Terkesan. Saya memang manusia biasa, seorang penulis blog yang adakala membuat cacat dalam menulis entri. Dalam menasihati orang lain, diri sendiri rupanya telah terbabas dan melakukan salah. Saya akui, ada waktu bila emosi dan bisikan iblis dijadikan ikutan, itulah yang berlaku. Memang betullah, bila ketika mahu menulis entri baru, pastikan hati bersih, dan emosi tidak dalam keadaan marah.

Apabila menjadi seorang blogger yang semakin dikenali, rentak dan cara akan dilihat oleh ramai orang. Silap langkah, kena print screen .... jatuh terduduklah tepuk dahi, inilah bahana tersilap salah menulis entri. Tidak rujuk, dan tidak berbukti, main tulis ikut sedap sesuka hati.

Bagaimana Mahu Menjadi Blogger Yang Bermaruah?

Maruah tercalar. Kredibiliti mula hilang. Blog sudah tidak ada pengunjung, komentar pun jadi berkurang. Pengunjung dan pembaca bawa diri jauh-jauh. Pengunjung sudah tidak mahu kekal seperti dulu. Tidak mahu lagi dikaitkan dengan blogger ini yang sudah tidak lagi bermaruah. Ketika sudah menjadi begitu, terlanjak perahu memang boleh diundur, terlajak menulis, terkesan dan diingat orang yang membacanya.

Orang akan lebih ingat kita ni blogger penyebar fitnah daripada blogger yang sering kongsikan kebenaran.
Sikap blogger yang bermaruah
Mahu jadi seorang blogger yang bermaruah? Bacalah entri ini - 6 Sikap Blogger Tidak Bermaruah, dan mungkin anda boleh belajar sesuatu daripada apa yang disampaikan.

Kita sama-sama belajar, kita sama-sama mengingati.

Kita Perlu Saling Ingat Mengingati

Cuba elakkan perkara-perkara yang dibincangkan, dan marilah sama-sama kita menjadi blogger yang memberikan impak positif secara langsung dan tidak langsung. Seperti dinasihati, dek kerana mahu mengejar trafik blog berpuluh ribu sebulan, ada adab dilupai, ada batas dilanggari dan agama yang patut diingati terus tidak diendah lagi.

"Sesungguhnya Allah menerima taubat hamba-Nya selama nyawa belum sampai ke tenggorokan." (H.R Ahmad)

Siapa kita di dalam dunia blog Malaysia adalah atas kita. Kita yang menulis, kita ada hak untuk kekalkan tulis, ubah penulisan, mahupun memadamnya dari ingatan carian Google. Jalankan tanggungjawab demi kebaikan dunia akhirat, bukan sekadar mahu kaut untung yang kekalnya tidaklah lama.
Cara menjadi blogger bermaruah
Esok lusa, mungkin jadi seperti saya, yang khilafnya terbentang bak sawah saujana mata memandang. Moga Allah S.W.T ampuni saya, dan buat mereka yang terkesan, saya mohon maaf dari lubuk hati dan jiwa, semoga Allah menerima dan redha.

Firman Allah yang bermaksud: "Tidakkah kamu tahu, sesungguhnya Allah yang mempunyai kerajaan langit dan bumi, diseksa-Nya siapa yang dikehendaki-Nya dan diampuni-Nya bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." (Al Maidah: 40)

22 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Entri hebat tapi tergantung diawan siber..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan tergantung ... tapi memberikan backlinks ke sebuah entri yang penuh bermanfaat, takkan nak curik idea dan copy paste pula .. ye tak? :P

      Padam
  2. peringatan yang baik untuk semua blogger...hehehe..

    BalasPadam
  3. setiap dr kita kena memartabatkan diri sendiri. terima kasih peringatannya bro.

    BalasPadam
  4. Terima kasih kerana mengingatkan, bro!

    BalasPadam
  5. Terkesan di hati...terima kasih bro...byk bg nasihat

    BalasPadam
  6. penulisan/blog sama seperti kata2 yg keluar dari mulut kita. semuanya akan dipertanggungjawabkan di mahkamah Allah kelak. bila fikirkan ini, memang jadi motivasi utk selalu amanah dalam berkongsi info, juga berhati2 memilih perkataan. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benar Nor Fauzah, blog tak ada editor, tak ada yang check, kita sendiri yang tulis dan kita sendiri yang terbitkan.

      Padam
  7. Penulisan yang berbaur fitnah, hasutan, lucah dan sebagainya boleh memberikan impak yang sangat besar pada diri sendiri dan orang lain. Selagi entri seperti itu tidak dibuang, mungkin itulah yang menambahkan dosa dan mungkin juga kekal tanpa kita sendiri sedari. Kena lebih berhati-hati dalam penulisan. Wallahualam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya syorkan bloggr guna nama domain berbayar. Setidaknya ada dua langkah elak - satu padam blog, dan satu lagi biar domain tak berbayar, dan akan automatik terminate akaun, dan pautan pun jadi tidak aktif.

      Padam
  8. mudah sangat.

    jadilah diri sendiri saja. blog sendiri, bukan blog anda bukan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe.. kalau diri sendiri ok, oklah, tapi kalau diri sendiri memang kaki hasad ... jadi diri sendiri boleh bawa bahana gak ..

      Padam
  9. selalu beringat untuk diri sendiri jugak....

    BalasPadam
  10. InsyaAllah ingin berblog seperti tuan jgak nnati melaui domian berbayo...

    BalasPadam
  11. Setiap apa yg kita buat akanndihitung sebagai amalan baik atau buruk hatta menulis dlm blog sekalipun

    BalasPadam
  12. setiap penulisan melambangkan peribadi kite sndiri. Menulis biar ikhlas dari hati dan dapat memberi manfaat pada orang lain juga ;)

    BalasPadam
  13. Sb tu lah org kata mata pena ni lbh tajam dr mulut, sb tu lah kena berhati hati dgn apa yg ditulis. Sb tu lah sis rajin masuk ke sini sb kdg2 penulisan HH menyedarkan sis ttg byk benda...selalunya silap sendiri kita tak sedar..

    BalasPadam
  14. Saya setuju. Cara penulisan blogger juga sebenarnya yang membina audience yang bagaimana. Jika tulis semata gosip, fitnah dan seangkatan dengannya, maka yang datang komen pun membawa unsur yang sama.

    BalasPadam
  15. saya sangat setuju...terima kasih atas peringtan..sebagai manusia biasa kadang-kadang kita terlupa..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement