Dek kerana itu, menjadi satu pertanyaan kepada diri saya, bagaimanakah pembaca itu semak nombor pendaftaran SSM syarikat tersebut yang membuat perniagaan online? Mungkin kesilapannya menggunakan sumber dan cara yang tidak berapa betul.
Cara Semak Pendaftaran SSM Perniagaan
Maka, saya ambil inisiatif ini untuk memberitahu bagaimana cara nak semak nombor pendaftaran SSM perniagaan secara online.Penting bukan sahaja kepada perniagaan itu, tetapi penting juga untuk melindungi pengguna (pelanggan). Dan kerana itu, jika anda blogger, ada bisnes dan jual produk serta servis secara online di blog atau ada blogniaga, daftarlah dengan SSM ini. Ia juga merupakan salah satu tips perniagaan online - blogshop yang saya pernah kongsikan di entri ini - 7 Tips Blogniaga Menerima Pengunjung
Ok. Itu untuk blogger yang ada blog niaga atau blog shop ... dengan kata lain ada bisnes online. Sekarang, untuk bakal pelanggan, pembeli, yang suka shopping online, yang suka beli belah di facebook, di blog, di instagram .. nak semak pendaftaran SSM sesuatu perniagaan, bolehlah ikuti langkah-langkah di bawah ini.
Bagaimana Buat Semakan Pendaftaran SSM Perniagaan Secara Online
Langkah Pertama
Buka laman web ini - https://www.ssm-einfo.my. Memandangkan ia sebuah laman web secure https; saya sangat syorkan anda buka menggunakan Crome atau Internet Explorer. Setakat entri ini ditulis, apabila saya buka guna Firefox, ia ada masalah nak loading.Jika dah daftar sebelum ini, masukkan username dan password. Jika belum atau tak pasti, klik bahagian bawah tu .. Register e-Account. Pendaftaran percuma.
Kemudian, klik terma syarat tu, dan klik Submit. Selang beberapa minit, semak email anda. Anda akan dapat satu pemberitahuan mengenai pendaftaran anda - ada username serta password.
Langkah Kedua
Apabila selamat daftar. Anda kembali ke laman web SSM e-Info tadi. Login menggunakan username dan password anda. Sekali lagi, image verification masukkan dengan betul. Klik submit.Langkah Ketiga
Setelah anda klik butang submit tadi, anda akan diberikan paparan seperti di bawah ini. Pilih Search seperti ditunjukkan.Langkah Keempat
Anda kini sudah boleh semakan pendaftaran SSM mana-mana perniagaan samada online atau offline. Ada dua cara, samada menggunakan nombor pendaftaran syarikat tersebut atau menggunakan nama perniagaan. Anda harus tahu, nama syarikat adalah tidak sama dengan nama perniagaan. Ada syarikat yang boleh ada dua perniagaan. - dengan nama lain-lain. Jadi jangan keliru.Selesai.
Harapnya dengan perkongsian ini, dapatlah anda sebagai pengguna, sebagai kaki shopping online periksa dan menyemak nombor pendaftaran SSM sesebuah syarikat atau perniagaan online dengan mudah.
Sebelum ini ada satu aplikasi tu dalam Google Play, tetapi saya lupa. Tak tahu samada masih ada atau boleh digunakan lagi untuk buat semakan seperti di atas.
Semoga bermanfaat. In Sha Allah.
Selepas ni saya pun nak ambik langkah daftarkan perniagaan kat SSM juga la.Terima kasih bro HH kongsikan info ni
BalasPadamSetiap peniaga online mesti daftar syarikat dengan SSM.. Baru lah pelanggan yakin dengan perniagaan kita.. Kita pun akan jadi lebih bersemangat nak buat bisnes..
BalasPadamMesti daftar peniaga online, customer pun nampak serius berniaga...
BalasPadamkenapa saya takdpt nak check no sum Syarikat online tu? Boleh tolong tak?
BalasPadamSyarikat online ada dua pilihan daftar - samada dengan SSM atau dengan SKMM
Padamsalam..nak tanya.. saya ada nak semak status ssm sebuah syarikat tu.. tapi owner tu kata kalau cek online tak keluar.. kena cek kat kaunter ssm baru boleh.
BalasPadam:) Cuba check betul2 .. kalau tak telefon sahaja SSM untuk kepastian.
PadamGood info.tq
BalasPadamBro, btol ke kalau tak elok dedah no sssm kt public?
BalasPadamIshh ssiapa cakap ... siapa ada SSM WAJIB tunjukkan di tempat yang boleh nampak ... ada tertulis dalam peraturan SSM .... kalau tak boleh didakwa.
PadamYang dok sorok tu sbb mereka tak mahu syarikat mereka disiasat orang .. sbb info syarikat boleh didapati menerusi nombor SSM ... kalau kita sorok ... sptt kita sorok perniagaan ... kenapa nak sorok walhal memang kita beniaga secara SAH.
assalamualaikum brther Hasab ,firstly sy ada dua soalan yg nk ditanya 1) dia boleh bagitahu sekali dengan tahun bila syarikat nie ditubuhkan tak ? 2) macamana kalau no ssm dia mmg brdaftar tapi dia niaga menipu ?
BalasPadamSoalan 1 - Boleh. Soalan 2 - Bila dah ada SSM dan perniagaan menipu, boleh report dan boleh kena dakwa jika benar syarikat menjalankan perniagaan yang salah. Nama, alamat semua akan blacklist.
Padamtadi saya follow seperti yg abg cakap tapi dia takde pulak tulis tarikh bila dia mula buat bisness tu , jd macamana saya nk tgk ye ?
PadamRasanya kena buat request tu pada SSM. Ke kena beli profile syarikat .... lebih kurang gitu jika nak detail
PadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.