Menurut pekeliling tersebut, PTPTN mengurangkan jumlah pinjaman sebanyak 5 peratus untuk pelajar-pelajar di IPTA manakala 15 peratus dikurangkan untuk pelajar IPTS bermula 1 November 2014. Walaubagaimanapun, jumlah pembiayaan bagi pelajar ijazah Sarjana Muda Perubatan di IPTS dikekalkan dan tidak mengalami sebarang pengurangan kerana yuran pengajiannya yang tinggi.

Pekeliling PTPTN Bilangan 1 2014

Syarat Baru PTPTN Lebih Ketat
Ada syarat baru dalam PTPTN.- Kelayakkan jumlah pembiayaan akan ditapis menggunakan data BR1M, bagi semua 50,000 peminjam baru. Jika ibu bapa terima BR1M maka pelajar berkenaan akan terima pinjaman maksimum.
- Bagi ibu bapa yang bukan penerima BR1M dan berpendapatan tidak melebihi RM8000, pelajar berkenaan hanya layak terima 75 peratus daripada pinjaman tersebut. Jika ibu bapa bukan penerima BR1M dan berpendapatan lebih dari RM8000, maka pinjaman yang diberikan hanyalah 50 peratus sahaja.
Jumlah Pinjaman Baru Secara Perbandingan

Ramai pelajar kita memang mengharapkan PTPTN sebab ia mudah nak dapat. Tak seperti pinjaman lain, biasiswa dan sebagainya; syarat lebih ketat. Adakala pelajar yang benar-benar perlukan bantuan tercicir begitu sahaja.
Biaya belajar pun bukan macam dulu. Ada sesetengah IPTS, bila tengok yuran dia ... fuhhh boleh tepuk dahi nak pitam dibuatnya. Diakui, harga ilmu dah tak macam dulu ....
Cuma saya harap janganlah ada IPTS yang ambil kesempatan pula, dah tahu si pelajar itu dapat pinjaman separuh, diletak sekadar di pinggiran, mana yang dapat pinjaman penuh .. diletakkan di barisan hadapan. Yang tersepit golongan pertengahan ... yang sebenarnya adalah golongan terbanyak yang membangunkan negara... tak gitu?
Alhamdulillah, saya dah lepas. sikit sangat, xcukup utk biayai hidup:\.T-T
ReplyDeleteDan jangan lupa bayar hutang..:)
ReplyDeleteBukan senang nak belajar sekarang bila tak cukup duit..
ReplyDeletewaaa...dah stak kena byr ;(
ReplyDeletebagus dikurangkan tapi lagi bagus ikut kemampuan keluarga juga, sebab bagi yg mampu, ada yg sanggup beli hp mahal2... . hutang mesti bayar sebab bawa mati..
ReplyDeleteSalam bro... ayat yang buat saya agak keliru setelah baca 3,4 kali :
ReplyDeleteBagi ibu bapa yang bukan penerima BR1M dan berpendapatan melebihi RM8000, pelajar berkenaan hanya layak terima 75 peratus daripada pinjaman tersebut. Jika ibu bapa bukan penerima BR1M dan berpendapatan lebih dari RM8000, maka pinjaman yang diberikan hanyalah 50 peratus sahaja.
Tertinggal perkataan TIDAK .... hoho, dah diperbetulkan .. terima kasih.
DeleteNasib baik dah diperbetul, aku baru nak confirm kan tadi lepas baca blog sohoque...
DeleteSemoga penerima PTPTN yang lepas terbuka hati untuk bayar balik dan dana dapat dikumpulkan semula untuk penerima baru...
ReplyDeletelega anak dapat pinjaman PTPTN....
ReplyDeleteassalamualaikum hh...kesian budak2 yg baru belajar skg ni disebabkn pelajar yg lama x bayar pinjaman terpaksa dikurangkn dan diketatkn..:)
ReplyDeleteTolong lah bayar hutang! disebabkan korang yang tak bayar ni, saya cuma dapat separuh jer loan. sedih tau, family bukan orang senang.
ReplyDeleteAssalamualaikum saudara. boleh saudara terangkan cara2 untuk mengambil PTPTN bagi peringkat master?
ReplyDeleteKerajaan takde duit sebab byk rasuah. Pemimpin hidup senang rakyat merana. Peminjam pun satu, bayar la hutang org lain nak belajar gak.
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.