Apakah alasan JPJ dan rasional tindakan saman dalam operasi besar-besaran yang bermula 1 November 2014 ini? Saya akan kongsikan kepada anda, dan saya harap anda juga bersikap terbuka dan tenang ye ... tak mo marah-marah .. kita baca je dulu.
Satu kenyataan media dikeluarkan bertarikh 12 November 2014 bagi memberikan penjelasan kepada orang ramai mengenai rasional pihak JPJ melakukan tindakan operasi saman bagi pemilik-pemilik kenderaan yang menggunakan nombor pendaftaran (nombor plet) kenderaan yang tidak mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan undang-undang.
Penjelasan JPJ Berkaitan Operasi Saman Nombor Pendaftaran Kenderaan November 2014

Bagi saya, ia sesuatu yang memang telah dijangka, malah isu dan soal nombor plet kenderaan, soal lampu, soal cermin gelap telah diperkatakan sebelum ini pun dah banyak rungutan daripada rakyat Malaysia. Bukan benda baru, benda lama ... cuma kali ini makin hangat sebab JPJ melaksanakan akta yang membenarkan pihak mereka saman pemilik kenderaan.
Ramai tidak puas hati.
7 Alasan JPJ Berhubung Penguatkuasaan Nombor Plet Kenderaan
Ok. mari kita lihat apa alasan diberikan oleh pihak JPJ berkaitan kesalahan saiz nombor pendaftaran kenderaan ini.Ramai yang marah kerana tidak setuju dengan alasan JPJ bahawa nombor plet boleh membawa kepada masalah kemalangan jalanraya yang saban tahun agak tinggi, dan telah meragut banyak nyawa.
Alasan JPJ, sekiranya nombor plet tidak mengikut spesifikasi, adalah sukar bagi pihak mereka untuk menangkap pesalah trafik dan mereka yang melakukan jenayah jalanraya. Jadi, untuk membolehkan undang-undang lain dilaksana dengan berkesan, maka peraturan saiz nombor pendaftaran kenderaan ini perlu dipatuhi oleh pemilik kenderaan.
Ada benar juga.
Ada juga pengguna Facebook yang komen, jika spesfikasi nombor pendaftaran ini digunapakai untuk rakyat, maka seharusnya ia tidak ada sebarang pengecualian - termasuk kenderaan menteri, kenderaan khas, malah kenderaan JPJ itu sendiri. Yang ini juga ada kebenarannya juga.
Saya tertarik nak kongsi satu informasi oleh seorang pengguna Facebook ini:
Sejarah JPJ adalah sebagai Pendaftar Kenderaan di awal penubuhannya dahulu pd tahun 1937 dikenali sebagai RIMV (Road Inspectorat Motor Vehicle) dibawah British melalui Ordinan Lalulintas. Kemudian ditukar kepada Lembaga Pengangkutan Jalan kerana penambahan kenderaan perdagangan di jalanraya.
Namun, segala-galanya berubah apabila APJ1987 diterbitkan, mereka menukar kpd Jabatan Pengangkutan Jalan. Mereka mula 'lawan towkey'. Nak jadi penguatkuasa di jalanraya. Lawan tugas Polis Trafik. Mereka inilah 'Penguatkuasa JPJ' yg menjahanamkan sosio budaya rakyat Malaysia. Kita rakyat sudah terbiasa dengan layanan Polis. Sekarang di jalanraya ada 3 agensi yg menjalankan penguatkuasaan untuk satu akta yg sama APJ1987 iaitu PDRM Trafik, JPJ dan SPAD.
Berapa banyak kekeliruan cara dan gaya penguatkuasaan jalanraya?
Polis Trafik lebih mesra dan lebih berbudi bicara dan mereka tahu mereka bekerja untuk memastikan keselamatan rakyat diutamakan kerana Polis adalah pelaksana segala undang-undang yg diluluskan oleh Parlimen termasuk Akta Polis.
Berbeda dgn JPJ, mereka hanya melaksanakan Akta Pengangkutan Jalan 1987. Akta yg lebih kecil. Mereka tiada kuasa dalam Kanun Tatacara Jenayah tapi diberikan senjata (pistol), mereka tiada kuasa dalam Akta Perihal Perdagangan 1972 tapi mereka menyaman pemilik kenderaan Cermin Gelap dan sebagainya. Nampak tak kejengkelan JPJ?
Unit Penguatkuasa JPJ memang tidak relevan.
Kesimpulannya, biar PDRM Trafik sebagai agensi tunggal penguatkuasa di jalanraya. Dan JPJ kembalilah ke kepada asal tugas kerja kamu sebagai Pendaftar Kenderaan.
Satu pengetahuan baru bagi saya, yang selama ini tidak tahu asal usul JPJ ni. Bagus juga tu ...
Bukan nak jadi batu api, tetapi sebagai rakyat, tak mahulah terbeban kepada sesuatu yang sebenarnya boleh elak dan tidak wajar dalam satu aspek.
Ramai yang kata, jika mahu laksana peraturan ini, jangan bebankan kepada pemilik kenderaan, tetapi samanlah mereka yang kaut untung kerananya; dalam hal ini saya merujuk kepada peniaga-peniaga aksesori kenderaan dan juga tidak lepas dari pandangan pengimport kereta terpakai (terutama kes cermin gelap).
Perlukah Nombor Pendaftaran dalam Saiz Standard?
Mungkin ada bagusnya peraturan skema nombor pendaftaran kenderaan ini untuk cegah jenayah.Saya ingat lagi seorang kenalan saya beritahu - bila terbabit dengan kes langgar lari. Dia tak dapat nak cam nombor plet kenderaan yang langgar arwah ibunya kerana nombor plet kenderaan sukar dibaca. Begitu juga dengan banyak kes ragut yang mana ramai yang jadi mangsa mahupun saksi sukar nak bagi keterangan berkaitan nombor plet motor penjenayah ragut.
Saya ni bukanlah sesiapa, tiada autoriti pun dalam hal ini, tetapi suara rakyat perlulah didengar dengan teliti, dan pandangan rakyat bukanlah semua tak boleh pakai ... ada juga berfakta, ada juga yang berilmiah.
Update.
Operasi Saman Nombor Pendaftaran Kenderaan Tangguh Serta Merta
Untuk surat penangguhan penuh bertarikh 12 November 2014 ini, anda boleh baca di sini - http://www.ekeleh.com/surat-jpj-terpaksa-mengalah-tersebar/Satu nasihat yang penting daripada ramai tukang komen di laman Facebook JPJ - mahu buat operasi .. buat dulu pada kakitangan JPJ itu sendiri dulu kerana ada dakwaan mengatakan banyak kenderaan milik JPJ sendiri tidak ikut peraturan yang ditetapkan (termasuklah kenderaan anggota JPJ dan pegawai-pegawai atasan mereka).
Bila difikir balik macam setuju pulak saman tu dikeluarkan. Rasanya speed trap pun susah nak nampak nombor plat tu. Tapi kalau semua hal ehwal penguatkuasaan diserahkan kepada PDRM trafik maka makin banyak la kerja diorang..saya rasa elok ada JPJ yang handle penguatkuasaan kenderaan sebab diorang lebih tahu spesifikasi yang dibenarkan..
BalasPadamSekadar pandangan peribadi.. :)
Orang kita ni banyak benar pantang larang .. sampaikan bab undang-undang pun ada pantangnya. Tapi saya percaya, sebaik manusia tentulah tidak mahu melakukan kerosakan, mohon agar ada insan yang cerah mata hatinya untuk lihat isu ini dengan tulus ikhlas.... ramai sgt dah yang hati sudah ada titik hitam.
Padamapa yang dikongsikan memang sama apa yang saya fikirkan. Negara kita banyak sangat undang-undang, tetapi negara masih tetap aman. Patut bersyukur
BalasPadampendapat saya kembalikan Akta APJ1987 kepada yang sepatutnya...negara Malaysia terlalu ramai yang overlap penguatkuasa di jalan raya....jangan kerana sumpahan orang ramai dah tergantuk baru nak tengadah....umpama ketam menyuruh anaknya jalan betul.....
BalasPadamSaya setuju dengan piawaiankan utk semua nombor plat ni...bukan JPJ je nak tengok nombor, kita pun kena tolong JPJ utk tangkap mereka2 yang buli jenraya ni...at least kalau standardkan, senang le kita cam no.plat diorang ni dari jauh..elok biar besarkan no.plat ni mcm dulu2...
BalasPadammatlamat asalnya utk kurangkan kemalangan, rasanya bagus kalau kaji betul2 dr segi statistik punca kemalangan dengan fakta dan bukti yg lebih kukuh... orang akan lebih percaya...
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.