Advertorial.MY adalah salah satu lagi sumber income blog yang patut blogger Malaysia ceburi. Advertorial.MY merupakan sebuah portal penyedia khidmat dan servis untuk blogger Malaysia jana income blog menerusi penulisan advertorial atau lebih difahami sebagai penulisan berbentuk review berbayar. Ini bermakna, anda dibayar untuk tulis sesuatu di dalam blog anda. Potensi income menerusi penulisan berbentuk advertorial di dalam blog adalah tanpa had.
Pembayaran ke 6 Advertorial.MY
Nah bukti pembayaran kali keenam dari Advertorial.MY
Tanyalah mana-mana blogger Malaysia; apakah sumber income menulis di blog paling lumayan. Rata-rata akan cakap, menulis entri berbentuk review adalah sumber income paling best pernah mereka dapat.
Dibayar RM500 Satu Post Advertorial
Percaya atau tidak, saya pernah dibayar sehingga RM500 untuk satu post berbentuk advertorial di dalam blog. Keyakinan yang diberikan oleh pengiklan terhadap saya dalam penulisan berbentuk review memang berbaloi. Malah, bukan sekali dua pengiklan dapatkan khidmat saya menulis review untuk mereka.Antara syarikat yang pernah dapatkan khidmat saya untuk penulisan berbentuk review - Yeos Malaysia, iMuslim, Lazada Malaysia, Zalora Singapore, iMoney, Tourism Malaysia, Celcom Malaysia, Digi dan beberapa syarikat lain. Syarikat antarabangsa pula dari A.Menarini, Dashing, WeChat, Brazil.com, iTunes dan beberapa lagi.
Ni salah satu contoh post berbentuk advertorial dari syarikat antarabangsa yang dapatkan servis ini daripada saya - Top 10 iPhone Apps You Need During Ramadan

Bukan itu sahaja, ramai juga usahawan dan peniaga online yang telah dapatkan servis penulisan advertorial dari saya. Alhamdulillah, rezeki ...
Sebab Pengiklan Pilih Blogger Untuk Advertorial
Kenapa mereka pilih untuk dapatkan servis advertorial daripada blogger seperti saya?Satu je - untuk pelaburan jangka panjang. Ia merupakan pelaburan untuk pengiklanan paling berbaloi pada mereka, kerana dengan satu post, entri berkaitan produk dan jenama mereka dapat ditempatkan di ruang maya, dalam SERP .. dalam enjin carian. Ia penting untuk boost minat orang awam - terutama pencari maklumat mengenai produk dan bisnes mereka. Jika ada review, maka makin senanglah nak jual produk yang mereka iklankan.

Saya sendiri menggunakan servis advertorial ini. Dan hasilnya, fanpage blog saya naik dengan jumlah LIKE yang cukup baik, dalam tempoh tak sampai setahun, saya berjaya naikkan page like dari 1000 likes menjadi lebih kepada 20 ribu likes! Page apa? Itu rahsia sayalah .. hehehe...
Jika anda berminat nak tahu bagaimana nak buat duit dengan penulisan berbentuk advertorial ini, anda boleh cekidaut di sini - Advertorial.MY
Mana tahu, anda mungkin akan jana income menerusi Advertorial.MY lebih baik daripada saya!
p.s: Berminat nak dapatkan servis penulisan berbentuk review daripada saya? boleh hubungi saya menerusi pautan ini - Contact Lelaki Kacak Bernama Hasrul Hassan
fokus tarik trafik kaw-kaw..nanti baru syok nak offer servis kat advertiser :)
BalasPadamZumal pun join juga dan memang terbukti berjaya collect income ^_^
BalasPadamMemang terbaik. In Sha Allah, akan lebih ramai blogger ambil kesempatan ini.
PadamTahniah... hebat la bro HH ni.... :D
BalasPadamRezeki Allah Taala nak bagi, sedikit mahupun banyak, ia tetap kurnian dariNYA, bersyukur sentiasa in Sha Allah, ia akan ada lagi.
PadamRezeki melalui blog... Alhamdulillah
BalasPadamAlhamdulillah. :) Walaupun tak banyak mana, ia tetap rezeki yang baik.
PadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.