Mana-mana peniaga online di Facebook, Instagram mahupun blog yang tidak mematuhi peraturan ini akan dikenakan tindakan penalti sehingga RM5,000 di bawah Akta Syarikat 1965 Seksyen 121(1)(b).
Sejajar dengan itu, mana-mana peniaga online perlu dan wajib meletakkan info pendaftaran perniagaan mereka di blog, Facebook dan juga Instagram. Ini termasuklah nama syarikat, perniagaan dan nombor pendaftaran SSM.

Persoalan Berkaitan Perniagaan Online
Merujuk laman web SSM dalam ruangan F.A.Q:- Setiap perniagaan sepenuh masa yang dijalankan oleh individu secara atas talian bagi tujuan mendapatkan keuntungan perlu berdaftar dengan SSM di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.
- Kegagalan mendaftarkan perniagaan boleh mengakibatkan seseorang individu didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksima 2 tahun atau kedua-duanya.
- Sesuatu perniagaan atas talian yang tidak berdaftar tidak akan dapat dibantu oleh mana-mana agensi penguatkuasaan sekiranya terdapat sebarang masalah melibatkan undang-undang kerana perjalanan perniagaan itu sendiri adalah sesuatu yang tidak sah disisi undang-undang.
Kelebihan Buat Perniagaan Online Daftar SSM
Apa kelebihannya jika perniagaan atas talian atau online didaftarkan dengan SSM?- Perniagaan tersebut telah menjadi sebuah entiti yang sah.
- Keyakinan pengguna untuk berurusan dengan sesebuah perniagaan adalah lebih tinggi.
- Membantu memudahkan pengguna membuat verifikasi maklumat perniagaan.
- Pihak kerajaan dapat menyalurkan bantuan yang berkaitan dengan pembangunan komuniti dan prospek perniagaan.
Ada perniagaan online yang letakkan nombor pendaftaran perniagaan meragukan. Untuk itu, anda boleh buat semakan menerusi E-Info SSM. Boleh lihat langkah-langkah yang telah saya kongsikan di sini - Cara Semak Nombor Pendaftaran Perniagaan SSM
Bagaimana Buat Duit Online Menerusi Affiliate?
Bagi mereka yang buat duit online menerusi sistem affiliate, anda tidak tertakluk kepada syarat ini tetapi tidak kepada penyedia produk affiliate. Penyedia produk perlu daftar kerana ia merupakan perniagaan yang dilakukannya. Affiliate disifatkan sebagai satu bentuk 'bisnes online' yang bukan dijalankan sepenuh masa.Jual Produk MLM?
Begitu juga halnya dengan perniagaan seperti menjual produk MLM. Sebagai agen, diperlukan untuk sertakan nama syarikat MLM anda sertai, nombor pendaftarannya serta id agen anda.Saya akan update beberapa info terkini jika ada mengenai bisnes atau perniagaan online ini apabila saya berhubungan dengan pihak SSM dalam jangkamasa terdekat.
Benda ini jadi satu keperluan dan diwajibkan apabila GST akan dikuat-kuasa pada 2015. Dan terdapat isu bahawa blogger dan peniaga online patut daftar GST, walhal dalam pemahaman saya yang masih lagi kurang ilmu mengenai GST, peraturan GST hanya melibatkan perniagaan yang ada turn-over atau pendapatan lebih daripada RM500,000 setahun.
Implementation of GST may only affect the small-businesses like the night market operators if their annual turnover exceeds the prescribed threshold which require them to be registered under GST.
Maka, rakan-rakan blogger harap tak gelabah sangat mengenai isu GST dikenakan kepada blogger ni sebab agak mustahillah nak capai sehingga RM500,000 setahun tu .. ke ada ehhh? hohoho ... :P
Salam HH,bagi individu yang dapat keuntungan melalui Google Adsense juga wajib daftar dgn SSM ke?
BalasPadamIa bukan perniagaan.
PadamErkkk.. macam macam dah lepas ni..
BalasPadambagus laa dah dikuatkuasa. ramai dah yang prefer shopping online, dan ramai yang akan ambil kesempatan. sekurang-kurangnya bila kita paparkan no pendaftaran, prospek akan lebih yakin untuk membeli dengan kita!
BalasPadamkalau bisnes online yg dah daftar SSM tu memang boleh bantu yakinkan bakal customer kan. harap2 kes2 penipuan online pun dapat dikurangkan sama.
BalasPadamAlhamdulillah rasanya tak perlu daftar lagi setakat ni. Nak buat ebook kena daftar la kan?
BalasPadamJanganle...nanti blogger pun kena daftar jugak nanti...adoi mcm2...
BalasPadamTak ada lagi alasan.. nampaknya suka atau tidak kena ikut juga la
BalasPadamSalam En. HH...
BalasPadamSaya menjalankan perniagaan secara DROPSHIP & PRODUK MLM... perlu register SSM?
Adalah lebih baik didaftarkan perniagaan dengan SSM. Lagipun, tak rugi apa pun kalau daftar, malah pengguna akan lebih selesa dan rasa terjamin. Almaklum banyak scam skrang ni.
Padambagus jugak kalau cara ni boleh elakkan scam..tapi daftar kan kena byar..brapa bayaranye??
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.