Tips SEO Blogspot. Jenuh fikir .... tetiba saya dapat idea untuk berkongsi sesuatu yang mungkin sebelum ini saya terlupa nak beritahu mengenai tips SEO blogspot. Inipun saya sering terlupa, betapa pentingnya pendekatan menulis tajuk entri tanpa perlu ada kata penghubung. Saya akan kongsikan cara menulis tajuk entri blog mesra SEO.

Tips SEO ini adalah tips mudah untuk anda ikut, terutama untuk blogger blogspot. Salah satu cara menulis tajuk entri blog yang mesra SEO ialah dengan meninggalkan atau mengelakkan penggunaan kata penghubung.
Tajuk Entri Tanpa Kata Penghubung
Kata penghubung ... apa benda tu ..?? Erkkk nak kena buka kamus la pulak ye. Hmm ... ini pelajaran Bahasa Malaysia UPSR ni. Kalau tak tahu, memang nak kena kutil la dengan saya... hahahaa...

Okeh. Kata penghubung adalah seperti 'di', 'yang', 'untuk' dan seumpamanya. Kata penghubung sebenarnya membazirkan tajuk entri, ia tidak memaksimakan penggunaan tajuk entri untuk kata kunci. Saya pernah berikan tips bagaimana kata kunci diperlukan berada di dalam tajuk entri blog.

Contoh mudah, lihat tajuk entri ini:

  • Tips SEO untuk Blogspot 
  • Panduan Menguruskan Badan Di Dalam 30 Minit. 

Sepatutnya tajuk-tajuk entri tersebut patut atau boleh dimaksimakan menjadi:

  • Tips SEO Blogspot 
  • Panduan Kurus Badan 30 Minit.

Faham dah? Simple je kan. Jangan risau untuk fikirkan... anda dah ada tajuk entri yang sesuai, anda hanya perlu tulis, dan kemudian barulah anda fikirkan tentang SEO.

Bila anda buat entri tentang proton keluarkan variasi kereta nasional baru. Anda mungkin boleh buat tajuk Proton Keluarkan Kereta Nasional Variasi Baru .... dan untuk SEO, tajuk tersebut menjadi Proton Variasi Baru atau Kereta Nasional Variasi Baru.

Antara cara untuk memaksimakan hits berdasarkan kata kunci menerusi tajuk entri - tanpa gunakan kata penghubung, kalau kena cara ... insyaAllah .... blog anda akan dapat banyak trafik.

Semoga bermanfaat.

32 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. thanks utk tnjuk ajar ini (^_^)

    BalasPadam
  2. Selalu singgah sini as silent reader.
    Just to say tq so much..kak zan banyak belajar dari blog Hasrul(kebetulan nana adik2 kak zan juga bermula dengan Hasrul).

    BalasPadam
  3. wow idea yg bernas .. simple tpi ramai tak perasan .. thanks

    BalasPadam
  4. oh..dayah nak cuba nanti..
    insyaAllah..

    BalasPadam
  5. Boleh dicuba tips ini. Setakat ini banyak menulis tajuk dengan kata hubung. Insya Allah, akan diperbaiki.

    BalasPadam
  6. bagus tips ni,..dah try..terus dapat top 10 keyword untuk galaxy s5 plus full specs hari ni..hehehe..

    BalasPadam
  7. ilmu baru utk saya. dulu2 tatau pun, semua dok bubuh kata penghubung. hm..

    BalasPadam
  8. tq for info
    hehe iena selalu guna kata penghubung tu
    next time cuba untuk tak gunakan kata penghubung (^_~)

    BalasPadam
  9. kadang keliru juga nak pilih tajuk ni..yang lagi parah bila terlupa nak edit tajuk bagi sama dengan permalink...only on blogspot..hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hoho .. satu tips di situ, sebenarnya tajuk boleh je ada kata penghubung ni, cma untuk blogger baru dinasihatkan elakkan letak, sbb dia akan berada di dalam URL entri, jadi nak mudah terus buat tajuk yang memang tak ada, jadi senang.

      Kalau rajin edit URL atau permalink untuk entri, soal kata penghubung bukan satu masalah.

      Padam
  10. tips yang saya akui sangat bagus..sekarang ini berusaha untuk melakukan perkara tersebut..

    BalasPadam
  11. macam tajuk akhbar..biar simple dan padat.
    detailnya nanti bleh citer dalam entri :)

    BalasPadam
  12. I see. Selalu juga saya letak kata penghubung dalam tajuk. Terima kasih HH kasi tips!

    BalasPadam
  13. assalamualaikum hh...terimakasih atas perkongsian yg bagus ini...:)

    BalasPadam
  14. Baru tahu hal ni...Thanks admin sharing info bermanfaat ni..

    BalasPadam
  15. Pada pandangan saya jika digunakan kata penghubung ni pun xpe jika ianya penting untuk menyampaikan maksud dgn tepat. Tapi yang penting dalam link url, kata penghubung ini tidak digunakan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Tapi sekadar nak mudahkan blogger baru yang kadangkala malas nak edit bahagian URL atau permalink tu. Kalau bagitahu cara ini, mungkin tiada masalah, terus automatik benda tu dapat elak berada dalam URL. :)

      Padam
  16. Balasan
    1. Terima kasih kerana sudi membaca entri ini .. saya sangat menghargainya...

      Padam
  17. main peranan juga rupanya tajuk blogpost

    BalasPadam
  18. Betul jugak tu..nampak ringkas dan bergaya :p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yap, tapi seperti kata rakan blogger lain, yang paling penting URL .. tajuk tak mengapa jika ia boleh bantu.

      Padam
  19. Assalamualaikum.Terima kasih brader HH.Ok saya take noted dan masukkakn dalam buku nota saya..he..he..he...

    BalasPadam
  20. Assalamualaikum. Ayat aktif atau ayat pasif lebih baik?

    BalasPadam
  21. Satu ilmu yang berguna bagi yang tak berapa tau teknik SEO macam saya.. Terima kasih atas perkongsian..

    BalasPadam
  22. Tips berguna ni bro HH saya banyak pratikkan tips yang ada disini

    kenapa komen ada word verification pulak HH

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huh? Ada word verification??? saya tak ada pula tetapkan setting tu ... baru check kejap ni .. word verification utk entri yang terbit setahun lepas je ... yang tahun ni ditulis tak ada word verification dalam sini ..

      Padam
  23. Ilmu baru. Kadang2 hentam keromo ja buat tajuk.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement