Untuk yang belum tahu, saya sukacita nak maklumkan bahawa terdapat pindaan dan perubahan tarikh peperiksaan SPM 2014 ini. Ini adalah disebabkan oleh cuti umum rasmi negeri Perak (negeri kelahiran saya ni..) yang jatuh pada 27 November 2014. Cuti umum tersebut disebabkan Hari Ulang Tahun DYMM Paduka Seri Sultan Perak.
Perubahan itu hanya melibatkan mata pelajaran yang terbabit pada tarikh tersebut, dan dipinda ke tarikh baru iaitu 4 Disember 2014. Makluman telahpun diberikan kepada semua sekolah, cuma saya tak pasti samada anak anda yang terlibat ada memaklumkannya kepada anda sebagai ibu bapa.
Kertas SPM 27 November Dipinda 4 Disember

Bila dah tahu tarikh peperiksaan SPM 2014, maka persediaan dan sokongan ibu bapa penting untuk bantu anak-anak ini berjaya menjawab peperiksaan dengan baik. Persediaan tersebut bukan setakat daripada ilmiah je, tapi rohani dan jasmani juga. Mental anak-anak kena diperkuatkan. Kesihatan anak perlu dijaga. Dan paling penting, ibu bapa perlu bersama dengan anak berusaha untuk peroleh kejayaan. Jangan dok biar anak terkontang kanting sendirian.
Update:
Pindaan Jadual Peperiksaan pada 4 Disember 2014 Batal. Oleh itu, jadual kekal 27 November 2014.
Oooo ganti date exam la..tak lama lagi rupanya exam SPM ye!
BalasPadamAlhamdulillah, Syukur... Dah terbit entri ini maknanya dah sihatlah semuanya...
BalasPadamSemoga HH sekeluarga baik2 semuanya.
Selamat kembali :)
Alamak ekonomi le plak...jadual peksa memang kluo awal tapi tu le...pertabalan sultan perak aritu berbulan2 lepas...camane blh terlepas pandang? Dah kene adjust time lawatan 5 atau 6 dis plak..
BalasPadamjangan ada yang bocor lagi sudah la. kesian kat student nak kena amik exam balik..hehehe
BalasPadamHarap-harapnya tidaklah.
Padamditangguhkan seminggu, ada masa tambahan lagi utk adik-adik semua. semuga berjaya buat mereka dan semuga dipermudahkan.
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.