Peperiksaan online SPA bagi jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik gred M41 berjalan dengan lancar, walaupun ada juga calon yang merungut. Peperiksaan online jawatan PTD gred M41 ini telah diadakan pada 1 November 2014, dan seramai lebih 40 ribu calon mengambil peperiksaan ini.

Ramai calon-calon peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik gred M41 mengambil kesempatan memuji pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang telah bertindak mengambil langkah perlu agar peperiksaan online dapat dijalankan dengan baik, dan tidak seperti dalam peperiksaan online Penguasa Kastam yang ramai calon exam rasa kecewa.

Ramai Calon Peperiksaan Online PTD M41 Puji SPA

Saya meneliti komen-komen di laman Fanpage FB SPA, ramai calon puas hati dengan sistem peperiksaan online pada 1 November. Ini mungkin disebabkan calon-calon telah belajar daripada calon-calon peperiksaan online sebelum ini agar bersedia dengan segala kemungkinan. Antara tips hadapi peperiksaan online SPA ialah mempunyai perkakasan komputer yang bagus termasuklah mendapat capaian internet yang laju. Saya ada kongsikan tips ini di dalam ExamKerjayaKerajaan.com.

Antara komen yang memberikan kredit kepada pihak SPA:

"Alhamdulillah..Segalanya dipermudahkan ALLAH mlm ni..Sejuta penghargaan & stinggi2 Tahniah diucapkan kpd pihak SPA atas segala usaha & penambahbaikan yg telah dibuat bg memastikan smua Calon dpt menjwpnya dgn lancar..T.Ksh kpd pihak Suruhanjaya..Thumbs Up!" - Ezaha Dyla

"Setiap section boleh jwb lepas 5-8 minit masa dh jln...tu pun kene refresh br soalan kuar...kalau x asik loading jer... Tp ape pn terima kasih SPA. Ade rejeki insyallah." - Mohd ZulWuquf

"Alhamdulilah. sesi menjawab soalan exam PTD berjalan dengan baik. Ya allah semoga lulus exam ni nanti.. aamiin." - Nasi Puteh

Walaupun begitu, ada juga calon yang berasa kecewa, dan saya tidaklah mahu bias hanya tunjukkan benda yang elok semata, mungkin komen-komen di bawah ini dapat memberikan idea kepada pihak pengurusan peperiksaan online SPA untuk perbaiki kelemahan yang ada. Benda ni boleh diperkemaskan, in Sha Allah, menerusi input diberikan calon-calon yang telah hadapi exam online SPA boleh dijadikan panduan buat pihak SPA.

"tahniah pada yg berjaya, sedih, semalam dapat login jer dgn lajunya, bila dah dekat waktu line celcome terus takda. langsung tak dapat jawab, tgk soalan pun tak. sadis betul. mgkin x de rezeki." - Cik Nab

"Saya menghadapi masalah yang sama: seksyen A masa ada 4 minit lagi running tiba tiba terus tamat dan masuk page menunggu next seksyen. Pope tamat pun tak ada...." - Zulkifly Mohd Yunus

"server mmg oke.tapi masalahnya kata baki masa ade 5 minit,tetibe close ke seksyen lain.lepastu ada jawapan yg takle ditekan." - Dya Mohamads

Tahniah buat SPA. Tahniah juga buat calon-calon exam SPA bag jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik M41. Jika ada rezeki, anda mungkin berjaya lulus dan diserapkan ke dalam Kadet PTD M41. Keputusan peperiksaan online SPA jawatan PTD 2014 akan diumumkan pada 3 November 2014.

Jika keputusan mengecewakan, jangan cepat putus asa. Ada saluran lain untuk dapatkan kerja kerajaan yang anda mahukan. Ada lebih 240 saluran alternatif untuk dapatkan perjawatan di dalam sektor awam ini. Anda boleh baca di entri ini - Laluan Alternatif Calon Exam Online SPA Gagal

4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. ulangkaji untuk temuduga pulak lepas nih...

    BalasPadam
  2. Alhamdulilah, sesi menjawap malam tadi berjalan lancar..line internet pun ok tiada sebarang masalah.. Allah bantu.. kalau ada rezeki, go to the next step..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harap berjaya lulus dan dapat peluang untuk jadi Kadet PTD pula lepas ni. Kadet PTD ambil masa setahun, dikendalikan oleh INTAN.

      Padam
  3. member2 saya pon sekali exam ptd.. alhamdulillan kali nie exam on9 ok jgk..
    semoga berjaya la siapa yg terpilih tue

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Advertisement





CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement