Baru-baru ini telah dilancarkan Google Street View bagi seluruh semenanjung Malaysia. Pihak Google dalam satu kenyataan, hampir kesemua jalan atau street di Malaysia telah dikemaskini dengan paparan imej terbaharu hasil imej yang diambil menerusi kenderaan Google Map Street View ini.

Daripada apa yang saya tahu, Google Street View telah mula sampai ke Malaysia pada tahun 2013. Tujuannya ialah untuk mendapatkan jalan-jalan sekitar tempat tarikan pelancong, yang bertepatan dengan tema Visit Malaysia Year 2014 (VMY2014). Ia adalah untuk memudahkan pelancong luar mendapatkan info-info jalan bagi kemudahan mencari tempat-tempat dan lokasi pelancongan.

Google Street View Bahaya?

Google Street View Bahaya?
Namun, kebimbangan masyarakat mula timbul apabila Google telah mengemaskini paparan di Google Map Street View apabila hampir 90 peratus keseluruhan jalan raya di Malaysia mempunyai paparan imej yang lengkap, termasuk kedudukan kediaman dan juga persekitarannya.

Dengan adanya satu alamat lengkap, anda boleh tengok Google Map Street View versi instant di sini - http://www.instantstreetview.com

Kebimbangan Mengenai Google Map Street View

Saya nampak kebimbangan ini jelas dinyatakan apabila ramai rakan blogger membuat entri berkenaan kerisauan ini. Mana tidaknya, menerusi Google Map Street View, hanya dengan menaip alamat lengkap, sesiapa sahaja boleh nampak keadaan rumah - berpagar atau tidak, jenis rumah, jenis kenderaan yang ada, samada tingkap berjeriji atau tidak, akses ke dalam rumah dan segala macam perkara yang boleh dimanipulasi oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab.

Walaupun maksud awal adanya Google Street View adalah untuk bantu pelancong mengetahui lokasi sebenar sesuatu tempat, yang sememangnya bagus, namun langkah kawalan sangat perlu untuk memastikan data atau imej yang dipaparkan tidak digunakan untuk tujuan tidak baik, contohnya rompakan, kecurian dan sebagainya. Ia memberikan peluang dan akses untuk mereka yang tidak bertanggungjawab untuk merancang sesuatu yang tidak baik.
Google Street View Bahaya?
Saya ada mencuba beberapa siri lokasi tertentu, dan nampaknya masih lagi ada kawasan atau jalan yang secara sengaja pihak Google tidak dedahkan. Dan saya dapati Google akan detect ip komputer saya setiap kali saya cuba dapatkan lokasi sesuatu alamat tertentu.

Namun begitu ...

Google Street View Patut Dibataskan Untuk Lokasi Pelancongan

Pada pandangan saya, seeloknya penggunaan Google Street View dibataskan hanya untuk sesuatu lokasi tumpuan pelancongan semata, dan tidak melibatkan kediaman awam atau premis-premis yang berisiko tinggi seperti balai polis, penjara, kem tentera, bank, mesin ATM dan sebagainya.

Harapnya pihak Google boleh meneliti respon daripada masyarakat mengenai perkara ini - samada Google Map Street View untuk kediaman diwajarkan atau tidak, yang mungkin boleh undang bahaya yang tidak disangka.

9 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Mengundang penyangak sebenarnya....

    BalasPadam
  2. biasa la bang, tiap2 satu perkara tu mesti ada baik dan ada buruk. sabo ajeleee (kate pak jabit)

    BalasPadam
  3. Kem-kem tentera mmg takde dlm google street view....

    BalasPadam
  4. anak2 seronok dok usyar2 rumah kawan2..pulak..:)

    BalasPadam
  5. Benar, saya setuju bahawa google street view ini hanya diterhadkan kepada tempat pelancongan. Apabila difikir balik, tiada keperluan yg mustahak sebenarnya mengambil gambar rumah orang awam.

    BalasPadam
  6. Semakin merbahaya ya kita sekarang ni. Sampai kediaman kita pun mereka boleh review.

    BalasPadam
  7. setuju dengan cadangan HH hanya untuk kawasan perlancongan, tempat makan atau tempat penginapan

    BalasPadam
  8. setuju. mmg bahaya. mudah bg pihak2 yg tidak bertanggungjawab utk manipulate info2 ni.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Advertisement





CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement