Backlinks ke blog memang penting. Ia merupakan salah satu cara untuk blog berupaya berada di top rank enjin carian, terutama sekali Google. Ramai yang tidak tahu, dengan adanya backlinks ini, entri-entri di blog mudah dan senang untuk disenaraikan di enjin carian. Namun, hanya backlinks yang berkualiti sahaja yang akan pengaruhi keputusan SERP (Search Engine Result Page) ini.

Backlinks juga salah satu cara untuk pengaruhi rank di Alexa. Itu sebab banyak blog dan laman web yang berada top rank di Alexa adalah blog-blog ada banyak backlinks. Bagaimana nak tahu jumlah backlinks blog? Ok, saya akan beritahu cara-caranya. Tak susah mana ... hoho ...

Cara Nak Tahu Jumlah Backlinks Blog

Cara nak tahu jumlah backlinks ke blog ialah dengan menggunakan dua laman web servis periksa backlinks yang akan saya berikan ini. Saya suka gunakan dua laman web ni, sebab saya boleh tahu blog dan laman web mana berikan backlinks, PR blog atau laman web tersebut serta apa anchor teks yang saya boleh manipulasi untuk tujuan SEO.

Gunakan BacklinkWatch

Cara Nak Tahu Jumlah Backlinks Blog
Anda hanya perlu ke laman web BacklinkWatch.com dan masukkan sahaja url blog anda. Tunggu ia proses dan analisis blog anda, dan ia akan paparkan keputusan analisis seperti di atas. Dalam tempoh singkat, anda boleh tahu url yang berikan backlinks kepada blog anda, dan anchor text yang digunakan. Anda juga boleh tahu mana backlinks yang berikan dofollow dan nofollow link.

#Tips 2 - Kegunaan Backlinks

Tips - Dah tahu url backlinks (samada dari blog atau laman web) yang berikan dofollow, maka keraplah anda komen di blog tersebut atau dapatkan peluang untuk url blog berada di situ. Salah satu cara untuk dapatkan backlinks di blog yang ada dofollow link ini ialah dengan letakkan banner atau sertai kontes atau giveaway yang dianjurkan.

Gunakan Backlink Checker

Cara Nak Tahu Jumlah Backlinks Blog
Satu lagi laman web servis untuk check backlinks blog anda ialah Backlink Checker. Sama seperti yang pertama, ia juga akan paparkan PR, anchor text dan jenis link samada nofollow atau dofollow. Seperti apa yang saya kata tadi, blog atau link yang berikan link dofollow, maka keraplah komen atau tinggalkan link blog anda di situ. Gunakan anchor text yang disediakan dalam analisis untuk bolehkan blog anda berada di enjin carian untuk kata kunci tersebut.

#Tips 2 - Kegunaan Backlinks

Tips - Cuba cari link url dari laman web yang ada PR lebih baik, sekali lagi kerap komen blog tersebut dan dapatkan peluang untuk url blog anda diletakkan di blog tersebut. Pastikan anda cari entri-entri yang kena dengan meta description blog anda, termasuk penggunaan kata kunci blog anda.

Semakin tinggi atau semakin banyak backlinks blog anda, terutama dari blog-blog yang ada PR lebih baik, dan berikan dofollow links, maka semakin cerahlah blog anda berada di top rank enjin carian. Ini merupakan strategi SEO dengan cara semulajadi yang sangat berkesan.

Saya harap apa yang dikongsikan ini boleh anda dimanfaatkan sebaiknya untuk tambah-baik blog anda.

31 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Jangan lupa juga, ruangan bloglist biasanya dofollow..:)

    BalasPadam
  2. ooo..ada rupanya cara nak cek backlink..terima kasih atas info

    BalasPadam
  3. ooo gitu caranya nak tahu jumlah backlinks...

    BalasPadam
  4. Nanti nak check jugaklah..terima kasih Bro HH :)

    BalasPadam
  5. Lama dah tak check backlink blog. Nak check kejap. Tengok berapa ada backlink.

    BalasPadam
  6. hahaha sedih plak..xde backlinks pn..wakakaka

    BalasPadam
  7. Gua nampak Tiffin Biru je banyak bagi backlink pada gua he..23x

    BalasPadam
  8. Nak terus aplikasikan la..nak tgk berapa byk dah backlink ada..thanks HH

    BalasPadam
  9. ooo cenggini nak check backlink. nak semak jap

    BalasPadam
  10. Selain offpage seo ni, faktor lain ialah onpage seo iaitu teknik penulisan.

    BalasPadam
  11. berguna nie..lagipun sedang kontest SEO kan..

    BalasPadam
  12. ooo..baru tahu kegunaan backlinks..huhu

    BalasPadam
  13. Saya pun guna servis Backlink Watch tapi disebabkan laptop ni slow, maka lamalah nak tunggu habis loading dan paparan jumlah backlink tu keluar.

    BalasPadam
  14. Memang suatu usaha yang berterusan perlu dilakukan untuk mendapatkan backlink yang banyak...dan yang penting ialah berkualiti...terima kasih tuan.

    BalasPadam
  15. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  16. Dapatkan backlink berkualiti dan kerapkan tinggal jejak di blog yang ada DoFollow, terima kasih tuan atas ilmunya :)

    BalasPadam
  17. Baru tau jugak ni.. Kena cek untuk blog ni yang jarang digunakan untuk komen, so backlink berkualiti kurang.. huhu..tq HH! :)

    BalasPadam
  18. minggu ni punya referrals kat nuffnang, bnyak dtg dr google yg mcm2 jenis domain dan dua entry dr blog bro HH.. hairan.. klau ckp psal tinggal komen, entry tu lgsung husna tak baca apatah nak tggal komen..:p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jeng jeng jeng .. mungkin sebab ada link yang ntah datang dari mana kot ...

      Padam
  19. alamat !! sedihnya xda backlinks pun ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh mula dari sekarang utk dapatkan backlinks

      Padam
  20. sikit sikit belajar dari entri ini
    tq tuan harul

    BalasPadam
  21. Assalammualaikum... bro HH,

    Baca2 entry kat sini... cara nak check backlink sesuatu blog... ini sangat penting. Apatah lagi blog yang stabil mempunyai PR blog yang tinggi dan mempunyai pengaruh di dunia blog.. walaupun teknik2 SEO onpage dan offpage telah dibuat.. banyak pengaruh lain jugak yang mempengaruhi.. mselim3 selalu mengkaji teknik2 tertentu dan insallah terus belajar dan terus belajar...

    mselim3

    BalasPadam
  22. terima kasih sebab sudi kongsikan tips ni

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement