Saya nak berikan 7 tips untuk sebuah blog niaga terima pengunjung. Apa guna ada sebuah blog niaga atau blogshop tetapi pengunjung tiada. Pengunjung kosong bermaksud juga blog tiada trafik. Dan seperti saya katakan dalam fundamental blog buat duit, trafik blog adalah penting untuk jana income.

Ok. Adakah anda seorang usahawan internet? Sudahkah anda ada blog? Jika dah, adakah blog anda menerima trafik yang baik? Jika tidak, maka saya syorkan anda baca entri ini supaya blog anda tidak jadi hidup segan mati tak mahu.

Jika blog anda mahukan potensi untuk jana income berterusan, maka blog anda perlukan tujuh tips blog niaga terima pengunjung ini. Anda mesti pastikan blog anda ada pengunjung kerana mereka inilah yang akan menjadi calon-calon yang sangat sesuai untuk beli apa jua produk yang anda jual di blog anda.

Tips yang akan saya kongsikan ini tidak diuji oleh saya, memandangkan saya sudah tidak ada lagi blog niaga. Namun, saya dapati teknik-teknik ini digunakan oleh ramai usahawan online berjaya sehingga ada di antara mereka yang sudah menjadi jutawan tudung di Malaysia.

7 tips blog niaga terima kunjungan ini boleh praktikkan, mana tahu dengan amal tips yang tak seberapa ni akan menyebabkan blogniaga anda meletup .. powwww.... powwwwww kadabummmm ...

7 Tips Untuk Blog Niaga Terima Pengunjung




  1. Daftar perniagaan anda. Apa jua yang anda jual dalam blogniaga anda, perlukan satu cop atau pengesahan atau tanda yang anda sebenarnya memang seorang usahawan - walaupun kecil. Ia menyerlahkan kredibiliti blogniaga anda dan meningkatkan kebolehpercayaan blogniaga anda. Tak perlu risau akan pendaftaran. Ia sangat mudah.
  2. Promosi. Tiada cara lain selain promosi berterusan. Anda boleh promo blogniaga anda samada di blog orang lain, laman web atau forum yang berkaitan. Jangan promosi pada laman web atau forum yang tiada kaitan dengan apa yang anda niagakan, contoh, kalau anda jual keronsang ataupun baju wanita, janganlah promo kat laman web atau forum pasal kereta. Mahu dapat servis pengiklanan dari saya, boleh rujuk laman Advertise.
  3. Tulis Artikel. Dengan menulis artikel berkaitan dengan apa yang anda jual, setidaknya orang yang nak beli tahu apa yang mereka akan beli. Ceritakan sikit asal usul ke, cara penjagaan ke atau cara memakai. Dengan ini, orang yang cari tentang artikel tersebut secara tidak langsung akan ke blogniaga anda. Anda juga boleh posting ke ruangan laman web komuniti atau kongsikan di Facebook dan juga Google Plus.
  4. Penajaan. Jadi penaja hadiah pada blog-blog yang buat segmen ataupun contest tertentu. Pastikan blog yang buat contest atau giveaway itu ramai pengunjung.
  5. Jangan Tipu Pelanggan - ini merupakan after sales yang sangat perlu dijaga. Jika ada pembeli yang membeli dari blogniaga anda yang tidak puas hati, pasti mereka tidak akan buat ulangan jualan, atau nanti pasti akan boikot blogniaga anda. Jika anda berjaya buat mereka puas hati, secara automatik, mereka akan bercakap mengenainya, dan anda akan menerima kunjungan yang tak disangka. Lihat bagaimana implikasi ini berlaku pada Courts.
  6. Fanpage. Buat page khas untuk blogniaga anda dalam Facebook. Bila orang search tentang sesuatu produk, enjin carian akan mencarinya berdasarkan laman web paling tinggi trafik dan mesra SEO. Facebook adalah salah satunya. Anda boleh tingkatkan LIKE fanpage anda untuk lebih ramai tahu kewujudan blog niaga anda.
  7. Trafik Blog Peribadi. Buat link khas dalam blog seharian anda ke blog niaga anda. Buat promo secara tidak langsung. Atau buat kisah dan cerita yang ada kaitan dengan benda yang anda niagakan. Selalunya orang akan membeli produk jika kita sendiri menggunakannya ... testimonial itu penting.


Ok dah diberi tujuh yang dapat saya fikirkan. Jika perlu cubalah cara yang lebih ortodoks seperti mengiklan di suratkhabar dan laman web. Kuarkan modal skit. Tak apa berkorban dahulu untuk kemajuan di masa akan datang.


Selamat mencuba.

14 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. thanks..yong suka tips ni

    byk yang yong da buat :)

    klo ada tips lg btau la ya~

    BalasPadam
  2. tips yang bagus dan ada yang saya dah buat.. kalau bosan2 jom join ni http://creativmum.blogspot.com/2011/01/sudikah-anda-jadi-follower-kami.html

    BalasPadam
  3. Terima kasih atas tips yang berguna ini..;)

    BalasPadam
  4. tips yg sangat diperlukan untuk bisnes online saya. terima kasih tuan HH. =)

    BalasPadam
  5. Itulah yang aku buat dari dulu. Sapa lagi nak cerita dan hebahkan bisnes kita kalau bukan kita sendiri.

    BalasPadam
  6. Tips yg menarik... saya sgt tertarik dgn tips no 4 kerana saya sedang mencari penaja2 saguhati utk satu contest yg saya rancangkan dgn hadiah utama percutian ke Jepun...

    BalasPadam
  7. tips menarik yang ada juga dari 7 tu tak apply lagi. baiklah kena improve diri ni..

    BalasPadam
  8. jujur kata kuncinya...jika peniaga jujur, kastemer pun akan nampak..tak boleh nak selindung..

    BalasPadam
  9. Inilah yang saya cari sekarang ni untuk tingkatkan pengujung. Dah dapat tips kena praktik baru berkesan. Terima kasih sangat2 tuan. Jasamu dikenang.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement