Salah satu akhbar harian tempatan yang berikan tempat untuk blogger diketengahkan ialah akhbar Utusan Malaysia. Ramai dah blogger yang berjaya sudah dapat tempat di ruangan tersebut. Utusan Malaysia telah sediakan satu platform atau ruangan khas iaitu ruangan blog pilihan yang disiarkan setiap hari Sabtu.
Tips Blog Dipaparkan Blog Pilihan Utusan Malaysia

Bagaimana mahu blog anda dipaparkan di dalam ruangan blog pilihan Utusan Malaysia?
Kriteria Masuk Ruangan Blog Pilihan Utusan Malaysia Dot Com
Sebenarnya tak susah mana. Namun, sebelum anda meneruskan langkah untuk menjadi popular di akhbar harian Utusan Malaysia, anda seharusnya memastikan blog anda sudah cukup syarat berikut:- Blog sudah berada lama di dalam dunia blog Malaysia.
- Blog sudah punyai banyak artikel dan entri menarik.
- Blog punyai ciri-ciri unik yang boleh diketengahkan dan dibezakan dengan blog lain.
- Sudah ada pengikut yang cukup baik (tak perlu ramai, tetapi satu kelebihan untuk blog yang ada ramai pengikut).
- Ada penampilan niche tertentu di dalam anda.

Berminat blog ditampilkan di ruangan blog pilihan Utusan Malaysia?
Jika berminat, anda hanya perlu email ke alamat email berikut: azrinmuhammad88@gmail.com dan nyatakan bahawa anda mahu blog dipaparkan di ruangan Blog Pilihan bahagian Dot Com Utusan Malaysia. In Sha Allah, ada rezeki, pihak terbabit akan hubungi anda untuk butiran lanjut.
Daripada apa yang saya tahu, mana-mana blogger yang terpilih akan dihubungi untuk satu temuramah ringkas, mungkin juga untuk sessi fotografi.
Terima kasih kepada blogger Uzu yang kongsikan tips ini kepada semua. Uzu atau Emas Putih dah beberapa kali diberikan peluang masuk dalam akhbar serta majalah. Untung dapat masuk akhbar dan majalah ni, sebab ia cara antara paling senang untuk blog diketengahkan dan jadi popular. Hoho .. untung-untung leh jadi model atau pelakon ....
Ini peluang untuk blogger terutama blogger remaja menyerlah. Apa lagi? Silalah hubungi email yang saya sertakan tadi. Semoga berjaya.
Kredit Foto: HazmanFadhil.com dan Tengkubutang.blogspot.com
p.s: Saya masih lagi belum layak untuk diketengahkan seperti ini .... lagipun dah tua-tua ni rasa dah tak sesuai untuk tampil dalam ruangan blog pilihan atau segala bagai.
blog saya pun rasanya masih tak layak untuk diketengahkan..tapi impian untuk masuk paper tu ada la..hehehe
BalasPadamKenapa tidak mencuba? Manalah tahu kan ...
Padamwow wajib terjah nie
BalasPadamTerima kasih.maklumat yang sangat berguna.
BalasPadamsaya lum layak. mgkin sebab lom ada keunikan kot.
BalasPadamBelum layak lagi :)
BalasPadamtgok kn situasi semasa tak layak lgi blog ambo nk msuk UM. Tp ruang yg dsediakan oleh UM perlu dimanfaatkn oleh blogger. :)
BalasPadamMenarik tu. Tapi, rasanya CN belum layak nak ketengahkan blog CN dalam surat khabar. Mungkin perlu lebih masa untuk update entri-entri menarik :) In shaa Allah suatu hari nanti
BalasPadam:) Tak siapa tahu, tapi boleh je mencuba ...
PadamGua teringin blog sukan gua featured dlm suratkhabar ni... blog personal gua x nak
BalasPadamNi blog personal gua yg gua rasa x perlu featured kat utusan..kalau blog sukan mcm sembang sukan dot com...ok..mmg gua nak sgt. Tapi blog sukan gua tu baru sgt..
BalasPadamColumn Utusan memang menjadi penggalak motivasi untuk semua blogger untuk terus lebih berusaha
BalasPadamhttp://www.lovehutladyvitamin.com
mmm...menarik. Tapi masih ingin menulis di belakang tabir.
BalasPadamWah..cepat-cepat la contact kepada yang berminat nak masuk Utusan tu..
BalasPadamSiapa kata bro tak layak, dgn tip blogspot Malaysia dan Pakar SEO Malaysia membuat ramai yg gerum dan kagum.
BalasPadamSamalah kita... Anak-anak pun dah besar cuma jiwa yang muda...
BalasPadamwalaupun saya ni dah berblog agak lama,namun tak layak rasanya untuk masuk surat khabar ~bloggerbooom~
BalasPadamwalaupun saya ni dah berblog agak lama,namun tak layak rasanya untuk masuk surat khabar ~bloggerbooom~
BalasPadamramai blogger dah glemer macam artis sekarang ni...kadang2 ada yang mengalahkan artis...punyalah pemes...satu perkembangan yang baik
BalasPadamwahh kalau cuma satu kampung i glamour hahhahaa terkejut mak n mertua di kampung
BalasPadamSaya pemalu... Kih kih kih
BalasPadamLepas ni, den pun nak target blog den keluar kat paper gak.
BalasPadamboleh la masukkan blog moto busuk aku neh huhu
BalasPadamblog hasrul hassan apa kurang nye..terbaik
BalasPadamwalaupun umur blog dah sebaya budak tadika, tapi masih rasa belum layak untuk femeskan diri dalam akhbar... bagi chance blogger2 lain dulu......
BalasPadamHH pun boleh masuk masih remaja dan pengikut ramai
BalasPadamIni suatu peluang yang sangat menarik untuk mengetengahkan bakat kita dalam dunia blogging ni terutama kepada pencinta-pencinta blogging dunia maya ni...Makin popular lah blog apabila diwartakan dalam surat khabar dan yang paling penting ianya PERCUMA pulak tu...thanks admin di atas perkongsian info yang sangat menarik ni...
BalasPadamOwh mcm tu... sangat bagus untuk blogger yg memang layak. Kita harus mencuba sifu... Cubalah sifu. Blog mereka memang hebat. Blog sifu pun apa kurangnya... Banyak sungguh sy belajar dr blog sifu ni :)
BalasPadamSifu HH merendah diri. Tapi saya rasa blog ni memang dah lagak sangat! Dengan pelbagai tips didalamnya.
BalasPadamSaya dah tak remaja lagi. Teringin tapi segan. Boleh tak agaknya kalau gambar blogger tak diketengahkan?
BalasPadamtuan tak perlu masuk paper..nama dah gah dalam carian utama google
BalasPadamohh..
BalasPadammacam gitu rupanya ye..
terima kasih sifu , perkongsian yg sangat bermanfaat. Jazakallah
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.