Alhamdulillah, blog lulus mobile-friendly test. Memang untung ada blog yang telah ditentusahkan sebagai blog mesra mobile ni. Bermakna, sesiapa sahaja yang melayari internet dan buka blog ini, menerusi aplikasi di telefon bimbit akan bebas masalah dari segi paparan, pautan dan mudah untuk baca blog di peranti mudah alih.

Saya dah uji blog saya untuk mobile-friendly test, dan hasilnya .... hoho... "Awesome! This page is mobile-friendly." Saya uji bukan sahaja pada page utama blog saya, malah saya juga uji pautan blog untuk entri-entri di dalam blog. Alhamdulillah, hasilnya sama.

Blog Lulus Mobile-Friendly Test

Blog Lulus Ujian Mobile-Friendly Test di Laman Utama

Blog Lulus Mobile-Friendly Test

Blog Lulus Ujian Mobile-Friendly Test Kandungan Blog

Blog Lulus Mobile-Friendly Test

Anda dah uji ke blog anda? Anda patut berbuat sesuatu supaya blog anda bukan sahaja boleh dibuka di desktop komputer biasa, tetapi perlu mesra pengunjung dan pembaca di peranti mudah alih seperti tablet, telefon bimbit dan telefon pintar. Agak rugilah jika blog anda bermasalah untuk dibuka di peranti seumpama itu. Almaklumlah, sekarang ramai yang sudah ada telefon canggih, boleh beli guna duit BR1M la katakan .. hoho ...

Anda boleh uji samada blog anda mesra peranti mudah-alih di sini - Uji Blog - Mobile-Friednly Test

Pihak Google telah mula menitik-beratkan laman web termasuk blog untuk serasi peranti mudah alih, dan mereka telah pun menyediakan dokumentasi lengkap mengenainya. Nampak ia akan beri impak signifikan untuk masa depan. Anda boleh lihat betapa seriusnya Google mahukan anda mempunyai blog yang lulus mobile-friendly test. Boleh baca di sini - Webmaster's Mobile Guide

Bagi blogspot, sudah ada option atau pilihan untuk jadikan blog anda mesra mobile. Anda boleh sahaja dengan mudah melakukannya di dashboard blogspot anda. Anda hanya perlu pergi ke bahagian template blogspot anda dan pilih pilihan seperti di bawah ini. Blog anda akan secara automatik dibuka dalam versi mobile - http://BLOG-ANDA.blogspot.com/?m=1 apabila pengunjung menggunakan peranti mudah alih.
Blog Lulus Mobile-Friendly Test
Salah satu cara lain untuk jadikan blog anda mesra mobile ialah dengan menggunakan template blogspot yang responsif. Anda boleh lakukan dengan dua teknik:
  1. Cari, muat turun dan gunakan template tersedia yang sudah dioptimasikan sebagai responsif. Anda boleh gunakan dua template responsif yang mesra SEO yang pernah saya kongsikan. Ia memang template terbaik.
  2. Bagi template biasa atau sedia ada, boleh cuba cara meletakkan kod HTML responsif dalam HTML template blogspot anda.
Blog saya menggunakan template blogspot yang mesra SEO dan responsif. Saya dah uji template blog saya ini dalam pelbagai peranti menerusi responsive test. Dan menariknya, template blogspot yang responsive telah memberikan kesan yang sangat-sangat menakjubkan, sehingga blog saya yang selama ini mempunyai bounce rate tinggi berjaya diturunkan sehingga lebih 50% dari asal. Ia adalah kesan menggunakan template blogspot yang responsif dan mesra SEO.
Tips blogging guna template responsif


Bouce rate tinggi menujukkan blog kurang kecekapan, dan membuktikan blog anda kurang menarik dibaca keseluruhannya, secara teknikalnya.

Bagi blog-blog lain yang mahu menjadikan blog lulus mobile-friendly test, boleh rujuk dokumentasi yang disediakan oleh Google Developer di sini - How do I make my site mobile friendly?

Seriusnya Google menampilkan atau berikan 'kredit' pada blog yang mesra peranti ini, ia akan berikan label mobile-friendly di enjin carian Google versi mobile pada blog berkenaan, seperti dipaparkan di blog ini - http://goo.gl/FvZvLG. Blog-blog atau laman web yang mesra mobile pasti akan jadi pilihan mereka yang gunakan tablet, telefon pintar dan telefon bimbit. Ia bukan sahaja akan beri impak dari segi trafik, tapi ia akan tingkatkan peluang untuk blogger buat duit online

Blog yang lulus mobile-friendly test pasti akan jadi pilihan untuk pengiklan, kerana zaman sekarang, pengiklanan online sudah menjadi pilihan utama kerana ianya murah dan bersifat antarabangsa. Dengan kos kecil mengiklan di blog-blog yang mesra SEO dan mesra peranti mudah-alih, ia pasti akan beri impak jangka panjang dan jangka pendek yang memuaskan.
Blog mesra SEO dan mesra peranti mudah alih mobile-friendly

14 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. yeaahh.... blog saya mobile friendly.... tq HH bagi tips yg menarik nih....!!

    BalasPadam
  2. Main klik-klik jadi mudah mesra mobile. :) Tidak dinafikan faktor trafik mengunakan Smartphone dan Tablet.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untung blogspot ni .. main klik klik je .. hoho tapi nak lagi best kenalah ada template yang responsif.

      Padam
  3. Yeayy...blog SA mesra Mobile....thanks HH...

    BalasPadam
  4. Awesome! This page is mobile-friendly.. :)

    BalasPadam
  5. Dah try..result Awesome jugak..hehehe..=D

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah..blog saya mobile friendly :)

    BalasPadam
  7. Bagaimana untuk kekalkan iklan dalam versi mobile?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cari template yang responsif, kan saya ada bagitahu kat atas tu .. :)

      Padam
  8. saya dah test..
    Lulus dengan ohsem..

    BalasPadam
  9. Nampak gaya banyak benda perlu diperbaiki.. tHAXS hH

    BalasPadam
  10. sekarang sudah ramai guna hp untuk online, blog mesti kena mesra hp juga

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Malanglah bila blog buka di tablet dan telefon nampak berterabur.

      Padam
  11. entri yang menarik.. Semangat cheak tadi. Alhamdulillah blog Cik Candy mesra mobile (=

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement