Blogger buat duit online. Tajuk ini memang saya suka tulis, walaupun ada yang tak suka baca. Biasalah tu, lain orang, lain minat dia. Almaklumlah, dalam dunia blog Malaysia ini ada pelbagai rencah blogger yang juga adalah manusia. Masing-masing ada pendapat sendiri. Saya, adalah kategori blogger yang suka bercerita tentang blog, sebab bloglah dunia saya sekarang. Dan blog ialah tempat saya cari income. Saya merupakan kategori blogger yang buat duit online.

Bila sebut pasal blogger buat duit online, perkara yang banyak ditanya oleh orang ialah bagaimana blogger tu buat duit dan jana income? Ok. Dalam entri ini, saya akan tulis secara ringkas dan jelaskan bagaimana saya sebagai blogger buat duit secara online.

Blogger Buat Duit Online

Bagaimana Blogger Buat Duit Online
Ini pengalaman saya, bukan cedok dari mana-mana. Memang saya ada bukti income daripada sumber-sumber yang akan saya nyatakan. In Sha Allah, saya akan turut kongsikan sedikit beberapa tips mudah ringkas untuk buat duit online ini, khas dan khusus buat blogger Malaysia (dalam apa jua platform sekalipun). Walaupun sebelum ini ada pakar buat duit online dah dedahkan kepada semua..

10 Cara Blogger Buat Duit Online

Blogger boleh buat duit online menerusi cara-cara berikut:

Meletakkan Banner Medium Pengiklanan

Blogger boleh letakkan banner medium pengiklanan seperti Adsense, Nuffnang, Innity, Komli, H12, Media White, PopupAds, Geniee, SwitchAds, Advertlets dan banyak lagi di dalam blog. Bagi saya, saya suka letakkan 2 medium iklan yang berasingan di dalam sesebuah blog. Antara cadagan saya ialah:
  • Adsense + Nuffnang (tak jejas Gliteratti)
  • Adsense + Komli
  • Adsense + Innity
  • Komli + SwitchAds
  • Komli + Innity
  • Komli + H12
  • Nuffnang + h12
  • Nuffnang + PopupAds
Bagaimana Blogger Buat Duit Online
Elakan lebih daripada dua, sebab ia akan memberatkan blog dan memberikan pengalaman tak berapa seronok kepada pengunjung blog. Dan jenis dan bentuk banner juga penting supaya ia tidak nampak tidak ketahuan di dalam blog. Banner ini perlu disusun dan dipilih ikut kesesuaian blog. Sangat penting untuk memilih kedudukan dan jenis banner supaya ia benar-benar boleh berikan income yang baik.

Blogger buat duit online menerusi banner iklan medium pengiklanan perlu ada trafik tinggi, baru income yang dapat lumayan.

Meletakkan Banner Affiliate

Ini merupakan salah satu cara blogger buat duit online dengan lumayan. Kenapa lumayan? Ini bersandarkan kepada komisen yang diberikan. Ada produk affiliate yang membayar komisen sangat tinggi sehingga 60-70% dari hasil jualan. Namun, kebanyakkan produk affiliate akan bayar komisen antara 40%-50% daripada harga produk.
tips buat duit online menerusi blog
Dengan meletakkan banner, anda akan promosikan produk tersebut di blog. Bila ada pengunjung klik, dan membeli produk berkenaan, anda akan terima komisen. Komisen dibayar mengikut terma dan syarat tertentu oleh pemilik produk. Ada yang bayar sehari selepas jualan dibuat. Ada yang kena tunggu 2 minggu. Ada yang kena tunggu hujung bulan. Ada yang membayar bila dah sampai satu had tertentu. Kebanyakkan komisen dibayar terus ke akaun bank; jadi ia cepat jika nak dibandingkan dengan bayaran menerusi cek. Ada juga komisen dibayar menerusi PayPal.

Menulis Mengenai Produk Affiliate

Ini salah satu teknik jana income menerusi affiliate. Saya ada berikan beberapa tips mengenainya. Salah satu yang saya sering gunakan ialah teknik kapel - iaitu anda tulis, dan anda letak banner. Ia merupakan salah satu teknik yang pada saya agak berkesan untuk mendapatkan jualan serta komisen affiliate. Untuk jana income lebih baik menerusi affiliate menggunakan cara ini, anda perlu belajar mengenai SEO dan SERP.
blogger buat duit online menerusi affiliate

Buat Duit Online Menerusi Platform ChurpChurp dan 8Share

Saya rasa ramai blogger yang tahu mengenai dua platform ini. Ia merupakan platform perkongsian informasi dan promosi yang secara amnya menggunakan laman sosial. Tetapi bagi saya, ia sebenar tidak terbatas untuk media sosial sahaja. Jika anda ada blog, anda boleh buat duit dan jana income menerusi perkongsian tersebut di blog anda.

Anda akan dapat komisen klik. Ini bermakna, sesiapa yang klik pautan perkongsian itu, anda akan dibayar sebanyak RM0.20; dan kadangkala sehingga RM10.00 untuk satu klik.

Boleh tengok income saya menerusi platform ini di sini - Pembayaran Income Kedua 8Share

Blogger Buat Duit Online Menerusi Sewaan Tapak Banner

Ramai blogger buat cara ini. Ada yang menawarkan serendah RM5 sebulan untuk pengiklan yang berminat nak letakkan banner iklan di blog. Ada pula sehingga RM300-500 untuk tapak iklan tersebut. Harga sewaan yang ditawarkan bergantung kepada kelebihan yang ada di blog tersebut.
Cara blogger jana income blog
Ini antara income lumayan yang boleh dijana oleh blogger; tetapi agak sukar untuk dapatkan. Hanya blog-blog terpilih dengan kekuatan tertentu sahaja yang sering mendapat perhatian daripada pengiklan untuk sewa tapak iklan berbentuk banner.

Selalunya pengiklan mahu beriklan pada blog yang ada trafik cukup baik, dan ada pengaruh tertentu.

Buat Duit Menerusi Penulisan Berbentuk Advertorial

Ini paling saya suka, sebab ia berkaitan dengan minat saya yang suka menulis, dan juga suka mengulas sesuatu. Ramai juga blogger yang hasilkan income lumayan menerusi penulisan advertorial ini. Malah, pengiklan juga suka dengan cara pengiklanan seperti ini. Blogger boleh dibayar sehingga RM1000 untuk satu post, malah blogger boleh dapat banyak benda lain hasil sebuah penulisan advertorial yang baik. Saya ada cerita mengenai teknik ini dalam beberapa post blog saya.
buat duit dengan blog menerusi advertorial
Jika mahu dapatkan pengiklan atau sesiapa sahaja bayar anda untuk tulis sebuah entri advertorial, pertama sekali anda perlu mantapkan cara penyampaian di dalam blog. Anda kena buktikan bahawa entri yang anda tulis boleh beri impak positif pada pengiklan. Impak tersebut:
  • Naikkan jumlah Like FB Page (jika ada)
  • Naikkan trafik blog niaga (jika ada)
  • Hasilkan jualan untuk pengiklan
  • Hasilkan tempahan untuk pengiklan
  • Dapatkan list pelanggan untuk pengiklan
  • Perkenalkan jenama dan produk di SERP enjin carian
  • Naikkan PR blog pengiklan dan kedudukannya di enjin carian
  • Jumlah Like, Share, G+ dan Tweet entri tersebut tinggi
  • Orang komen mengenai entri, produk atau jenama berkenaan.
  • Trafik entri tersebut tinggi

Buat Duit Jual Produk Sendiri Secara Online

Ini mudah. Anda buat blog dan niagakan produk anda sendiri menerusi blog itu. Atau dengan kata lain, anda wujudkan blog niaga anda sendiri. Ramai blogger buat cara ini. Macam-macam boleh dijual secara online, menerusi blog. Anda malah boleh jual sebuah kereta dengan blog!

Anda ada produk, anda mesti mahir dengan produk tersebut. Selepas dah mahir, buat satu blog yang hanya ceritakan mengenai produk itu sahaja. Jadikan anda pakar mengenainya. Bila dah pakar, sudah ada 'jenama' sendiri, maka anda boleh pelbagaikan pula produk anda menerusi blog yang lain pula.

Jika tak ada produk, anda boleh cipta sendiri. Ada banyak produk yang mudah untuk anda cipta; dan yang paling ramai blogger buat ialah ebook! Ebook mudah. Hanya gunakan Microsoft Word, dan Adobe Distiller, anda sudah boleh cipta sebuah isi kandungan blog. Cover ebook pun dah mudah nak buat, guna script tertentu menerusi CS3, dalam masa tak sampai 10 minit dah boleh buat cover ebook yang nampak pro.

Buat Duit Dengan Menyertai Kontes dan Giveaway

Ini antara cara paling mudah nak buat duit online dengan blog. Saya sendiri dah pernah menang banyak kontest dan giveaway online. Saya pernah menang iPad Mini, menang tiket wayang, dapat produk, dapat wang tunai dan macam-macam lagi.
cara dapat duit online menerusi contest (kontest) dan giveaway
Caranya ialah menyertai kontes oleh mana-mana penganjur; yang selalunya akan minta blogger menulis sebuah entri. Dengan penulisan yang bagus, dan beberapa teknik tertentu, anda boleh menang hadiah macam-macam termasuklah wang tunai dengan kontes dan giveaway. Saya kira ini juga termasuk dalam income blog. Saya pernah menang wang tunai RM500 untuk satu entri menerusi satu kontest SEO. Ada kontest yang saya menang RM350 iaitu menerusi Kontest SEO Eridy, dan ada yang menang RM150.

Buat Duit Jual Servis Sendiri

Ramai juga blogger yang jual servis sendiri di blog. Saya pun pernah jual servis SEO untuk blogspot. Ada beberapa blog yang saya telah ubahsuai dan terapkan teknik SEO di dalam template blogspot. Saya kenakan caj antara RM50-RM300 untuk servis saya ini. Memang lumayan, cuma saya dah tak buat memandangkan ia banyak ambil masa dan tenaga saya.
Buat duit online jual produk dan servis
Ada blogger yang jual servis buat header di blog. Ada juga yang jual servis seperti naikkan FB page likes, dan macam-macam lagi. Jika anda ada kepakaran tertentu, boleh jual servis anda menerusi blog.

Banyak Lagi Cara Blogger Buat Duit Online

Ok. Rasanya dah cukup panjang saya tulis mengenai blogger buat duit online ini. Sebenarnya ada banyak lagi cara, tetapi sebab dah nak macam novel dah entri ini, maka saya berhenti setakat sini sahaja. Saya boleh katakan blogger yang buat duit online ini seperti mempunyai bisnes sendiri tanpa modal. Tanpa modal sebab anda sebagai blogger boleh ada bisnes hanya menggunakan platform percuma sahaja. Daftar affiliate adalah percuma, anda jual servis di dalam blog juga guna blog percuma. Letakkan banner medium pengiklanan juga percuma. Anda blogger buat duit online segalanya dari sumber percuma!


Entri ini ditulis adalah sebagai penuhi syarat kontest Cabaran iPhone 5s Peringkat Ketiga yang menampilkan sebanyak 70 blog/blogger terpilih bagi meneruskan cabaran. Ia merupakan kontest dianjurkan oleh Denaihati.com dan ditaja oleh:
Denaihati.com

Penaja Utama - http://amariman.com
Penaja Individu




  • http://www.ombakcreatives.com
  • http://ejamothman.com
  • http://www.eridy.com
  • http://www.hilalazmi.com
  • http://www.eizil.com
  • http://www.asamboi.my
  • http://www.diarymama.com
  • http://pendekarberkuda.org
  • http://www.saji.my
  • http://abangensem.com
  • http://www.enveeus.com
  • http://www.pakarniaga.com
  • http://anarm.net
  • http://www.daddydee.net
  • http://www.sunshinekelly.com
  • http://sweetkurma.com
  • http://awn.my
  • http://mawarmerah2008.com
  • http://www.blogieta.com
  • http://www.broframestone.com
  • http://www.akmaomar.com
  • http://khairilmazri.com
  • http://wowberita.org/
  • Japan Budget Trip


    1. 52 Ulasan

      Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

      1. nice share bro HH..
        Semoga bro HH berjaya dalam Cabaran iPhone 5s Denaihati... terbaik

        BalasPadam
        Balasan
        1. Terima kasih. Harapnya dapatlah tempias menang sikit2 ...

