Pihak Poslaju Malaysia dalam satu kenyataan dikeluarkan menerusi laman web rasmi Pos Malaysia bertarikh 3 November 2014, menasihatkan para pelanggan dan orang ramai supaya tidak sesekali membeli sampul surat prabayar palsu yang kini banyak dijual di pasaran.
Awas - Sampul Surat Prabayar Palsu Poslaju Malaysia

Dalam kenyataan tersebut, Pos Malaysia berkata, mana-mana pengguna produk palsu tersebut akan menghadapi risiko barang-barang mereka tidak diterima untuk penghantaran dan juga boleh dikenakan tindakan undang-undang di mahkamah.
Tindakan Undang-Undang Pos Malaysia
Mereka yang didapati melakukan kesalahan mengeluar, mengedar, menjual dan memiliki produk pos rekaan dan palsu tersebut boleh dihukum di bawah Seksyen 65 Akta Perkhidmatan Pos 2012, yang membawa hukuman denda sehingga RM500,000 atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali.![]() |
Sumber: Pos Malaysia |
Saya harap para peniaga online dan rakan-rakan blogger yang ada perniagaan online serta blog shop ambil serius perkara ini. Sudah tentu tidak mahu sesuatu yang boleh menjejaskan perniagaan anda terjadi.
Belilah sampul surat prabayar yang original yang hanya dijual di pejabat-pejabat Pos Malaysia dan dari ejen yang sah dilantik. Jangan sesekali terbawa rasa mahu jimat dan dapatkan kos murah untuk penghantaran lalu membeli sampul palsu yang boleh mengakibatkan lebih kerugian dalam perniagaan.
Kenyataan itu juga menyatakan, pihak Pos Malaysia telah pun bekerjasama dengan pihak PDRM serta SKMM untuk membantu mengenalpasti dan mencari dalang dalam penjualan sampul surat prabayar palsu Poslaju Pos Malaysia.
Disebabkan itu juga, pihak Pos Malaysia bercadang untuk meningkatkan ciri keselamatan pada produk-produknya bagi menjaga dan melindungi pelanggan-pelanggannya dari terus ditipu oleh pihak yang mahu mengambil kesempatan dan keuntungan mudah.
Pos Malaysia Mohon Kerjasama
Pihak Pos Malaysia juga menggalakan orang ramai yang ada sebarang maklumat mengenai pembuatan, pengedaran dan penjualan produk palsu Pos Malaysia untuk menghubungi PosLine 1-300-300-300 atau e-mel kepada care@pos.com.my atau mana-mana cawangan Pos Malaysia Poslaju yang berhampiran.Jika anda ada kawan-kawan, atau sahabat berniaga online dan menggunakan perkhidmatan Poslaju, mohon sebarkan info ini kepada mereka, tentu kita tak mahu bisnes kawan-kawan kita ranap punah dan terjejas hanya kerana kesilapan ini.
kesianlah pada mereka yang dah terbeli sampul palsu ni, pelik-pelik je hal sekarang ni
BalasPadammaknanya ada orang jual kat luar lah....macam2 penipuan sekarang ni...
BalasPadamBetul. Bila benda untung je, ada je yang nak buat onar.
PadamAda dengar jugak berita pasal ni. Sampul surat pun nak ditipunya... ada-ada je scammer ni
BalasPadamSekarang ciplaklah blh buat org kaya raya dengan mudah...ingatkan barang je blh ciplak...pejabat pos kene ciplak jgk barangannye, em alahai...
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.