Satu teknik yang ramai dah guna sejak bertahun lamanya. Ia adalah teknik penyamaran, sangat sinonim jika nak buat duit online menerusi affiliate. Ramai yang buat duit online menggunakan blog, dan media sosial lain akan gunakan teknik penyamaran ini. Apa yang saya maksudkan dengan teknik penyamaran?

Teknik penyamaran yang saya maksudkan ialah pemilihan username yang boleh meransang pembelian. Benda ni saya tak perasan sangat, tapi kalau nak jana income dengan affiliate, kena pilih username yang bersesuaian.

Teknik Penyamaran Buat Duit Affiliate

Ada dua teknik penyamaran buat duit affiliate yang saya nampak.

Pertama - gunakan nama awek ... hoho ... contohnya username ayucun, ilashantek, gadisayu .. yang ni boleh guna untuk produk-produk affiliate berkaitan kecantikan, berkaitan kesihatan ....

Kedua - gunakan username yang ada kaitan dengan produk tersebut. Ini boleh berikan kepercayaan kepada orang yang akan klik kepada pautan affiliate kita.

Contoh macam di bawah ini.

Nak promosi produk affiliate Kuih Raya katakan. Kalau guna nama awek .... laku keras ni sbb selalunya link affiliate akan nampak seperti ini - http://www.rahsiakuihraya.com/hop.php?ref=LelaJelita

Tu sekadar contoh.

Macam contoh di bawah ini, dua produk affiliate berbeza tapi saya gunakan nama user name sama. Lihat hasil berbeza.

Teknik Penyamaran Buat Duit Affiliate Teknik Penyamaran Buat Duit Affiliate
Tahukah anda bahawa produk affiliate yang pertama tu adalah berkaitan dengan blog. Jadi, mudah untuk saya menjual dan menerima komisen jika nak dibandingkan dengan produk affilitae yang kedua.

Saya memang sengaja tak nak paparkan id affiliate yang lain, sebab kalau saya tunjuk ... hoho .. nanti ada yang marah, lagipun buat apa saya nak promosi link orang lain ye tak .. hehehee... (walaupun tak tahu apa benda produk yang dipromosikan ..:P:)

Affiliate pertama, dengan menggunakan user name yang merujuk kepada blog saya hasrulhassan.com; ramai sudah yang tahu memang blog saya ni bercerita soal tips blogging. Maka, ia dikira mudahlah untuk saya promosikan produk tersebut dengan user name yang juga menjurus kepada blog ini.

Tetapi untuk produk affiliate kedua, saya gunakan username yang sama untuk satu produk berkaitan perempuan, jadi memang terkejung sikit la kat situ. Susah nak dapat sales walaupun berjaya sikit-sikit. Beza banyak dengan produk yang pertama tadi.

Kesimpulan.

Nak jual produk affiliate, gunakan username yang samada:
  • Ada kaitan dengan produk atau guna nama awek mari .. hoho ... orang suka beli dari perempuan, berbanding lelaki... ini memang saya nampak.
  • Jual atau promosi produk yang ada kena mengena dengan blog kita. Contohnya jika blog anda blog mengenai resepi, masakan, bolehlah jual produk affiliate seperti Rahsia Kuih Raya, CD Biskut Penyek dan sebagainya....

 

Kenapa Dinamakan Teknik Penyamaran?

Kenapa tadi sebut pasal teknik penyamaran? Hmm sebabnya ialah .. kalau nak jual produk macam kecantikkan, affiliate lelaki kenalah guna nama username perempuan, dan jika perempuan jika nak jual produk-produk yang orang lelaki ramai nak beli, gunakan username lelaki ....

Teknik ini terpakai kalau guna kat blog, kalau guna untuk promosi kat laman sosial macam Facebook, mungkin cara ini kena putar sikit.

Apapun tak salah mencuba.

Ini sekadar catatan saya dari pengalaman sendiri. Orang lain mungkin caranya berbeza. Lain orang lain teknik, yang penting ialah hasilnya. Tak gitu?

10 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. rasa macam nak gelak pun ada teknik no 1 tu. tapi masuk akal jugak kan. strategi yang bole diikut oleh pemain affiliate.

    BalasPadam
  2. HAHHAH... TQ TIPS TU SGT BERGUNA UTK ORG MACAM SAYA YG TAK TAU APE2..

    BalasPadam
  3. tu pasal banyak akaun facebook sekarang guna nama pelik2, cuba letak gambar profile awek cun, mesti ramai orang add

    BalasPadam
  4. tp ada lagi satu teknik penyamaran yang amat best...:D hehee

    BalasPadam
  5. ya..bagus juga teknik penyamaran begini.....menarik perhatian

    BalasPadam
  6. Betul sangat-sangat! Madam pun dah try. Not bad.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, memang boleh pakai teknik saya ni kan kan .. :) ramai IM yang guna teknik ni

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Advertisement





CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement