Tahniah kepada pasukan Pahang yang terkenal dengan panggilan Pasukan Tok Gajah, kerana memenangi Piala Malaysia edisi 2014. Dan kerana kemenangan ini, Menteri Besar Pahang telah mengumumkan cuti peristiwa selama sehari yang jatuh pada Isnin 3 November 2014.

Berita pengumuman ini ada disiarkan di dalam Berita Harian Online, sebaik sahaja Pahang menjulang Piala Malaysia.

Pahang Cuti 3 November Menang Piala Malaysia 2014

Pahang cuti peristiwa 3 November Menang Piala Malaysia 2014

Pasukan bolasepak Pahang berjaya mempertahankan kejuaraan dan berjaya menjulang Oppo Piala Malaysia apabila bergelar juara selepas menewaskan Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam perlawanan akhir di Stadium Bukit Jalil, pada 1 November 2014.

Siaran langsung perlawanan akhir Oppo Piala Malaysia 2014 ada disiarkan di saluran Astro, menerusi saluran 801 dan 802.
Perlawanan Akhir Oppo Piala Malaysia 2014 Pahang - JDT

Kemenangan Pahang diraih menerusi sepakan penalti dengan jaringan 5-3 selepas terikat 2-2 dalam perlawanan yang mengheret sehingga masa tambahan.

Syabas buat pasukan Pahang, dan tahniah kepada rakyat Pahang sebab dapat cuti peristiwa walaupun ada yang tidak menonton pun perlawanan bolasepak tersebut .. hoho .. :P

Walaupun cuti peristiwa diberikan kepada Pahang, jadual peperiksaan SPM 2014 tetap berjalan seperti biasa .. dan peperiksaan SPM tetap dibuat .. hehhee.. jangan ada yang ingat tak perlu peperiksaan pulak .. naya je nanti ke ulang exam sebab soalan SPM kebocoran .. hoho .. :P 

Oh ya, di sebalik menang pasukan Pahang dalam Piala Malaysia, saya nak kongsikan sedikit fakta menarik mengenai pasukan lawan, iaitu JDT.

JDT adalah asal sebuah pasukan bolasepak bertaraf kelab. Nama asal JDT adalah dari Kelab Majlis Perbandaran Pasir Gudang yang kemudian ditukar kepada Johor FC. Ia bukan pasukan negeri walaupun guna nama negeri. Ia pasukan Johor FC dan bukan pasukan bolasepak negeri Johor.

JDT adalah antara kelab yang pertama berjaya main di liga super, dan berjaya menjadi finalis di Piala Malaysia 2014. Hebat bukan?

Terima kasih kepada blogger +Pendekar Berkuda yang kongsikan fakta dan informasi ini kepada saya.

10 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. wah bestnya orang Pahang dapat cuti.
    adik-adik yang ambil SPM jangan tak datang pula...hehe

    BalasPadam
  2. Tahniah le kat Pahang.... Ambe penyokong kelate pun rasa nak cuti jugak. hahaha

    BalasPadam
  3. Tahniah Pahang Memang dramatik betul perlawanan semalam, tu yang dapat cuti.. hihi

    BalasPadam
  4. dapat juga pertahankan kejuaraan. esok boleh cuti. Seronok dapat rehat

    BalasPadam
  5. tahniah buat pasukan Pahang dan penyokong-penyokongnya..

    BalasPadam
  6. Tahniah Tok gajah...JDT pun hebat jugak. Tapi tak ada rezeki kan...

    BalasPadam
  7. Tahniah buat Pahang. Johor awal2 lagi dah beritau tak cuti kalau menang.....

    BalasPadam
  8. Apa salah bagi je cuti SPM sekali...Ishk3..tapi kalau Harimau Malaya menang mesti cuti seMalaysia...

    BalasPadam
  9. Tahniah Tok Gajah..menang bergaya tahun ni

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Advertisement





CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement