Bajet 2015 sudahpun dibentangkan. Anda nampak apa yang saya nampak tak? Dengan mata kasar, saya boleh nampak pelbagai peluang untuk usahawan menjana pendapatan menerusi Bajet 2015. Daripada Bajet 2015, kita sudah tahu apa perancangan kerajaan dalam berbelanja.

Peluang terbuka luas untuk syarikat bumiputera termasuklah syarikat kecil dan sederhana masuk ke dalam perolehan kerajaan. Nampak peluang menerusi Bajet 2015, ada bahagian untuk syarikat kecil dan usahawan memperoleh kontrak dan tender dari kerajaan.

Tak nampak lagi? Saya tunjukkan serba sedikit intipati Bajet 2015 untuk anda tenung dalam-dalam.
Keutamaan Syarikat Bumiputera Perolehan Kerajaan
Nampak tak peluang-peluang untuk memasuki tender atau kotrak kerajaan? Nampak tak bagaimana usahawan boleh mendapat keuntungan daripada projek-projek yang bakal dilaksanakan oleh kerajaan pada 2015 nanti?

Keutamaan Syarikat Bumiputera Perolehan Kerajaan

Tahukah anda, bahawa syarikat Bumiputera mempunyai nilai peratus keutamaan untuk memenangi perolehan kerajaan. Keutamaan ini adalah diberikan bagi mengekalkan daya saing dikalangan kontraktor Bumiputera agar dapat bersaing dengan kontraktor bukan Bumiputera. Dari segi definisi sebuah syarikat diiktiraf sebagai sebuah syarikat Bumiputera jika memenuhi kriteria seperti berikut:

  1. Sekurang-kurangnya 51 peratus daripada pemilikan saham syarikat dimiliki oleh Bumiputera dimana pemilikan saham individu Bumiputera hendaklah  melebihi saham individu bukan Bumiputera
  2. Sekurang-kurangnya 51 peratus daripada Lembaga Pengarah syarikat dipegang oleh Bumiputera
  3. Jawatan Ketua Eksekutif, Pengarah Urusan atau Pengurus Besar dan jawatan-jawatan penting lain (key post) hendaklah dipegang oleh Bumiputera
  4. Sekurang-kurangnya 51 peratus daripada pekerja syarikat hendaklah terdiri dari Bumiputera
  5. Pengurusan kewangannya hendaklah dikuasai oleh Bumiputera
  6. Carta organisasi dan fungsi pengurusan syarikat hendaklah menunjukkan penguasaan sepenuhnya oleh Bumiputera.

Pemberian taraf Bumiputera dan pengeluaran sijil kepada sesebuah syarikat yang layak bagi bidang bekalan dan perkhidmatan akan dibuat oleh Kementerian Kewangan sahaja dan bidang kerja akan dibuat oleh PKK sahaja.

Bagi perolehan yang melebihi RM 100,000, Jabatan atau Agensi kerajaan dikehendaki memberi keutamaan harga kepada syarikat Bumiputera untuk perolehan bekalan dan perkhidmatan mengikut peratusan yang telah ditetapkan seperti  di bawah:

Nilai Perolehan Peratusan Keutamaan

  • Melebihi RM 100,000 hingga RM 500,000 sebanyak 10 peratus
  • Melebihi RM 500,000 hingga RM 1.5 juta sebanyak 7 peratus
  • Melebihi RM 1.5 juta hingga RM 5 juta sebanyak 5 peratus
  • Melebihi RM 5 juta hingga RM 10 juta sebanyak 3 peratus
  • Melebihi RM 10 juta hingga RM 15 juta sebanyak 2.5 peratus 

Keutamaan harga ini adalah berdasarkan kepada nilai tawaran terendah dan boleh diterima dari syarikat Bukan Bumiputera.

Contohnya tawaran terendah yang diterima oleh syarikat Bukan Bumiputera dalan sebuah tender adalah RM 10 juta. Maka peratus keutamaan adalah 5 peratus.

Kiraannya adalah RM 10 juta X 5 peratus = RM 500,000

Jika satu syarikat Bumiputera memasuki tender tersebut dengan RM 10.5 juta, syarikat tersebut layak diberi keutamaan untuk memenangi tender tersebut dgn syarat melepasi keperluan teknikal. Walaupun terdapat syarikat bukan bumiputera yang menawarkan harga lebih rendah dari nilai tersebut.

Untuk lebih maklumat dalam perolehan kerajaan dan bagaimana untuk anda memenangi perolehan kerajaan. Sila dapatkan ebook - Rahsia Memenangi Perolehan Kerajaan.

Serius, anda akan merasa teruja untuk maju dalam bidang bisnes dan keusahawan bila dapat tahu bahawa terdapat peluang-peluang untuk maju setapak dengan perniagaan anda.

4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. siapa yang bijak ambil peluang dialah yg dapat, bagi yang baru kenalah belajar, macam mana nak buat, supaya tak tersasar.

    BalasPadam
  2. dapat peluang ini memang untung, tetapi jangan abaikan amanah yang diberi. jangan fikirkan keuntungan semata-mata

    BalasPadam
  3. peluang baik bagi syarikat bumiputra...mudahan ramai yg ambil peluang

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Advertisement





CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement