Tidak dinafikan, tarikan yang ada dalam blog Dapur Tanpa Sempadan milik CM telah membolehkan blog saya yang tidak seberapa ini menumpang trafik. Setiap kali saya buat entri mengenai masakan atau resepi, maka akan mencanak-canaklah trafik diberikan menerusi blog CM ini.
Saya bertuah sebab diberi kesempatan oleh Che Mat, membolehkan blog saya diberi tempat di dalam bloglist Dapur Tanpa Sempadan. Dek kerana kelebihan ini, saya cuba memancing trafik dari situ dengan sesekali buat entri mengenai resepi dan masakan.
Penangan Trafik 20K dari Blog Dapur Tanpa Sempadan
Pengunjung dan pembaca setia blog CM pasti akan nampak entri resepi saya yang baru diterbitkan. Dan dari situ, trafik mengalir buat mereka yang mahu tahu apakah bentuk resepi yang saya persembahkan, al maklumlah bukan ramai blogger lelaki househusband macam saya yang suka kongsi resepi, apatah lagi dari sebuah blog panduan blogger ... yang banyak paparkan entri pasal SEO blogspot, mengenai tips blogging dan cerita dunia blog Malaysia.
Dapat Kenal Blogger Kaum Hawa
Dari blog CM, saya dapat kenal beberapa blogger kaum ibu, dan beberapa blogger anak dara yang suka memasak .. hoho .... sekaligus menerusi blog saya ini, dapatlah bantu mereka dalam duni blog Malaysia.Pernah baca entri ini - Identiti Mat Gebu Terbongkar!
Penangan trafik blog Dapur Tanpa Sempadan memang hebat. Trafik mencurah sehingga berjaya berada top dalam senarai sumber trafik blog ini (kategori sepanjang zaman).Yelah, lagipun blog CM bukan sedikit trafiknya, sangat kencang sehingga kini dah cecah lebih 45 juta ! Perghh .. ko ada?
Tak pernah menjangkakan bahawa sebahagian besar trafik yang hadir adalah dari seorang blogger yang tidak pernah lagi bertemu, apatah lagi bersembang santai, dari sebuah blog masakan yang di luar niche setara dengan blog ini.
Dan kerana itu, saya bersyukur Allah S.W.T telah menggerakkan hati Che Mat Gebu aka Adnan Ibrahim yang nyata bukan seorang yang lelaki yang biasa-biasa, tetapi lelaki yang luar biasa! Luar biasa kerana anda sukar nak jumpa lelaki gebu yang pandai dan bijak dalam masakan, yang pandai ambil hati orang tua, yang pandai pergi pasar, yang tahu selok belok dapur ... dan yang ada blog popular macam Che Mat .....
Saya pasti anda akan angguk dan setuju!
Itulah bila dapur berasap, mampu menggoncang satu Malaysia..:)
BalasPadamsama la ngan blog sy bang che mat byk bg trafik hehe
BalasPadamhebatkan blog CM ... :) dapat tempias trafik beribu-ribu tu ..
PadamHebat benar blog CM. Jadi penasaran saye.
BalasPadamTerima kasih atas info bagus ini.
Salam blogger.
Saya pun selalu lepak kat dapur CM. Saya sayang CM sebab bagi resepi yang biasa2 tapi hebat dirasa!
BalasPadamBetul tu Aynora .. resepi CM memang best. Tgk gambar pun dah terliur ....
PadamSelalu gi blog CM cari resipi ☺
BalasPadamHebat! ;D Banyak resepi sedap dan menarik!
BalasPadamMemang mengancam bila cik Mat Gebu ni memasak
BalasPadamTrafik dari google tu banyaknya.
BalasPadamAlhamdulillah. :) terima kasih kerana sudi singgah blog ini.
Padammemang terbaik sangat trafik dari google blog hh ni..
Padamyang penting organic trafik tue...hu3
BalasPadamEh eh .. terperasan pulak ye ... tu sampingan je .... trafik organik kalau umur blog dah berzaman ..in Sha Allah masuk banyak
PadamSuka masuk blog mat gebu, follow ig die jugak..cara gambar masakan tu diambil pun sgt2 pro...nampak sedappp sangat lauk2 yang CM masak..
BalasPadamDah 45Juta?? Hebat tu..dah brp lama berblogging HH?
BalasPadam45 juta tu bukan trafik blog ini le .. yinneii ...
PadamBiase blog pasal tempat makan atau pasal masakan dapat traffic tinggi betul x bro Hasrul?
BalasPadambila buat entri pasal resipi biasanya memang akan selalu dicari.. :D
BalasPadamEntri evergreen ....
PadamWah, hebat sungguh blogger sekarang.harap2nya AA akan jadi seperti tuan2 semua
BalasPadamin Sha Allah, boleh tu .... janji dah tanam azam dan lakukan usaha. Usaha tak semestinya acuan yang sama.
Padamblog resepi terbaik, memang patut dikunjungi dan cuba resepinya
BalasPadam20K trafik, perghhh, itu baru dari blog CM, kalau blog CM sendiri entah berapa trafik beliau
BalasPadamkalau waktu lunch tk p rehat kt luar. rehat dlm ofis je msti tgk blog dia. pastu berangan nk masak itu ini. tp bila smpai rumah mls. haha
BalasPadamSaya selalu baca pastu hafal .... kalau wife saya, print ...:)
PadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.