Saya terpanggil nak tulis entri ini kerana ramai antara kita bagai sudah melupakan. Saya bersyukur kerana diberikan kesempatan untuk menjadi ahli Alumni Sekolah Menengah Sains Teluk Intan (SEMESTI). Ada sentuhan peribadi atas penubuhan Alumni ini. Saya merupakan antara batch SEMESTI yang awal menggerakkan penubuhannya.
Bantu Sekolah Lama Dengan Sertai Alumni
Alumni ni bagus jika ahli-ahlinya tahu apa maksud dan tujuan ditubuhkan. Ia menjadi semakin bagus bila ahli-ahlinya yang merupakan bekas-bekas pelajar berganding bahu membantu kemajuan dan kecemerlangan sekolah.
Saya batch ke enam SEMESTI dan merupakan ahli Alumni seumur hidup ASTI - Alumni Sekolah Menengah Sains Teluk Intan. Saya bersekolah di SEMESTI dari tahun 1989 sehinggalah tamat SPM pada tahun 1993. Saya kemudian diterima memasuki program Matrikulasi Sains USM di Sekolah Menengah Sains Tun Azlan Shah (SERATAS) Taiping, Perak.
Ikatan dan nilai sentimental saya dengan SEMESTI memang kuat. Di sinilah saya bertemu jodoh dengan isteri saya sekarang. Di sinilah juga saya pertama kali hadapi 3 peristiwa histeria, yang turut melibatkan rakan-rakan sekelas. Tiga kali, semasa di tingkatan 1 (1989), tingkatan 3 (1991) dan kemudian tingkatan 5 (1993). Agak kebetulan, semua berlaku di tahun ganjil. Dan setiap satunya ada ceritanya tersendiri. Jika nak tahu kisah ini, nanti tinggalkan komen ... "Saya Nak Tahu" ehhh .. hehhee.. :P
Alumni Bantu Tingkatkan Kecemerlangan Pelajar
Ok, berbalik kisah mengenai Alumni tadi. Alumni adalah salah satu cara untuk bekas-bekas pelajar, seperti saya dan anda untuk memberi khidmat, membantu generasi kini untuk peroleh kejayaan masa depan. Bukan itu sahaja, ia merupakan satu komuniti besar yang membabitkan bekas-bekas pelajar, dan juga pelajar-pelajar sekolah berkenaan.Banyak manfaat bila dah bergabung di dalam satu komuniti. Bayangkan network yang ada di dalam komuniti seperti Alumni ini. Dan bayangkan bagaimana sebuah komuniti yang ada ahli lebih dari seribu dapat membantu untuk menjayakan sebuah sekolah.
Lagipun, tugas guru sekarang amat mencabar. Tak seperti dahulu. Tambah-tambah dengan peel dan tingkah laku pelajar sekolah sekarang yang dah banyak terdedah dengan dunia tanpa sempadan.
Dengan kepakaran yang kita ada, dengan pengetahuan dan pengalamana sekarang, sebagai ahli Alumni, benda-benda ini boleh menjadi satu sumbangan besar kepada kebaikan sekolah. Pelajar-pelajar sekarang perlu mengetahui realiti kehidupan sebenar. Mereka perlu tahu bahawa persaingan untuk berjaya semakin tinggi, dan mereka perlu diberikan 'laluan', cara dan sebagainya untuk mencapai apa yang mereka cita-citakan.
Alumni Support Team PIBG Sekolah
Alumni juga bukan sekadar itu.Saya lebih suka anggap ia sebagai satu support team yang diluar skop sekolah. Yelah, memandangkan sekolah juga ada PIBG sendiri.
Alumni boleh sumbang dana tertentu. Bukan semua sekolah mudah dapat peruntukan. Malah ada sekolah yang perlu berjimat cermat. Nak buat program itu ini untuk kecemerlangan pelajar pun banyak yang tersekat dan tergendala. Percayalah, PIBG menolong tetapi bantuan yang dapat disalurkan pun amat terhad.
Jadi, Alumni boleh jadi sumber kedua, boleh jadi penyumbang dari segi masa, tenaga, pengalaman, pengetahuan, kepakaran mahupun kewangan.
Bayangkan jika ahli Alumni segerak sehati sejiwa nak bantu sekolah lama, perghhh .... memang akan banyaklah sekolah terbaik di Malaysia ni muncul ... yang tidak mengharapkan sangat bantuan dari kerajaan.
Dah jadi Alumni belum? Jika belum, carilah saluran untuk anda daftarkan diri.
Kenangan lama dilupa jangan..:)
BalasPadambagus sertai alumni. salah satu cara balas jasa sekolah jika dapat menyumbang tenaga dan lagi bagus dgn wang.
BalasPadamBetul tu. Tambah seronok dapat jumpa kawan2 lama, senior dan junior yang kena buli dedulu .. hahahaha
Padam"saya nak tahu"
BalasPadammemang best alumni. saya pernah sertai. tapi entah mana perginya. semacam dah tenggelam pula
Nanti saya ceritakan pengalaman HISTERIA dalam 3 tahun tu ...
PadamPengetuanye blh harap ke?
BalasPadamPengetua sekrang in Sha Allah boleh. Tapi kami Alumni byk buat kerjasama dengan guru-guru kanan yang lebih sporting dan lebih kami kenali. Guru besar kerap bertukar, jadi kemesraan tu kurang sikit jika nak dibandingkan dengan guru2 senior dan kanan ni.
PadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.