Menurut satu kenyataan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia yang telah diberikan kepada media massa utama, saya memetik dari Berita Harian.
Kertas Sains UPSR 2014 Bocor - Peperiksaan Tangguh 30 September 2014

"Adalah dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menerima laporan bahawa Kertas Peperiksaan Sains 018 (Sekolah Kebangsaan), 028 (Sekolah Jenis Kebangsaan Cina), 038 (Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil) bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 yang dijadualkan berlangsung pada tarikh 11 September 2014 jam 8.15 pagi.
"Lembaga Peperiksaan telah membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang," menurut kenyataan itu.
Difahamkan, peperiksaan UPSR bagi kertas Sains 018, 028 dan 038 ditangguhkan kepada satu tarikh yang baru iaitu pada 30 September 2014.
Kertas soalan peperiksaan UPSR subjek Sains 018, 028 dan 038 telah didapati bocor menerusi laman sosial. Ia tersebar dengan meluas dan telah mendapat perhatian pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk menjalankan siasatan.
Kenyataan Akhbar Lembaga Peperiksaan - UPSR Sains 2014

Siasatan awal yang telah dibuat mendapati bahawa kertas soalan tersebut menyerupai kertas soalan yang bakal dihadapi oleh pelajar-pelajar tahun enam yang menduduki peperiksaan UPSR Sains 2014.
Jadi, sebagai warga internet, wajar juga saya war-warkan informasi ini supaya ibu bapa terutama sekali pelajar-pelajar yang terbabit mengetahui mengenai perubahan tarikh peperiksaan baru bagi subjek Sains 018, 028 dan 038 ini.
Esok dok mai berkobar-kobar, dan dah mati-matian dok study, rupanya peperiksaan ditangguh .. kesiannnn anak-anak ini.
Saya juga harap pihak berwajib akan melakukan siasatan terperinci mengenai perkara ini. Serius ianya menyusahkan semua pihak, apatah lagi anak-anak ini ....
eh biar betul?? fuhhh
BalasPadamadik upsr tahun ni... siap la dorg cuti sekolah kene study lagi. xleh la nak holiday sangat time cuti sekolah...
BalasPadamteruk betul.... knapa smakin banyak yang bocor nhe.. siapa punya angkara nhe...
BalasPadamsapa yg pecah amanah nie ..huhu
BalasPadamhttp://pemudattbc.blogspot.com/2014/09/syria-mujahidin-malaysia-syahid.html
siapalah nak mula bocorkan ni, kesian kena study lagi, berdebar lagi. apapun mesti ada hikmahnya.
BalasPadamKasihan kat anak-anak.
Padamisu soalan bocor ni boleh dikatakn setiap tahun akan ada isu...cumazaman sekarang lebih cepat ledakan media sosial
BalasPadamGua pernah salah study sewaktu exam SPM... Esok paper lain, study subjek lain he..23x
BalasPadamTu bkn kira soklan bocor bro..hehe
Padamkesian kt bdk..susah bila takde integriti dlm menjalankan tugas
kenapalah boleh bocor kan..takde security langsung..hehehe...tapi kesiannya kat budak2 la...
BalasPadamDibocor di laman sosial pla tu. Kalau nak bocor, sendiri2 sudah la..
BalasPadamsiapa yang bocorkan kalau bukan orang dalam lembaga peperiksaan tu sendiri? erm, begini la jadinya kalau ambik pekerja yg tak amanah. :(
BalasPadamTak adil pada anak2 yang benar2 berusaha untuk mencapai kecemerlangan, sesetangan individu ni gemar ambil jalan pintas utk berjaya..maka jadilah macam sekarang ni, sangat mendukacitakan dan kesian kat anak2..
BalasPadamUntuk mengatasi masalah sebegini berulang pada masa hadapan, saya mencadangkan supaya :
BalasPadamSistem penilaian dirombak supaya murid-murid tidak terlalu terbeban kerana mengikut sistem sekarang 100% markah adalah daripada peperiksaan UPSR. Rombakan yang saya maksudkan ialah kita bahagi-bahagikan markah iaitu 10% untuk public speaking, 10% untuk communication, 10% untuk projek, 10% untuk tugasan, 10% untuk kuiz, 10% untuk aktiviti kelab dan persatuan, 10% untuk aktiviti sukan dan permainan, 10% untuk aktiviti unit beruniform dan 20% untuk UPSR. Dengan ini murid-murid tidaklah terlalu tertekan kerana sekurang-kurangnya 80% markah telah dikumpul.
Bagus idea ni.. actually yang sistem terbaru memang gunakan sistem ni kan?
PadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.