Ada blog yang hadapi masalah thumbnail gambar atau gambar dalam blog tidak kelihatan. Jika ini berlaku, jangan panik. Ada penyelesaian untuk masalah blogger blogspot yang gambarnya hilang dalam blog dan juga entri.

Sebelum ini, saya pernah buat satu entri berkaitan gambar hilang dalam blog yang ada kaitan dengan akaun Google dalam telefon pintar. Jika anda secara sengaja atau tidak padam gambar dalam akaun Google di telefon pintar anda, akan ada kemungkinan yang besar, gambar sama yang digunakan dalam blog akan turut terpadam.

Thumbnail Gambar Tidak Kelihatan Dalam Blogspot

Beringat sebelum kena, lihat apa jadi pada rakan blogger yang telah memadam gambar dalam telefon pintarnya yang menggunakan platform Android dari Google. Boleh baca Jika Gambar Dalam Blog Hilang

Saya pun pernah hadapi masalah serupa. Nak tak nak ke ganti sendiri gambar yang dipadam dengan gambar lain. Lepas tu ubah setting di dalam telefon android murah saya tu agar tidak sync dengan akaun Google Profile saya yang digunakan dalam blogspot.

Oh ya, mungkin ada yang tidak perasan kot ... blog saya guna platform blogspot. Cuma nama domain sahaja saya tempah dan beli menerusi SyokHost.

Jika ada blogger yang hadapi masalah thumbnail gambar dalam blog tidak kelihatan, cuba periksa HTML entri tersebut.

Perhatikan kod HTML entri tersebut seperti di bawah ini.
Masalah gambar tak muncul dalam entri blog
Lihat pada sumber imej atau gambar tersebut. Anda kena pastikan ia bukan dalam bentuk https:// . Jika ada, tukarkan ia kepada dalam bentuk seperti ditunjukkan dalam bulatan merah di atas, tukarkan https:// menjadi http:// sahaja.

Saya lihat ada blogger yang hadapi masalah ini kerana setting gambar menerusi Google Profile mereka bersifat secure atau hanya boleh dilihat menerusi setting tertentu sahaja.
Masalah gambar tak muncul dalam entri blog

Moga entri ini bermanfaat dan bantu blogger yang ada masalah seperti saya nyatakan tadi.

12 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Yes memang saya ada masalah pasal perkara ni. Kadang2 tu refresh 10 kali pun sama je...em last2 tampal sendiri kat FB dan sebagainye....terima kasih tuan yang budiman...

    BalasPadam
  2. saya tak jumpa sumber imej saya tu. macam mana ye abang HH?

    BalasPadam
  3. terima kasih atas tios berguna ini. kadang - kadang memang gambar tu hilang... sekarang baru tahu....

    BalasPadam
  4. info berguna nie bro..mana tau akan ada masalah macam nia nanti

    BalasPadam
  5. bahaya kalau dah terpadam..nak nangis ke rasa

    BalasPadam
  6. perkongsian yang bagus, TQ bro hasrul...

    BalasPadam
  7. kalau kes ping entry tak keluar gambar tu mcm mane plak ye
    Belog Miss Balqis

    BalasPadam
  8. HH, saya sendiri ada buat artikel ttg ni selepas mengalami masalah diatas. Malangnya, saya mengalami masalah serupa yang terbaru dan blm jumpa pula penyelesaian terbaru. Mungkin HH ada info terkini?

    BalasPadam
  9. boleh simpan info ni mana tau gambar hilang pasni dah tau puncanya...

    BalasPadam
  10. saya hadapi masalah tajuk atau beberapa huruf tertentu yang hilang.hanya dapat dilihat bila arrow dihalakan.Ada penyelesaian tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin disebabkan oleh warna tulisan bagi link tersebut. Cuba periksa balik ye.

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement