Saya nak kongsikan pengalaman pertama saya menggunakan jalan pintas ke Kuala Terengganu, iaitu melalui Cameron Highlands ke Gua Musang, yang kemudian melalui Jalan Felda Aring yang seterusnya menyusuri tepian Tasik Kenyir yang terbentang luas. Satu perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 5 jam dari Cameron Highlands, atau hampir 6 jam daripada Ipoh.
Laluan Cameron Highlands - Gua Musang
Jarak perjalanan daripada Cameron Highlands ke Kuala Terengganu lebih kurang 327 km mengikut laluan ini. Manakala laluan dari Simpang Pulai ke Gua Musang adalah 157 km, dan laluan dari Cameron Highlands (Kg Raja) ke Gua Musang dalam 100 km.Sebelum ini, saya dan isteri agak skeptikal gak nak lalu memandangkan banyak cerita yang tak berapa sedap nak didengar. Ada kata jalannya sunyilah, teruklah, banyak lopaklah, itulah inilah. Dari dengar cerita orang dan kawan-kawan, jadi kami ambil keputusan untuk mencuba jalan alternatif tersebut.



Awas juga dengan keadaan jalan jika baru lepas hujan, sebab kejadian tanah runtuh sering berlaku. Penting ikuti apa sahaja papan tanda amaran yang anda nampak.
Peta Jalan Cameron Highlands - Gua Musang
Dari simpang ke Kampung Raja, suasana dan rasa syok pemanduan mula berubah bila menuju ke arah Blue Valley atau dengan lebih tepat melalui laluan Cameron Highlands - Gua Musang. Jalan agak berlopak dan banyak yang rosak disebabkan sering dilalui oleh kenderaan berat terutama sekali lori-lori balak.
Suasana dingin pun macam pupus je walaupun kawasan tanah tinggi. Ini mungkin disebabkan banyak kawasan yang sudah terjejas teruk dengan aktiviti penanaman sayur secara tidak terancang dan penebangan pokok. Banyak kawasan bukit bukau gondol dan nampak 'merah berdarah'.
Jumlah kenderaan yang menggunakan laluan ini tidak banyak, jadi tiada masalah untuk memotong atau dipotong. Apa yang perlu diawasi ialah lopak dan lubang pada jalan. Ada jalan yang tidak rata dan sedikit bumpy.
Perasaan akan sedikit terganggu bila lihat keadaan di Lojing.
Tidak banyak benda yang boleh dilihat sepanjang perjalanan laluan Cameron Highlands - Gua Musang. Cuma akan kerap kelihatan ialah kelibat orang Asli. Kedai makan pun susah nak jumpa, apatah lagi rumah orang. Namun, pemandangan hijau masih boleh dijenguk. Sesekali melalui kawasan yang baru lepas hujan, ada juga kedinginan yang menusuk liang roma.
Bila perjalanan sudah hampir tiba ke Gua Musang, barulah akan nampak rumah-rumah penduduk kampung.
Peringatan penting kepada yang mahu menggunakan laluan ini, tiada stesen minyak sepanjang perjalanan dari Cameron ke Gua Musang. Jadi, pastikan kenderaan anda mempunyai minyak tangki penuh ....hoho ...
Sampai sahaja di Gua Musang, barulah saya dan keluarga dapat berhenti rehat ...
Secara amnya, atau purata dengan pemanduan penuh berhemah seperti saya ... masa perjalanan dari Cameron Highlands ke Gua Musang lebih kurang 2 jam. Dan jika dari Simpang Pulai, dalam 3 jam.
nice entry
BalasPadamTerima kasih.
Padamhttp://madey09.blogspot.com/ hebat perkongsian kali ini tentang view.
BalasPadamaku tak pernah lagi guna jalan ni
BalasPadamLaluan ni memang sunyi tapi blh speed...cuma hati2 kerana jalannya kadang2 tak rata dan lembut...
BalasPadamHmmm kadangkala ada haiwan melintas ... memang opocot la.
PadamFirst time dengar pasal laluan nie. Terima kasih ya, kongsi tips. Bahaya juga kalau main terjah je kan. :)
BalasPadamHmm part pertama jalan dari Cameron ke Gua Musang tak mencabar sgt, paling mencabar ialah jalan pintas dari Gua Musang nak ke K. Terengganu .. nanti saya akan ceritakan.
PadamKena beringat lah slalu...
BalasPadamKalau jalan malam lagi sunyi kot, mungkin elok elakkan lah...apa2 hal susah nak minta bantuan.
BalasPadamSalam..t-kasih untuk entry ini.. Bagi yg nak mencuba cycle touring di laluan ini pastikan bawa bekalan dan kelengkapan yg cukup serta ketahanan mental yg tinggi.. terutamanya air minuman. Kalau di musim kemarau diperlukan krg lbh 8lit ke 10lit air. Jarak dari Kg Raja ke Gua Musang boleh dicapai dlm masa 8-10jam kalau bawa muatan krg lbh 15kilo.
BalasPadamSaya berumur 59 thn pernah lalui laluan ini pada Dis 2010 dgn seorang kawan dan pada Apr 2014 bersendirian. Pengalaman kehabisan air minuman memang menakutkan...Selamat mencuba
Terima kasih atas tips yang diberikan ... :)
PadamAs salam. Tk atas info. Insya-Allah, pada minggu depan saya nak ke Gua Musang. Dah pakat isteri dan anak-anak nak melalui jalan ni - CH - GM. Tak terlibat dengan banjir baru2 ni kot.
BalasPadamSedapnye strawberry tu!
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian.
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.