Pasar Kemboja makin terkenal seluruh Malaysia. Terbaru, saya dapat tahu di area Pendang, Kedah sudah muncul Pasar Kemboja yang baru. Ia baru sahaja dibuat sebagai tarikan di bahagian utara Semenangjung. Tapi, jika ditanya pada saya; Pasar Kemboja yang terbaik tentulah Pasar Kemboja Original yang terletak di Jalan Sempadan, Parit Buntar.

Pasar Kemboja original Parit Buntar dah lama wujud. Ia wujud disebabkan adanya penempatan orang Kemboja di situ. Kalau hari biasa, baru nampak kelibat orang-orang kampung warga Kemboja ini. Senang je nak kenal, muka putih dan orang perempuan memang lawa-lawa. Almaklumlah, mereka pandai jaga penampilan diri. Dengar cerita, ramai juga warga tempatan yang kahwini wanita-wanita Kemboja yang cantik-cantik, kawin dua pun ada .. hoho...
Pasar Kemboja Original Parit Buntar

Wanita Kemboja Cantik Pandai Berniaga

Wanita Kemboja bukan sahaja cantik, tetapi pandai berniaga. Dek kerana itulah, Pasar Kemboja ini makin terkenal. Dan kerana itulah juga, banyak barangan yang dijual di Pasar Kemboja original merupakan pakaian wanita termasuklah tudung, telekung, kain batik, kain sarung, baju kurung, kebaya, kain ela dan macam-macam lagilah.
Pasar Kemboja Original Parit Buntar
Sekarang, bukan setakat kain je yang dah dijual di sini, sudah ada peniaga yang mula menjual permaidani, bakul anyaman, makanan, alat solek dan macam-macam lagi. Satu je yang kekal, anda takkan nampak peniaga cina atau bangsa lain yang menjual. Jika ada pun, mungkin mereka tak tahu bahawa tempat tu eksklusif untuk peniaga peniaga beragama Islam. Itu sebab ada peniaga Pakistan jual seni khat dan permaidani yang tempat niaganya jauhhh ke dalam.

Pasar Kemboja terkenal kerana harga barangan yang ditawarkan. Satu lagi ialah fesyen. Di sini dikatakan bermula fesyen tudung yang ada sekarang, di mana anda nampak fesyen tudung terbaru, di sini dah ada yang menjual fesyen yang sama, dengan harga jauh lebih murah. Jika online dijual dalam RM70-80 sehelai, di sini anda boleh dapat separuh harga tersebut.
Pasar Kemboja Original Parit Buntar

Cara Untuk ke Pasar Kemboja Original Parit Buntar

Untuk ke Pasar Kemboja Original.

Jika anda dari arah Selatan atau dari Ipoh, saya sarankan anda keluar tol Bandar Baharu, sebaik keluar tol, akan jumpa simpang tiga, sila ambil kiri ke arah Parit Buntar. Jalan terus sehingga anda menemui satu bulatan besar yang ada replika buah durian gergasi. Itu adalah pekan Bandar Baharu. Ambil kiri atau arah pukul 09:00. Anda akan melalui satu jambatan penuh sejarah, iaitu Jambatan Kerian. Anda terus sahaja sehingga jumpa lampu isyarat pertama, ambil kiri dan akan jumpa Stesen Shell di sebelah kiri. Ambil kanan di persimpangan lampu isyarat Shell tersebut. Kemudian, anda akan jumpa satu lagi simpang lampu isyarat, belok ke kiri dan terus ... in Sha Allah, selepas anda lalui jejambat, anda akan nampak lokasi Pasar Kemboja tersebut.

Oh ya, rumah saya di bawah jejambat tu .. kalau nak tahulah .. :P

Seandainya dari arah Utara atau Alor Setar, saya galakkan anda ikuti tol Jawi. Keluar tol ambil kiri dan terus sehinggalah anda jumpa satu pintu gerbang besar tertulis selamat datang ke daerah Kerian. Anda akan jumpa satu simpang lampu isyarat, ambil kiri. Dah tiba ke Pasar Kemboja.

Gunakan Waze atau Google Map

Nak lagi senang, jika anda ada aplikasi Waze, sila tetapkan destinasi anda ke Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Mahat (S.K Permatang Tok Mahat) ataupun Hospital Parit Buntar. In Sha Allah, anda akan jumpa apa yang anda cari.

Jika nak tengok peta, boleh tengok entri ni - Peta Lokasi Pasar Kemboja Original Parit Buntar

Waktu Operasi

Oh ya, Pasar Kemboja Original ini dibuat setiap Sabtu dari jam seawal 7:00 pagi sehingga jam 2 petang. Jika ramai pengunjung, ia boleh berlanjutan sampai jam 4-5 petang. Dulu, ia dibuat setiap Jumaat dan Isnin, atas sebab ganggu lalulintas anak-anak sekolah, jadi ditukar ke Sabtu. Pasar Kemboja original memang terletak berhampiran sekolah.
Pasar Kemboja Original Jalan Sempadan
Pasar Kemboja Original Jalan Sempadan
Pasar Kemboja Original Parit Buntar


12 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. siap ada pasar kemboja original gitu...dah ada clone ke bro pasar kemboja ni..hu3

    BalasPadam
  2. HH bagi map ler nak ke sana...hihi

    BalasPadam
  3. Saya dah pergi tahun lepas. Masa tu masih hari jumaat kalau xsilap. Memang borong byk kain. Hehehe, cuma skg adik dah tak duduk sana (nibong tebal), jadi dah tak pergilah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu dia setiap Jumaat dengan Isnin, skang dia buat hari Sabtu lepas bantahan pihak PIBG sekolah, ganggu orang nak ambik anak-anak kuar skeolah

      Padam
  4. dekat banting kalau tak silap ada satu pasar kemboja...cuba tanya bro Titan betul tak?

    BalasPadam
  5. Sungai Petani pun ada.. kat bandar laguna

    BalasPadam
  6. mesti rambang mata kalau jalan2 sini, macam2 ada. harganya mesti super special,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah pastilah, kalau siapa yang nak buat bisnes ni, kena datang sini ... memang untung besar ...

      Padam
  7. Abg hasrul dekat sp pn dh ada.. tp dgrnya baru2 nie depa dh tak boleh meniaga dh sbb tak dpt permit.. sedey btl..x sempat nk pi tgk..huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Uiksss ... SP pun ada no ... hmmm .... banyak tempat dah ada .. mana ada depan, mesti ada pasar ni.

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Advertisement





CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement