Saya nak kongsikan tips buat duit online hari ini. Saya kerap dihujani pertanyaan tentang bagaimana cara nak buat duit online ni. Kalau ikutkan, ada lebih 10-20 tips saya dah berikan mengenai cara nak buat duit online ni. Tapi tak mengapa, selagi ada bertanya, selagi itu saya akan terus menjawab menerusi blog ini.

Saya cuma nak berikan satu tips je. Tips ni adalah paling berkesan. Bukan itu sahaja, ia akan buat orang fikir ... bila sebut pasal produk ni, mereka akan nampak anda. Mereka akan nampak produk yang anda jual. Mereka tahu anda menjual produk itu di dalam blog. Mereka sedar produk itu boleh dibeli di Facebook dan Instagram milik anda.
Tips cara buat duit secara online

Buat Duit Online Menerusi Blog, Facebook dan Instagram

Benda yang beginilah yang anda harus buat, iaitu bila mereka sebut mengenai satu-satu produk, mereka akan ingat akan anda, diri anda, blog anda, instagram kepunyaan anda, facebook peribadi anda, fanpage jual produk tersebut yang anda kendalikan.

Jadi, bagaimana nak buat mereka akan ingat sebegitu terhadap anda, terhadap apa yang anda jual?

Tips Buat Duit Online

Tips buat duit online dari saya ini mudah - jual hanya satu produk khusus.

Dah.

Anda usaha hanya jual satu produk khusus. Ini bermakna, segala usaha anda hanyalah untuk mempromosikan produk khusus itu. Biar orang mudah ingat.

Anda jual produk khusus itu di blog, anda perkenalkan produk khusus itu di Instagram, anda promosikan produk khusus itu di Facebook. Bila sana sini hanya nampak gandingan anda - produk; maka senang untuk orang lain ingat.

Jadinya, apabila tergerak hati mereka untuk membeli, mereka akan ingat anda; walaupun ia dipromosikan oleh orang lain!

Anda kena bina jenama diri anda bersandarkan produk yang anda jual online.

Ini teknik asas, banyak perniagaan berjaya dengan teknik ini.

Apabila telah berkembang, anda boleh jual online produk lain yang ada sangkut-paut dengan produk utama anda tadi.

Contoh Gunakan Tips Ini

Sebagai contoh. Anda jual Jeruk Mempelam Asamboi secara online, anda boleh jual juga bahan-bahan untuk buat jeruk tersebut. Bukan semua orang ada citarasa yang sama. Ada yang mahu buat sendiri tetapi nak dapat bekalan mempelam macam susah. Jadi, tawarkan kepada yang berminat.

Tips buat duit online - Cara betul nak tingkatkan jualan bisnes menerusi Instagram (klik)

Lagi satu contoh. Anda jual vitamin yang bagus untuk kesihatan dari syarikat A, ambil satu produk khusus seperti vitamin untuk kuruskan badan. Fokus produk tersebut. Bina kredibiliti, dapatkan pelanggan setia. Dapatkan kepercayaan mereka. Bila orang dah tahu bahawa anda seorang pengedar produk itu daripada syarikat A, mereka mungkin akan bertanya produk lain pula sebab kepercayaan itu telah dibina. Mereka tahu anda telah berikan sesuatu yang terbaik menerusi produk yang satu itu .. dan mereka akan percaya, anda juga akan melakukan perkara serupa untuk produk yang lain.

Ok. Lagi satu contoh. Anda ada beberapa homestay di beberapa tempat. Anda fokuskan dulu pada satu homestay tersebut. Misalnya Homestay di Tawau. Bina kredibiliti anda sebagai seorang pengusaha yang bagus. Bila dah ada perhubungan yang baik, anda promosikan pula homestay anda yang lain. Jadi, mereka tidak akan teragak-agak lagi, kerana mereka telah ada testimoni sendiri bahawa anda seorang usahawan homestay yang bagus. Mungkin juga anda boleh tawarkan kereta sewa yang murah-murah untuk pelanggan sedia ada.

Fokus pada satu produk - ini tips buat online daripada saya. Dah fokus, sudah ada pelanggan, baru anda promosikan pada produk susulan yang lain.

Manfaatkan.

16 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Balasan
    1. Thanks .. bolehlah cuba buat tips ni jika nak bisnes online

      Padam
  2. Tips hebat dari HH. Terima kasih..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama. Ini dari pemerhatian. Percubaan sendiri banyak berjaya menerusi affiliate.

      Padam
  3. Tips yang menarik, unik daripada yang lain. Yang penting kita kena kreatif untuk menarik pelanggan, kadang-kadang kita tak terfikir pun ada cara paling senang untuk lariskan jualan..

    BalasPadam
  4. Betul, dalam bisnes ni fokus tu penting..

    BalasPadam
  5. Tips yang sangat mantaps untuk jualan online. Terima kasih bro atas perkongsian tips ini

    BalasPadam
  6. Terbaik ni. kena usaha betul2lah ikut sifu macam bro HH.

    BalasPadam
  7. Yup..kite hanya perlu fokus pada 1 bende je dahulu,kalau jual produk fokuskan dulu pada produk tersebut,kalau nmpk x untung lps tweak itu ini baru beralih..kalau untung plk cuba target berapa nk untung plk dari produk tersebut..dh capai target baru move ke next produk..rules ni diguna pakai pada semua tak kira jual produk fizikal mahupun affiliate.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas komen yang sangat sangat membantu ini. Moga dapat dijadikan panduan pada yang lain.

      Padam
  8. Memang banyak kerja, tapi sekarang saya pun dah mula amalkan tips ni. Satu produk dalam satu-satu masa

    BalasPadam
  9. saya nak copy paste ayat ni blh HH ?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Advertisement





CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement