Terima kasih kepada Google kerana membolehkan fungsi pemadaman imej dilakukan di Google Map Street View. Anda bukan sahaja boleh memadamkan imej yang tidak berkenaan, malah dibenarkan untuk kaburkan imej-imej lain seandainya ia tidak dilakukan oleh pihak Google sendiri.

Ada imej seperti nombor rumah, plet kenderaan, pakaian bersidaian, wajah orang tertentu yang terdapat di dalam Google Map Street View yang tidak dikaburkan. Oleh itu, feedback daripada pengguna sangat diharapkan oleh pihak Google dalam tanggani masalah ini.
Cara Padam Imej Sensitif Google Map Street View
Untuk membolehkan imej sensitif dipadamkan dalam Googel Map Street View, anda hanya perlu lakukan langkah-langkah berikut yang telah dikongsikan oleh Amanz Network.- Buka laman Google Maps.
- Tarik dan letakkan logo Pegman (watak kuning Street View) untuk mengakses fungsi Street View
- Cari gambar yang ingin anda kaburkan.
- Pada bahagian bawah sebelah kanan anda akan menemui butang “Report Inappropriate Street View” dan tekan butang “Submit”.
- Pihak Google kini akan memproses permintaan anda. Sekiranya alamat Emel disertakan pihak Google juga akan menghantarkan mesej kepada anda selepas imej diubah mengikut kehendak anda.

Semoga bermanfaat.
Tq :)
BalasPadamassalamualaikum HH..perkongsian info yang baik ni...:)
BalasPadamYelah senang2 diorang mapping kat kite...so report inappropriate tu kira blh selesai ke walau 1 report je tuan?
BalasPadamkita cuba jom
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.