Jadual Perlawanan Piala AFF Suzuki 2014. Jujur kata, saya jarang nak hadap bolasepak tempatan. Lagipun susah nak dapat siaran langsung kat TV percuma ni. Saya tak ada Astro, dan tidak bercadang pun untuk langgan Astro. Dalam keadaan ekonomi semasa, adalah lebih baik kurangkan belanja atas hiburan. Bagi saya cukup tonton tv menerusi saluran percuma yang ada.

Saya minat dengan Piala AFF Suzuki ni. Piala ini ada prestij dia tersendiri. Nak cerita sejarah dia macam tak best la pulak, yelah .. asal usul Piala AFF Suzuki ni tak berapa seronok. Dulu nama kejohanan ini dipanggil Piala Tiger. Kenapa Tiger? Adakah sebab ia piala ciptaan Singapura? Atau kerana ia piala ciptaan Harimau Malaya? Bukan sebab itu, ia adalah kerana penajanya ialah dari syarikat arak jenama Tiger.
Jadual Perlawanan Piala AFF Suzuki 2014


Sukan di rantau ini memang sinonim dengan penaja-penaja yang pelik. Dulu sukan bolasepak Malaysia ditaja oleh syarikat rokok antarabangsa jenama Dunhill. Malah, ada pasukan ditaja Marlboro dan Lucky Strike. Tu rokok, jenama arak pun ada. Benda yang nampak kontradisi je dengan lumrah sukan itu sendiri yang mempromosikan kesihatan yang bagus.

Ok. Lupakan soal itu.

Jadual Perlawanan Pusingan Akhir Piala AFF Suzuki 2014

Saya nak kongsikan kepada peminat-peminat bolasepak tanahair mengenai jadual perlawanan Piala AFF Suzuki 2014. Saya pasti ramai peminat nak tahu akan jadual perlawanan bolasepak Asean ini.
Jadual perlawanan pusingan akhir piala AFF Suzuki 2014
Klik Imej Untuk Versi Lebih Jelas

Nak lagi puas hati, anda boleh lihat versi yang boleh anda cetak di sini - AFF Suzuki 2014 Printable Schedule

Tengah usyar juga kat tv percuma ada atau tidak siaran langsung perlawanan AFF Suzuki 2014 ini.

10 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. ada bro , Media Prima menjadi penyiar rasmi Piala AFF kat Malaysia ( Tv3 dan Tv9 )

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohh ye ke .. yeahhh ... boleh la layan bola ....

      Padam
  2. Wah... piala Suzuki AFF dah nak mula tak lama lagi. Semoga Harimau Malaya dapat piala itu. Malaysia Boleh.

    BalasPadam
  3. Harap Dollah Salleh pilih barisan terbaik..
    pilih berdasarkan prestasi bukan nama dan pencapaian lampau..

    ** adakah striker kembar yang bermain beberapa minit dan gagal menyempurnakan sepakan penalti dan seorang lagi hanya jadi pemerhati dari luar akan menjadi gandingan utama negara..?
    sama-sama la kita tunggu..

    BalasPadam
  4. Dalam banyak pasukan yang kite tentang...singapura lah yang pasti misi wajib menang...

    BalasPadam
  5. Malaysia, adakah sekadar menang gaya kali ini? Semoga berjaya..

    BalasPadam
  6. Penting nie terutama kepada peminat bola. Heheh.

    BalasPadam
  7. betul kata tuan Kiz media prima tv3 n tv9 penyiar rasmi AFF 2014

    BalasPadam
  8. Boleh tahan kuat group B ni. masa nak buktikan harimau masih boleh mengaum dan bertaring tajam....heeee

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Advertisement





CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement