Kotak carian perlulah berada di kedudukan yang baik, di mana pengunjung dan pembaca blog boleh menggunakannya dengan mudah. Kebiasaannya kotak carian ini diletakkan di bahagian atas sesebuah blog. Ada yang diletakkan bersama menu horizontal blog, ada juga yang meletakkannya di bahagian sidebar blog.
Fungsi Kotak Carian Penting Untuk Blog
Jika anda perhatian, blog ini mempunyai dua kotak carian. Dua-dua kotak carian ini adalah kotak carian search customized. Dua-dua melakukan tugas dan fungsi yang sedikit berbeza walaupun tujuan ia adalah sama - memudahkan carian sesuatu tajuk di dalam blog.Kedudukan 2 Kotak Carian

Kotak carian pertama saya letakkan di bahagian atas. Dan kotak carian kedua saya letakkan di bahagian sidebar blog ini. Dua kotak carian ini jika digunakan, akan hasilkan keputusan yang sedikit berbeza. Saya juga optimasikan 2 kotak carian tersebut agar mudah digunakan untuk versi mobile.
Paparan dan Kedudukan Kotak Carian Dalam Versi Mobile

Tadi saya ada mengatakan, penggunaan dua kotak carian ini akan berikan hasilan berbeza. Apa yang saya maksudkan adalah seperti di bawah ini.
Hasil Guna Kotak Carian 1
Ia akan tunjukkan hasil carian di dalam blog ini sendiri. Entri-entri akan dipaparkan mengikut tarikh dan masa ia diterbitkan. Ia mungkin akan berikan hasil yang terhad, kerana mengikut had paparan carian yang ditetapkan dalam blog.
Hasil Guna Kotak Carian 2
Ini pula adalah paparan hasil menggunakan kotak carian kedua. Ia akan buka satu lagi tab pelayar internet dan paparkan kesemua entri yang mempunyai kata kunci carian tadi. Ianya lebih menyeluruh kerana ia mengadaptasi fungsi carian enjin carian Google.
Dua cara yang saya gunakan di atas ialah custom-made kotak carian. Dalam blogspot dah ada widget kotak cariannya sendiri. Anda boleh pasang di mana-mana bahagian blog yang anda suka. Anda boleh tetapkan samada hasil carian keluar di dalam blog atau membuka satu lagi tab asing di pelayar internet anda.
Semoga bermanfaat.
ada yang guna sitemap untuk mencari artikel yang lama-lama..
BalasPadamBetul. Saya pernah letakkan sitemap kat blog ni guna page, tapi bing dan google webmaster kata ada malware .. terus buang .. hoho ...
Padambiasanya pakai satu je untuk search form ni. tak pernah pulak guna dua tu.
BalasPadamya..memang amatlah penting..tapi tak penting bagi blogger 'porn' sebab mereka hanya mementingkan org akan klik iklan daripada content..:D
BalasPadamHahaha hangit bangat lu pasal blogger porn ni ehh .. hahaha... panas panass ...
Padamterus cek kotak cariaan kat blog sendiri...hehehe lupa nak letak lepas edit tema hari tuh
BalasPadamSalam bro Hasrul Hassan. Saya nak tanya bagaimana nak dapat kembali kotak carian yang hilang di blog?
BalasPadamDalam bahagian widget blogspot ada widget search ni .. leh ambik kat situ. Saya pun ada tutorial letak widget kotak search custom made ...
PadamSaya mendapatkan kotak carian ini dari bawaan template blog yang dipakai.
BalasPadamTernyata banyak manfaat dan fungsi dari kotak carian semacam ini
betul, bagi saya kotak carian memang penting untuk blog blog yang berinformasi sbb tak ramai pon yg rajin nak cari kat bahagian label..so yg senang, search je kat search box
BalasPadamEm..baru nak buat kotak carian..terima kasih admin.
BalasPadamPenting tu buat .. lagi2 blog yang ada buat niaga .. bisnes ke ..
PadamO ye ke.. Thanks admin for sharing this info...
BalasPadamSyukran..sangat2 membantu...
BalasPadamsaya baru buat blog.. terima kasih di atas perkongsian ini..
BalasPadamSama-sama .. saya harap ramai blogger baru ambil perhatian benda ni .. oh ya .. kotak carian juga boleh buat duit oo
Padamsaya baru buat blog.. terima kasih di atas informasi ini..
BalasPadamkalau kotak carian tu x berfungsi macam mana? maksudnya kat kotak tu x dpt nak tulis apa2
BalasPadamSiapa punya? Saya punyakah atau blog lain? Atau kat blog sendiri? Saya ada tutorial letak custom made kotak search .. :) leh search dalam blog .. erkkk
PadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.