Wah, tersenyum lebar pak cik mak cik para pesara kerajaan apabila pencen akan dibayar awal pada 15 Oktober sempena Deepavali. Saya pasti mak saya antara yang gembira terima berita ini. Mak saya antara ramai penerima pencen di negara ini. Mak saya penerima pencen terbitan - sebab arwah ayah saya merupakan bekas anggota keselamatan negara.

Tarikh Bayaran Pencen 2014

Pembayaran pencen bagi bulan ini memang awal, saya rasa orang kerja kerajaan pun akan terima gaji awal bulan Oktober 2014; bila dah terima gaji dan pencen awal ni ... hmm kena beringat-ingatlah sikit ye.
Tarikh bayaran pencen 2014

Saya memetik dari Berita Harian Online:
Pembayaran pencen bagi pesara kerajaan akan dibuat awal iaitu pada 15 Oktober, sempena perayaan Deepavali pada 22 Oktober ini. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam satu kenyataan hari ini berkata, pesara yang menerima waran pencen bertarikh 16 Oktober hingga 31 Oktober boleh menunaikan waran mereka mulai 15 Oktober.

Bagi penerima pencen yang dibayar pencen melalui bank boleh menuntut pembayaran pencen di bank yang terlibat mulai 15 Oktober. - BERNAMA 

Saya pernah berseloroh dengan mak saya .... "Wah ... mak ... ni betul dapat duit sambil goyang kaki" setiap kali mak ajak saya pergi ke bank untuk 'tunaikan' pencen.

Inilah antara sebab ramai orang terutama lepasan Universiti mahu dapat kerja dalam sektor awam. Ada kemudahan di hari tua, terima pencen setiap bulan; in Sha Allah cukup jika belanja tidak bermewah dan tidak guna kenderaan. Pasti cukup pencen diterima jika tiada buat hutang piutang semasa zaman bekerja.

Memang kerjaya kerajaan antara bidang kerja yang boleh menjamin masa depan - asalkan tahu memilih bidang yang sesuai dengan kehendak dan minat. Bukan semua orang kerja kerajaan dapat kerja yang mereka mahukan, ada yang terpaksa menelan pahit bila perlu buat kerja sesuatu yang di luar bidang mereka.

8 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Asalam HH terbaik..menyalur info ..panduan kepda ramai orang. tahnia

    BalasPadam
  2. untunglah juga anak-anak pesara tu...

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah bro... saya pun penjawat awam jugak... walaupun bunos tidak seperti kakitangan swasta tapi tetap bersyukur.... dapat jugak membantu sedikit sebanyak... bapa saya pun penerima pencen jugak... :D

    BalasPadam
  4. dulu sebelum kahwin dapat pencen arwah ayah. sempatlah merasa bagaimana meriahnya mengambil wang pencen ni. hahaha.. :)

    BalasPadam
  5. kerja kerajaan gaji awal bila ada perayaan sebelum gaji, kelebihan diaorang lah... tapi kena beringat juga...heee.

    BalasPadam
  6. waaaaa...dh dpt pencen la rini spe2 yg ada pencen
    MG belum and tak ade kot ..huhu

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Advertisement





CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement