Pusingan akhir AFF Suzuki Cup 2014 membabitkan lapan pasukan. Ia terbahagi kepada dua kumpulan.
- Kumpulan A - Filipina, Indonesia, Vietnam dan Laos.
- Kumpulan B - Malaysia, Singapura, Thailand dan Myanmar.
AFF Suzuki Cup 2014 - Keputusan Jumlah Mata

Perlawanan pertama seperti di dalam jadual perlawanan Piala AFF Suzuki 2014 bermula 22 November 2014 dengan dua perlawanan pemula membabitkan pasukan dalam kumpulan A iaitu Filipina menentang Laos, dan Vietnam menentang Indonesia.
Result dan Group Points AFF Suzuki Cup 2014
Keputusan terkini dan kedudukan mata perlawanan peringkat kumpulan pusingan akhir Piala AFF Suzuki 2014 adalah seperti berikut:Kumpulan A
Kumpulan B
Bagi pasukan Harimau Malaya, di bawah bimbingan Dollah Salleh, saya doakan kejayaan walaupun ada cakap-cakap yang memperkecilkan kemampuan Harimau Malaya. Kritikan itu biasa bila sudah terlalu banyak kekecewaan sebelum ini.
Tapi bagi saya, seandainya saya berada di dalam pasukan Harimau Malaya, tentu diri saya tidak mahu mengecewakan peminat bolasepak Malaysia. Mana ada orang yang mahu kalah, ye tak? Pasti mahukan kejayaan, pasti mahukan kegembiraan.
Jika benar sebagai peminat, sokongan itu patutnya tidak berbelah bahagi, samada kalah atau menang. Inilah semangat jitu yang betul lagi benar, bukan sokong sorak hebat ketika menang sahaja tetapi dimaki herdik bila ketinggalan satu gol kosong.
Dan buat pengurusan bolasepak negara, suara dan pendapat peminat perlulah didengar. Mereka pun bukan suka mahu melihat pasukan kesayangan dimalukan.... ye tak
Semoga pasukan Harimau Malaya dapat gegarkan Piala AFF Suzuki 2014 kali ini.
Mari sokong Harimau Malaysia vs Myanmar jap 5.00 petang ahad ni...Malaysia vs Myanmar.....
BalasPadamOh Malaysiaku.... begitu sukarkah untuk kekalkan momentum?
BalasPadamhttp://mohdalizal.blogspot.com/
seri la pulak game pertama lawan myanmar..selepas ini laluan agak sukar..kena menang dengan Thailand dan pasukan tuan rumah Singapura
BalasPadamSeakan sudah tawar hati mahu menyokong Malaysia. Tiada peningkatan jitu.
BalasPadamseri je kita dgn myanmar... ;)
BalasPadamSeri dengan 10 org pemain .. not bad
PadamMakin malap harapan kita utk ke pusingan separuh akhir....misi seterusnya...wajib menang ke atas Singapore.
BalasPadamSemalam ingatkan dah menang dah ... aduhhh .... kelekaan yang akhirnya membinasa ... layu di hujung mekar kata orang
PadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.