerana berjaya kekalkan momentum blogging dalam keunikan tersendiri.
Ciptakan Peluang serta Tampilkan Keunikan
Jika anda mahu kekal momentum blogging, ciptakan peluang untuk diri sendiri, jenamakan blog anda ke tahap orang semua kenal dan memberikan gelaran yang anda sendiri tak pernah impikan. Gelaran itulah yang akan bantu anda dalam dunia blog Malaysia seperti mana rakan blogger encik Titan yang terus dianggap sifu hebat dalam dunia affiliate kerana Kitab SEO Merah Jambu.Blogger Abang Gedek juga berjaya di dalam keunikkan tersendiri bila menjadi Raja Selfie di kalangan blogger Malaysia. Serius, kalau ada di kalangan anda merupakan staff Malaysia Book of Records boleh tengok blog Abang Gedek yang penuh dengan gambar selfie dirinya.
Anda? In Sha Allah, jangan putus-asa kerana ruang dan peluang itu masih terbuka walaupun blog sudah banyak wujud bak cendawan tumbuh selepas hujan.
abis blog saya boleh survive dak?
BalasPadamhttp://khaidirkhaizuki.blogspot.com/2014/12/pt3-2014-resultthe-day-has-comeplace.html
Samada blog boleh survive ke tak adalah bergantung dengan diri sendiri untuk bolehkan blog terus bertahan.
Padamdah taraf sifu dah tu..ok le tu :D
BalasPadamAku nak bagi taraf sifu klikjer.com utnuk hang la.
PadamAssalammualaikum... bro HH,
BalasPadammoga momentum sentiasa up kehadapan.. untuk memberi ilmu kepada blogger baru..
mselim3
setuju dengan kamu mselim3
Padamwow...syabas
BalasPadamagaknya blog saya tu kategori apa ye?
Kena create sendiri tu .. kalau nak minta orang lain beri pandangan, perghh nanti macam2 kuar .. hehehe
PadamTahniah HH..memang layak dipanggil sifu, saya banyak belajar dari blog ni..macam2..senang cerita dari A sampai Z lah..
BalasPadamTerima kasih. Kadangkala saya fikir banyak lagi perkara yang perlu saya buat untuk bantu ramai blogger Malaysia untuk berjaya lebih baik daripada blog ini.
PadamDengan kata2 dari sifu ni menambahkan semangat sy utk terus memperbaiki kelemahan yang ada pada blog sy.
BalasPadamterima kasih atas entry nie..nak kekalkan momentum tue memang mencabar. tapi kalau ada tujuan yang jelas, insyaAllah boleh konsisten. mudah2an dapat terus `bertahan` macam tuan HH.
BalasPadamOk saya nak buat comback balik. Lama sangat tertinggal ni.
BalasPadamsyabas dan tahniah lah bro HH..thorbaik
BalasPadamNak kekal momentum tapi kadang saya terbabas juga nak fikir idea blog
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.