Awal saya berblog dalam tahun 2008, ketika itu tidak aktif sangat. Tujuan pun lain ketika itu, nanti saya cerita.
Saya mula ada blog ketika masih lagi bekerja. Iaitu semasa saya masih lagi berjawatan sebagai Pegawai Penyelidik di Kampus Kejuruteraan USM. Apa yang saya selidik? Saya selidik dan buat kajian mengenai jalanraya di Malaysia ... ada banyak kajian saya buat.
Saya Bekas Penyelidik USM Bidang Kejuruteraan Lalu Lintas dan Trafik

- Wan Hashim Wan Ibrahim, Ahmad Farhan Mohd Sadullah, Meor Othman Hamzah, Leong Lee Vien and Hasrulnazim Hassan (2001), “Measurement Of Saturation Flow At Signalised Intersections”, Technical Note 1, paper (1/5), Malaysian Highway Capacity Study Stage 1 (Urban and Suburban), Highway Planning Unit, Ministry of Works Malaysia
- Wan Hashim W.I., Ahmad Farhan S., Meor Othman H., Leong L.V., Hasrulnazim H. ( 2001), “Segregation Of Motorcycles Within Flow And Outside Flow At Signalised Intersections Under Malaysian Road Conditions”, Technical Note 1, paper (2/5), Malaysian Highway Capacity Study Stage 1 (Urban & Suburban), Highway Planning Unit, Ministry of Works Malaysia
- Wan Hashim W.I., Ade Asmi, Hasrulnazim H. ( 2001),”Measurement Of Gap Acceptance At Stop-Controlled Junction Using Maximum Likelihood Method”, Technical Note 1, paper (3/5), Malaysian Highway Capacity Study Stage 1 (Urban & Suburban), Highway Planning Unit, Ministry of Works Malaysia
- Wan Hashim W.I., Ahmad Farhan S., Ahmad Raqib A.G., Hasrulnazim H. (2001), “Urban And Suburban Arterials : Literature Review and; Study Methodology”, Technical Note 1, paper (4/5), Malaysian Highway Capacity Study Stage 1 (Urban and Suburban), Highway Planning Unit, Ministry of Works Malaysia
- Wan Hashim W.I., Ade Asmi, Hasrulnazim H. (2001),”Measurement Of Gap Acceptance At Stop-Controlled Junction Using Probit Analysis Method”, Technical Note 1, paper (5/5), Malaysian Highway Capacity Study Stage 1 (Urban & Suburban), Highway Planning Unit, Ministry of Works Malaysia
- Ada banyak lagi .. boleh rujuk kat arkib UNIMAS di sini - Arkib UNIMAS Prof Dr Wan Hashim
Begitu juga dengan Prof. Ahmad Farhan, juga boss saya, orang yang mula-mula ambil saya bekerja. Beliau juga adalah mantan orang kuat MIROS. Jika anda pernah ikuti perkembangan tentang isu-isu berkaitan trafik, kemalangan di Malaysia, Prof. Farhan ini semasa di MIROS memang keraplah keluar dalam akhbar dan TV.

"What kind of rubbish that you give to me? Rewrite it, if you do not know how to write, do learn, do ask ... jangan ingat hebat sangat dah ..." - Prof. Meor Othman
Saya belajar bagaiman nak tulis penulisan terbaik memikat orang baca, walaupun english berterabur entah ke mana. Dia ajar saya tentang bagaimana nak menulis satu perkara menjadikan ia milik sendiri walaupun bersumber dari orang lain. Banyak dia ajar, dan sedikit sebanyak ia mencorakkan cara saya nak persembahkan sesuatu penulisan kepada orang.
- Meor Othman Hamzah and Hasrulnazim Hassan (2010), Traffic Survey for Malaysian Trip Generation Study Phase IV, Seminar on Malaysian Trip Generation 2010, organized by the Highway Planning Unit, Ministry of Works, 26 April 2010
- Meor Othman Hamzah and Hasrulnazim Hassan (2010), Site Selection for Malaysian Trip Generation Study Phase IV, Seminar on Malaysian Trip Generation 2010, organized by the Highway Planning Unit, Ministry of Works, 26 April 2010
- Boleh rujuk lagi di sini - Arkib Kejuruteraan Awam USM
Saya bekas penyelidik USM dalam bidang kejuruteraan, tetapi saya belajar cara menulis terbaik semasa saya berjawatan di situ, saya merupakan bekas graduan USM dalam bidang Sains Komputer, tetapi saya bekerja sebagai penyelidik mengenai jalan dan trafik. Pelik tak?


Ini jalan yang telah Allah S.W.T tetapkan kepada diri saya.
Nanti ikuti kisah saya yang lain tentang bagaimana mulanya diri jadi house husband dan apa yang perlu dibuat persediaan menjadi seorang house husband yang boleh dicontohi.
wah mantap brother
ReplyDeleteKisah lama, benda pun dah berkarat dalam diri dah. Kena belajar semula.
Deletemereka yang berjiwa pendidik walaupun sedikit sentiasa mendapat respect dari den.
ReplyDeletewahh..
ReplyDeletebekas penyelidik rupanya. hoho..
Hoho .. mestilah ... nak aku selidik mu tak?
DeleteMemang kena dgn jiwa..seorang blogger memang perlu mahir membuat penyelidikan dan penulisan. Tuan hasrul ada keduanya....
ReplyDeleteEhem, ehem, kim salam kat awek cun...
ReplyDeletePatut sifu HH hebat bab-bab selidik ni :-)
ReplyDeleteTak hebat pun tapi belajar dari mereka yang memang hebat. Merekalah yang terbaik.
DeleteSaya rindu usm transkrian...
ReplyDeletesalute bro...kisah yang hebat juga...ilmu itu penting...kadang2 ia datang secara tidak formal
ReplyDeletepatutlah HH hebat, dah berjawatan hebat sebelum ni..
ReplyDeleteJawatan dulu hebat ke? Kontrak dan sementara je pun ... tiap2 tahun kena perbaharui kontrak
DeleteTahniah atas pencapaian hebat... Moga sentiasa sukses
ReplyDeleteTerima kasih ieta
DeleteUntung la banyak bunga disana... Gua pernah jadi pembantu penyelidik juga.
ReplyDeleteApa yang gua sumbangkan? Macam takde je.
ada tuh bro, mungkin lu penah jadi daya penarik makcik2 sana..
Deletecool orgnya. Dulu matrik mana bro? KMK ke? Mesti bro kenal Nazahan Isa bdk sc gak... jehe jehe..
ReplyDeleteJehe .. kenal je .. hehehe.. saya matrik mana? SERATAS jawabnya.
Deletekita sama batch matrik usm bro, saya SYED PUTRA, sekelas dgn syam madu. Saje je nak kenalkan kat org popular cam bro nih.
Delete:) ok. Heh ... Syam Madu kenallah.
DeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.