Isteri saya beritahu - Cuti umum Perak pada 27 November 2014 telah dibatalkan! Dan kerana ini, jadual peperiksaan SPM 2014 yang sebelum ini ada pindaan dan perubahan kekal. Saya ada berkongsi informasi mengenai jadual peperiksaan SPM pada 27 November 2014 dipinda tarikh ke 4 Disember seperti dalam satu pekeliling yang telah diedarkan ke sekolah-sekolah terbabit.

Dan pihak kementerian telah mengeluarkan satu lagi surat pekeliling membatalkan pindaan atau perubahan tarikh peperiksaan SPM pada 4 Disember; dan dikekalkan pada 27 Disember 2014 seperti di dalam jadual asal SPM tahun 2014.

Cuti umum Perak yang sebelum ini telah diumumkan dan dimaklumkan kepada semua jabatan kerajaan negeri Perak telah dibatalkan menerusi satu surat pekeliling bertarikh 31 Oktober 2014. Surat tersebut telah dikeluarkan di Fanpage Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak pada 3 November 2014.

Surat cuti umum negeri Perak 27 November dikeluarkan adalah untuk cuti Hari Keputeraan Sultan Perak.

Maka, dengan itu, surat pentadbiran kerajaan negeri Perak bilangan (41) yang dikeluarkan dan bertarikh 5 September 2014 telah dibatalkan.
Disebabkan ini juga, tarikh peperiksaan SPM 2014 yang asalnya pada 27 November, dan kemudian dipinda pada 4 Disember juga dibatalkan, dan kekal pada tarikh asal 27 November 2014 seperti yang telah diterbitkan dalam jadual peperiksaan SPM 2014.

Cuti umum negeri Perak pada 27 November 2014 dibatalkan kerana kerajaan negeri Perak telahpun mengambil cuti pada 19 April 2014 untuk sebab yang sama - Hari Keputeraan Sultan Perak. Oleh itu, menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, telah ditetapkan dan dipersetujui bahawa tarikh demikian iaitu 27 November 2014 sebagai cuti umum keputeraan Sultan Perak dibawa pada tahun hadapan, walaupun yang dirai adalah individu berbeza.

Boleh semak di laman FB Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak

11 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. jadi... confirmlah batal yer cuti tu...okey boleh bekerja dengan senang hati... yeayyy

    BalasPadam
  2. Bikin panas tu hehe..

    BalasPadam
  3. Em alahai...bagus jugak tu at least blh jumpe anak2 buah awal sehari di kampung...

    BalasPadam
  4. Alaaaaaaa.....!!!

    Eh, gua bukan duduk Perak dah...

    BalasPadam
  5. Tak lama dah nak SPM.. Best of luck buat semua candidates! Takpelah bab cuti tu.. Nanti lepas SPM boleh cuti panjang.. ^_^
    RosmizaAliDotCom

    BalasPadam
  6. Yeay, tak jadi cuti. Heheh (macamlah duduk dekat Perak) Angel Love Soldier

    BalasPadam
  7. bagus betul Sultan Perak ni...

    BalasPadam
  8. balik pada asal yer...kalau dah book hotel cuti2 sekolah kena ubahlah balik,,,,

    BalasPadam
  9. lepas peluang hendak cuti, jangan bersedih ya

    BalasPadam
  10. Kalau tak baca pekeliling ni memang tak pi keja la jawabnya :)

    BalasPadam
  11. bebudak skolah dah tak heran sebab esok dah start cuti sekolah ;)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Advertisement





CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement