Apa itu SERP? SERP adalah singkatan untuk Search Engine Result Page atau dibahasamelayukan menjadi __________ (isi sendiri.. malas nak translate .. hehehe)

Ramai blogger Malaysia sudah ketahui beza antara Google Pagerank (PR) dan Alexa Rank. Namun, saya hendak juga beritahu sekali lagi.
- PR - Berkaitan kualiti kandungan entri atau blog atau laman web
- Alexa Rank - Berkaitan jumlah trafik yang dijana oleh sesebuah blog atau laman web
G+ Tiada Efek Pada Kedudukan SERP?
Ada yang tanya, adakah G+ berikan kesan pada kedudukan entri blog dalam enjin carian seperti Google? Dari pembacaan dan pemahaman saya, secara amnya ianya tidak beri kesan langsung, tetapi dari segi autoriti, sedikit sebanyak ada kesan.Apa itu autoriti? Saya pernah ceritakan mengenai aspek ini. Anda boleh Google dan Search jika mahu. Tetapi sukacita saya nak beritahu, ia berkaitan dengan kebolehpercayaan penulis dan blognya bercerita mengenai sesuatu. Contohnya blog ini - www.hasrulhassan.com; ia mempunyai autoriti yang kuat untuk kongsikan entri berkaitan tips blogging, panduan blogger dan SEO blogspot. Nak dapatkan autoriti bagi blog anda, maka jadikan blog anda sebuah blog yang ada niche tersendiri, dan usaha untuk perbanyakkan entri mengenai niche tersebut di dalam blog.

G+ tiada efek untuk rank entri blog anda tinggi di dalam enjin carian, tetapi ia boleh beri kesan untuk membolehkan blog anda mendapat trafik di dalam Circle Google setiap kali anda publish entri anda. Secara amnya, apabila anda terbitkan entri dan anda menggunakan Google Plus Profile di dashboard blogspot anda, ia akan secara automatik kongsikan entri tersebut di dalam Circle Google Plus.
Apabila entri telah mendapat jumlah +1 yang baik dalam circle tersebut, ia akan memberikan impak trafik dalan jangkamasa panjang, dan sekaligus .. apabila banyak entri di dalam 'niche' sama diterbitkan, autoriti dibina menerusi anda sebagai penulis (author) dan penerbit (publisher/Google Page).
Mungkin hari ini tak nampak kesan, tetapi saya percaya untuk jangkamasa panjang, tentu sekali pihak Google akan melihat kepentingan G+ boleh membolehkan entri yang anda kongsi dapat tempat dalam enjin carian.
Kesan G+1 lebih kepada jangkamasa panjang untuk blog, samada dari segi autoriti mahupun kedudukan dalam enjin carian Google
Cuba anda lihat entri ini - http://www.hasrulhassan.com/2014/02/muslim-niaga-dropship-produk-islamik.html

Salah satu contest SEO yang pernah saya sertai, dan menang tempat kelima, tetapi .... cuba anda Google - "Muslim Niaga", "Dropship Islamik" atau "Dropship Produk Islamik" atau "Dropship Muslim Terbaik". Saya tak menang kontest SEO tapi impak jangka panjang ada disebabkan oleh jumlah G+ yang saya dapat menerusi entri tersebut.
p.s: Jika kontest ni dinilai semula untuk SEO, mungkin boleh menang tempat pertama tu .. lalalala... +Farid Laham
terima kasih perkongsian ini. Memang dari dulu blog HH yang berautoriti cerita mengenai tip panduan blogging
BalasPadamSaya suka share entri kat G+, dan ada sesetengah entri dapat G+ sampai 100 dan lebih. Kesannya, dalam masa satu jam, ada dekat 1k - 4k pageviews untuk artikel itu saja...thank you sifu untuk artikel di atas
BalasPadamG+ sangat penting kerana kualiti 'member' yang kita boleh pilih dan lebih mudah ditambah dalam senarai rakan..
BalasPadamDulu saya ignore kan ja fungsi G+ ni, tapi bila tau banyak kebaikannya hari2 mesti share kat G+
BalasPadamTerima kasih. Selalu jugak share entri kat G+ ni ;D
BalasPadamyup..betul tu..setelah aku tengok..well rank kat Chrome je..kat lelain macam tak jek
BalasPadamterima kasih... saya suka juga klik G+ untuk kengkawan...
BalasPadamsekarang ni, banyak entri terbaru saya hanya share di Google +, dan share dari situ juga memberangsangkan..saya setuju utk jangka panjang memang berbaloi..:)
BalasPadamAssalamualaikum abg HH, sekarang nie banyak entry blog emma share kat G+. thanks untuk tips and info dari abg =)
BalasPadamkat g+ byk membantu artikel blog sy muncul di halaman google untuk kata carian.
BalasPadamkurang faham lagi, masih mencari maksudnya.
BalasPadamSaya pun berfikir demikian juga.... dalam masa jangka panjang ia memberi ksan yang positif. Mungkin dari segi PR ia akan dinilai. Kalau utk SERP, ia dinilai pelbagai sumber.
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.