Blog dah siap. Blog dah cantik menarik. Blog dah macam-macam buat renovasi; tapi macam ada yang tidak kena. Ada sesuatu yang kurang dan yang menjadikan ia tidak menarik untuk pengunjung singgah dan baca. Jadi? Apa masalahnya?

Tanya pada diri .. tapi nampaknya tak ada jawapan. Semua jawapan cam ok je. Jadi, masalah cam susah nak selesai, buntu gitu. Maka, saya berikan salah satu solusi untuk anda mantapkan blog anda (yang pada pandangan anda dah cukup best dah); walhal .... anda tidak tahu apa pandangan dari orang lain.

Anda sebagai seorang pemilik blog perlu beranikan diri untuk bertanya. Bagaimana nak bertanya? Ada macam-macam cara boleh anda lakukan.

Tips Untuk Mantapkan Persembahan Blog Anda

Kenapa perlu bertanya? Sebab jika anda bertanya, anda seperti memberikan keizinan untuk orang lain komen dan beri pandangan ikhlas mengenai blog anda. Yelah, anda fikir blog anda dah cukup hebat dan bagus; tetapi itu hanya pada pandangan anda sahaja; walhal anda buat dan bina blog sendiri adalah untuk dibaca oleh mereka yang singgah - maka pandangan mereka ini perlu untuk anda tahu kelemahan sendiri dan kelemahan blog anda.
Tips Untuk Mantapkan Persembahan Blog Anda

Beranikan diri untuk ajukan pertanyaan supaya anda boleh tahu cara nak mantapkan blog anda.

Beranikan diri untuk ajukan pertanyaan kepada pengunjung dan pembaca blog anda - supaya mereka boleh respon dengan rasa bertanggungjawab dan selesa. Dan anda pula perlu bersedia untuk terima segala input yang mereka berikan - samada pahit, manis, baik, tidak baik, kritikan mahupun 'tepuk tangan'.

Bagaimana nak melakukannya?

Saya berikan sedikit panduan untuk anda beranikan diri ajukan pertanyaan kepada pengunjung blog.

  • Buat segmen khas atau kontest khusus untuk pengunjung beri pandangan dan pendapat mengenai blog anda. 
  • Letakkan di sidebar blog anda satu ruangan kaji selidik.
  • Tanya menerusi laman sosial seperti Facebook dan Fanpage blog anda.
  • Buat satu post kaji selidik kepuasan pengunjung blog anda - minta mereka respon di ruangan komen. Dan buka komen itu kepada semua.

Dengan cara ini, anda menggalakkan pengunjung untuk secara terbuka memberikan pandangan dan pendapat.

Dan dengan sifat manusia yang memang suka nak kritik, anda mungkin akan dapat pelbagai input .. samada baik mahupun kurang baik dari pengunjung blog anda. Apatah lagi jika ada insentif tertentu anda sediakan untuk mereka yang sudi berikan komentar dan teguran.

16 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Panduan ini walaupun sedikit tetapi mampu memberi impak. Itupun jikalah ianya diamalkan. :D

    BalasPadam
  2. Tips yang bernas.
    Tapi masih tak yakin boleh kendalikan segmen.

    BalasPadam
  3. Asalam HH sedang belajar memberanikan diri ni, dah alang2 terjun ke dunia blogger hehehe..kena belajar baru bagus rasa berbelog dapat tips

    BalasPadam
  4. Betul tu dan sesiapa yang nak atau dah cuba, jangan lupa kongsikan hasilnya disini..:)

    BalasPadam
  5. jangan malu-malu nak bertanya, sentiasa ada ruang yg boleh dibaiki....

    BalasPadam
  6. wah..idea untuk next segmen ni..thanx HH :)

    BalasPadam
  7. sudah cuba dan terbuka terima komen...hasilnya, blog makin ringan dan simple..ramai juga yang ringan tangan nak membantu.

    BalasPadam
  8. sedang cuba cari idea cara mudah nak bertanya... ;)

    BalasPadam
  9. Idea yang baik HH...Satu je kena ingat, nanti kalau dah ada yang komen dan beri pandangan jangan emo pulak. kena terima seadanya kan...

    BalasPadam
  10. Kalau letak borang kaji selidik tu pun bagus jugak. sebelum nuffnang ada buat

    BalasPadam
  11. kena berani nak terima kritikkan dan kutukkan..hu3

    BalasPadam
  12. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  13. Terima kasih atas perkongsian ilmu ni HH.. In Shaa Allah, akan cuba dipraktik.. ^_^
    Rosmiza Ali Official Blog™

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement