Sebelum ini, saya pernah buat satu entri berkaitan gambar hilang dalam blog yang ada kaitan dengan akaun Google dalam telefon pintar. Jika anda secara sengaja atau tidak padam gambar dalam akaun Google di telefon pintar anda, akan ada kemungkinan yang besar, gambar sama yang digunakan dalam blog akan turut terpadam.
Thumbnail Gambar Tidak Kelihatan Dalam Blogspot
Beringat sebelum kena, lihat apa jadi pada rakan blogger yang telah memadam gambar dalam telefon pintarnya yang menggunakan platform Android dari Google. Boleh baca Jika Gambar Dalam Blog HilangSaya pun pernah hadapi masalah serupa. Nak tak nak ke ganti sendiri gambar yang dipadam dengan gambar lain. Lepas tu ubah setting di dalam telefon android murah saya tu agar tidak sync dengan akaun Google Profile saya yang digunakan dalam blogspot.
Oh ya, mungkin ada yang tidak perasan kot ... blog saya guna platform blogspot. Cuma nama domain sahaja saya tempah dan beli menerusi SyokHost.
Jika ada blogger yang hadapi masalah thumbnail gambar dalam blog tidak kelihatan, cuba periksa HTML entri tersebut.
Perhatikan kod HTML entri tersebut seperti di bawah ini.

Saya lihat ada blogger yang hadapi masalah ini kerana setting gambar menerusi Google Profile mereka bersifat secure atau hanya boleh dilihat menerusi setting tertentu sahaja.

Moga entri ini bermanfaat dan bantu blogger yang ada masalah seperti saya nyatakan tadi.
Yes memang saya ada masalah pasal perkara ni. Kadang2 tu refresh 10 kali pun sama je...em last2 tampal sendiri kat FB dan sebagainye....terima kasih tuan yang budiman...
BalasPadamsaya tak jumpa sumber imej saya tu. macam mana ye abang HH?
BalasPadamterima kasih atas tios berguna ini. kadang - kadang memang gambar tu hilang... sekarang baru tahu....
BalasPadaminfo berguna nie bro..mana tau akan ada masalah macam nia nanti
BalasPadambahaya kalau dah terpadam..nak nangis ke rasa
BalasPadamperkongsian yang bagus, TQ bro hasrul...
BalasPadamkalau kes ping entry tak keluar gambar tu mcm mane plak ye
BalasPadamBelog Miss Balqis
HH, saya sendiri ada buat artikel ttg ni selepas mengalami masalah diatas. Malangnya, saya mengalami masalah serupa yang terbaru dan blm jumpa pula penyelesaian terbaru. Mungkin HH ada info terkini?
BalasPadamOhh ye ke? Apa masalah terbaru?
Padamboleh simpan info ni mana tau gambar hilang pasni dah tau puncanya...
BalasPadamsaya hadapi masalah tajuk atau beberapa huruf tertentu yang hilang.hanya dapat dilihat bila arrow dihalakan.Ada penyelesaian tak?
BalasPadamMungkin disebabkan oleh warna tulisan bagi link tersebut. Cuba periksa balik ye.
PadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.