          Padam
      2. sangat menarik kerana ia adalah hasil pengalaman seorang blogger sendiri..banyak membantu

        BalasPadam
      3. perggghhh sifu HH dah siapkan entry cabaran ye. saya masih lagi tersekat di " assalamualaikum" hahahaha.

        BalasPadam
        Balasan
        1. Saya buat ketika idea sedang mencurah-curah datang .... tapi draft pertama tak ada gambar

          Padam
      4. banyak betul caranya. pilih mana yang betul-betul minat. ada usaha pasti ada kejayaan

        BalasPadam
      5. Assalammualaikum... bro HH,

        moga bro berjaya dalam contest nie k.. Amin.

        mselim3

        BalasPadam
      6. Setengah orang tu tak percaya boleh buat duit melalui online..duk diam mengadap komputer je katanya...Tapi bagi saya mana-mana pun asalkan rajin berusaha, duit pun rajin le masuk

        BalasPadam
      7. sebab tu suka tgk cara a.hh bisnes...semangat pulak rasa :D

        BalasPadam
        Balasan
        1. Bisnes online ni kesungguhan kena ada, selain kreatif dan tidak berhenti berusaha. Apa yang saya dapat sekarang bukan kerja sebulan dua bulan, tapi 3-4 tahun baru merasa macam ni.

          Padam
      8. entry contest cabaran iphon 5s kelas otai. saluttt :D

        BalasPadam
      9. terbaik entri nie..saya punya.masih draf

        BalasPadam
      10. Terbaik bro!
        Banyak cabangnye cuma tinggal nak rajin dan korek ilmu kat sini..

        Thanks bro sudi berkongsi!

        BalasPadam
        Balasan
        1. Sama-sama Hafiz, apa yang saya peroleh ini atas sebab Allah S.W.T izinkan.

          Padam
      11. Terbaik. Menarik Isi. Minat pulak nak buat gambar lelaki kacak tu.
        Heheh

        BalasPadam
        Balasan
        1. Hahaha... lama gak fikir tadi, samada nak letak atau tak... takut ada yang hantar email suruh meminang nanti .. ekekekee

          Padam
      12. Memang banyak cara nak buat duit secara online.. cuma nak dengan tidak je... Good luck untuk contest ini

        BalasPadam
      13. tu dia... bleh buat duit online dengan pelbagai cara...

        BalasPadam
      14. Sila pilih mana-mana cara yang berkenan.. HH dah bagi tips buat duit online ni.. nak lumayan, sila buat semua..

        BalasPadam
        Balasan
        1. Nak buat semua tu payah sikit kalau terus ada blog. Kena pelan-pelan strategi perlu ada.

          Padam
      15. Selain dari blog oh kiji ni,saya ada juga buat blog untuk niche forex,dalam tu saya just promote produk saya sendiri je(dari pengalaman sebagai seorang trader),earning boleh la cukup2 tu pn dari pelawat organik kikiki.tp kalau time buat promosi mmg masyuk jgk.

        BalasPadam
      16. entri kontest rupanya..oho..selamat berjaya ;D

        BalasPadam
      17. kalau blog trafik tinggi semua cara yang bro HH listkan kat atas dah boleh boleh buat..kalau baru2 ni slow dan cuba jadi blogger yang berpengaruh.

        BalasPadam
        Balasan
        1. Pilihan di atas .... bukan terus buat semua, ikut cara saya bertatih dan berlari dalam buat duit online. Saya ada kongsikan topik tu dalam blog.

          Padam
      18. Ok sokongan moral diberikan kepada tuan agar menjadi salah seorang pemenang akhir cabaran Denaihati ni nanti.....

        BalasPadam
      19. Memang terbaik. Banyak peluang terhidang didepan mata. :)

        BalasPadam
      20. Datang sini niat nak korek ilmu buat duit melalui blog.. Banyak cara hasilkan income beribu2 sebulan n ada yang beratus ribu sebulan. Insya-Allah dengan sedikit perkongsian dari HH saya akan manfaat dengan sebaik mungkin

        BalasPadam
        Balasan
        1. Alhamdulillah, terima kasih kerana mencedok ilmu di sini, semoga ia beri manfaat seperti yang dimaksudkan. Amin.

          Padam
      21. Terbaik lah info yg abg hasrul kongsikan nie.... btw good luck yer..=D

        BalasPadam
      22. hebat tul HH ni..tajuk blogger buat duit online memang tajuk entri terbaik untuk pakar seo seperti HH...good luck ye

        BalasPadam
        Balasan
        1. Terima kasih kerana mendoakan yang terbaik buat diri saya. In Sha Allah, semoga apa yang saya kongsikan ini beri manfaat pada blogger lain.

          Padam
      23. banyaknyer hihii..rupanya macam2 boleh buat kan rajin jer..

        BalasPadam
      24. Selamat bertarung semua dipusing terakhir kontes iPhone 5S anjuran Denaihati..:)

        BalasPadam
      25. Tengah pening mencari idea nak tulis artikel ni. Ianya bukan bidang kemahiran. Pasti mudah buat HH dan nampak ada kelebihan di situ. Semoga berjaya HH...

        BalasPadam
      26. rupanya banyak jugak cara nak buat duit online..good luck untuk acara ini semoga menang lagi !

        BalasPadam
        Balasan
        1. Amin. Alhamdulillah .... harapnya begitulah. Banyak cabaran kena penuhi ....

          Padam
      27. banyak cara blogger boleh buat duit dengan blog cuma sanggup dan tak sanggup je nak buat.

        BalasPadam
      28. Semoga berjaya bro HH. Terkesan baca entri ni. Bukan mudah nak berjaya. Ia mengambil masa.

        BalasPadam
      29. wahhhhh , entri yang cukup bermanfaat kepada saya dan cukuo memberi semangat , terus rasa nak buat duit jugak lepas baca entri ni haa.. hehe ,

        BalasPadam
        Balasan
        1. Terima kasih Nys, tapi jangan terikut sangat ehh .... buat duit dengan blog ni kira bonus sahaja.

          Padam
      30. Assalamualaikum Bro HH ..Singgah sini kejap malam2 buta ni ... Ambik sikit idea kat sini untuk contest ..{Poning jugak ya nak buat entri ni sakita kepala duk mencari idea ..Datang sini jenguk2 dapat jugak sikit idea ..Thanks Bro HH ..Tahniah entri Bro HH terbaik la..Maklum la PAKAR BISNESS ONLINE ..Kita anak bilis jer Bro HH jerung besar ..............All the best Bro HH ..Hehehe ada masa singgah tengok entri kita okeyy ..

        BalasPadam
      31. As Salam HH,btul mmg dunia blogger jika di manfaatkn btul2 boleh mnjana pendapatan kn..yg pntg usaha gigih utk berjaya..Semoga berjaya HH..Amin..

        BalasPadam
        Balasan
        1. Betul, tapi biar niat awal berblog kita tu tidak terikut sangat dengan duit.

          Padam
      32. billion terima kasih sudi meneruskan cabaran terakhir iPhone 5s gajet impian setiap blogger dan semuga sukses.

        BalasPadam
      33. Assalamualaikum. Satu perkongsian yang menarik, seronok membacanya :D Hehe
        Semoga berjaya ya! ^__^

        BalasPadam
        Balasan
        1. Terima kasih. Dalam entri tu dah ada jalan dan sedikit tips diberikan. Cubalah ... rezeki ni yang boleh diraih.

          Padam
      34. sangat membantu mass buat blog sya yang masih baru beberapa bulan agar naik trafik
        kunjungi balik : http://mrijal04.blogspot.com/http://mrijal04.blogspot.com/

        BalasPadam

      Catat Ulasan

      Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

      Terbaru Lebih lama

      Advertisement

      Advertisement





      CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

      Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


      Advertisement