Rahsia buat duit online. Bagi yang tidak tahu, ia mungkin satu rahsia besar buat duit online setiap hari. Namun, bagi mereka yang memang amalkan dalam kehidupan seharian, perkara ini bukan satu rahsia pun. Apakah rahsia besar mereka yang berjaya buat duit online setiap hari menggunakan blog, media sosial dan internet ini? Adakah mereka gunakan tipu daya dan helah atau kerana mereka merupakan ahli Kitab SEO Merah Jambu?

Ramai tanya saya, bagaimana saya boleh buat duit online setiap hari? Bagaimana blogger buat duit online?

2 Rahsia Besar Buat Duit Online Setiap Hari

Rahsia besar buat duit online setiap hari

Sebenarnya rahsia yang nak didedahkan ini bukan rahsia pun, cuma mungkin selama ini kita tak ambil berat mengenai kesannya dalam kehidupan kita. Mungkin kita tak berapa nak ambil kesah
Rahsia besar saya ialah Rahsia Sedekah dan Rahsia Rezeki.

Rahsia #1 - Rezeki Diberkati

Bukan sahaja diamalkan oleh saya, tetapi seluruh ahli keluarga. Jika kita tahu apa yang kita ada ini adalah hasil pemberian Allah S.W.T, kita pasti senang dengan rezeki yang kita dapat, dan mudah untuk bersedekah. Tak susut harta kerana sedekah, dan tidak hilang rezeki jika kita bersikap memberi.
rahsia rezeki dan rahsia sedekah - rahsia buat duit online

Rezeki perlu diberkati. Ada bahagian dalam rezeki kita itu merupakan bahagian insan lain. Tak susah untuk tidak menjadi lokek dengan rezeki, dengan harta, dengan income; asalkan kita tahu kemampuan kita takat mana. Dalam masa yang sama, kita kena yakin seyakin-yakinnya bahawa rezeki yang sampai kepada kita adalah atas kehendak Allah S.W.T.

Azam Untuk Jadi Kaya Raya

Tak salah untuk menjadi kaya raya. Malah, ia sebenarnya satu tuntutan pun dalam agama untuk menjadi kaya raya. Jika kita kaya, semakin kaya, kita boleh bantu ramai orang. Jika kita kaya, lebih banyak sedekah boleh buat. Jika kita kaya, lebih banyak zakat kita boleh sumbangkan. Jika kita kaya, kita boleh fisabillah di jalan agama.

Kadang-kala, ramai yang terlepas pandang. Mereka menyangka, segala rezeki yang mereka perolehi adalah disebabkan usaha titik peluh mereka semata-mata. Sedangkan, segala-galanya adalah pemberian dari Allah. Segala-galanya adalah dibawah kekuasaanNYA. Ia mampu menambah, mengurangkan serta menarik segala rezeki yang diberikan pada bila-bila masa sahaja dengan pelbagai cara.
Rahsia rezeki untuk jana income online setiap hari
Pernah atau tidak kita melihat orang kaya raya tapi hidupnya tak tenteram. Ada sahaja masalah menimpa, walaupun ia bukan disebabkan masalah kewangan. Dalam bank ada juta-juta, tapi antara keluarga ada yang tidak tegur sapa. Anak tercicir dan jadi liar, isteri pula berlaku curang di belakang suami; manakala suami pula suka berpoya-poya dengan perempuan lain. Masalah kecil datang, dipersalahkan semua orang, sampai pembantu rumah pun berganti orang.

Ada pula yang hidup mereka serba sederhana. Nak kata kaya pun tidak, miskin papa kedana pun tidak. Walaupun nampak sebegitu, mereka sentiasa tersenyum; anak-anak rapat sesama mereka. Tiap kali cuti sekolah, ke sana ke sini bersama menghabis masa dan meluang waktu. Bila ditimpa musibah, mereka redha dengan ketentuan. Tidak suka melatah dan persalahkan orang lain atas masalah yang berkunjung. Mereka tahu Tuhan sedang menguji kesabaran dan keimanan.

Rahsia #2 - Sedekah Yang Ikhlas

Kita kena tahu bahawa sedekah tidak kurangi harta, malah ia menambah rezeki dan juga keberkatan. Bersedekah boleh menjadikan kita hamba terbaik di sisi Tuhan, ia satu amalan membersihkan hati dan menunjukkan kita syukur dengan setiap pemberian.

Sedekah bukan sekadar memperkuatkan hubungan dengan Allah S.W.T tetapi juga mengeratkan hubungan sesama manusia. Menerusi sedekah, ada dakwah. Menerusi sedekah, ada kasih sayang. Menerusi sedekah, kita tak takut menjadi miskin harta.
Rahsia sedekah - rahsia besar buat duit online setiap hari

Sedekah dalam Islam tidak melihat nilai. Yang penting keikhlasan dan niat kita kerana Allah S.W.T. Dengan niat, saya tulis blog menyampaikan pengetahuan dan ilmu secara percuma untuk dipergunakan oleh ramai, baik yang suka mahupun yang tidak suka akan diri saya. Namun, ia terbatas dengan pengetahuan yang saya ada. Saya bukan alim, dan saya bukan pakar. Saya cuma tahu sedikit dari selautan, dan saya kongsi kerana lautan itu adalah milik Allah S.W.T jua.

Jika anda mahu buat duit online setiap hari, maka bermulalah dengan bersedekah dan mengetahui rahsia rezeki. Setengah kita seperti diri saya ... mulanya ingat tahu semua, tahu apa itu rezeki, tahu apa itu sedekah; walhal apa yang diketahui sekadar tahu tanpa buat pun.
  • Ya, ramai tahu sedekah itu bagus dan baik - tapi tidak dijadikan amalan dalam diri, dalam keluarga.
  • Ya, ramai tahu bahawa antara rahsia rezeki itu adalah perniagaan, tetapi ramai yang mudah putus asa bila gagal berniaga.

Inilah dua rahsia buat duit online yang patut anda tahu dan amal.

Projek Iqra' Ruang dan Peluang Pelawa Rezeki

Atas kesempatan ini, saya sukacita nak war-warkan mengenai gerak kerja Projek Iqra'. Ini salah satu saluran yang bagus untuk anda membantu, menderma dan bersedekah. Boleh rujuk Facebook Projek Iqra' untuk maklumat lebih lanjut dan cara anda untuk membantu.
Projek Iqra'
Anda juga boleh bantu menerusi pembelian Komik Abu Nawas - pertama kali diperkenalkan dalam bentuk hard copy. Jadilah antara pemilik terawal komik ini. Best komik ni, saya sering je baca secara online di wall post Projek Iqra'. Ia sebuah komik pendidikan, sangat sesuai untuk anak-anak mengenal mengenai Islam dan budaya murni. Tak mahal pun, RM10 .... kalau termasuk pos RM13 (semenanjung Malaysia).
Komik Abu Nuwas

Anda bukan setakat membeli sesuatu untuk kebaikan anak-anak, tetapi juga anda sedang membantu Projek Iqra' untuk lebih aktif membantu orang lain.



Sebarkan jika perlu. Kita bantu atas kapasiti yang ada. Moga keikhlasan diredhai Allah S.W.T.

15 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. liz pn bercita-cita nk jadi kaya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. Ikut kata mentor Dr Azizan, kita perlu kaya supaya kita boleh bantu orang lain jadi kaya dan berjaya dunia akhirat.

      Padam
  2. betul tu , kadang kadang kita rasa bila kita mengeluarkan wang , kita akan papa kedana selepas ini , tapi sebenarnya tidak.. malah yang akan datang akan lebih melimpah

    BalasPadam
  3. Terima kasih. satu peringatan yang baik untuk saya :-)

    BalasPadam
  4. Terbaik lah HH..teruja nak tengok..memang ada saja ilmu dan info di turunkan dalam blog ini..inilah hebatnya seseorang blogger pengisian penyampaian dan dakwah yang bagus sekali.teruskan usaha

    BalasPadam
  5. Kaya cara Islam...niat pertama mestilah ingat untuk bersedekah kepada fakir miskin, anak yatim dan orang Islam dan kedua sentiasa menginfakkan setiap ape yang ada pada kite ke jalan Allah...InsyaAllah boleh kaya dunia akhirat...

    BalasPadam
  6. Yang penting buat zakat dahulu pastu rajin2lah bersedekah ye...

    BalasPadam
  7. Orang islam memang wajib jadi kaya.

    BalasPadam
  8. sangat menarik apabila rahsia besar sudah terbongkar..boleh diamalkan

    BalasPadam
  9. Siapa yang tak nak rezeki yang berkat kan..:)

    BalasPadam
  10. jangan takut sedekah, walaupun sedikit besar sangat2 fadhilatnya.

    BalasPadam
  11. Syabas Hasrul. Saya pernah dengar seorang khatib berkata semasa solat Jumaat bahawa bersedekah dahulu sebelum mencari rezeki. Sampai sekarang kata-katanya masih jelas dalam ingatan saya. Satu langkah terbaik adalah menyediakan tabung sedekah. Jadi,tiap hari anda sedekah dengan tabung tersebut sebelum keluar rumah mencari rezeki. Pada hujung bulan nanti....bolehlah guna tabung sedekah untuk disedekahkan. Saya hanya berkongsi pendapat.TQ

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Advertisement





CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement