Bagaimana nak ajak orang baca entri blog anda tanpa susah payah nak ping sana sini? Ok, ada beberapa cara dan kaedah, yang berbahagi kategori, tapi biarlah saya ceritakan secara umum.

Cara Ajak Orang Baca Entri Blog Tanpa Ping
Tajuk Memikat, Entri SEO
Ok, cara yang pertama ialah gabungan dua kaedah, iaitu teknik menulis tajuk entri memikat dan juga teknik menulis entri SEO. Anda perlu tahu bagaimana nak memilih tajuk yang sesuai dengan entri anda. Bagi menghasilkan sebuah entri yang bagus, dan pada masa yang sama patuh SEO (Search Engine Optimization), anda perlu menulis sebuah entri yang punyai kata-kata kunci power yang boleh memikat pengunjung.Dalam teknik SEO, tajuk entri memang sangat penting, sama penting dengan cara kita menulis entri. Tajuk mesti power, dan entri pula mesti berkualiti. Anda tidak boleh harapkan setakat tajuk sebab kalau tidak ada kandungan yang baik, esok lusa anda akan kehilangan pembaca blog anda.
Like Entri Sendri
Ramai blogger Malaysia tak buat benda ni. Mereka harapkan orang lain untuk like entri yang ditulis dan diterbitkan, walhal mereka sendiri tak buat. Jadi, perlu untuk anda selepas terbitkan entri blog, sila Like entri anda sendiri. Jika anda pun dah tak suka, bagaimana nak harapkan orang lain?Cara ini tidak libatkan anda kongsikan entri tersebut di group Facebook atau nak kena ping sana-sini, cukup anda like, in Sha Allah, dengan teknik tajuk memikat yang saya katakan di awal tadi, akan ada orang baca blog dan entri yang anda telah like itu. Nak bagi lebih umppphh .... buat ayat tambahan lain selain tajuk entri semasa anda like entri anda (selalunya akan muncul satu pop up skrin dinding Facebook anda).
Bloglist
Ambil peluang untuk masukkan blog anda di dalam bloglist orang lain. Ini merupakan teknik lama yang saya sendiri masih gunakan, dan ia memberikan trafik yang cukup baik untuk blog ini. Bila anda sudah dapat peluang untuk berada di dalam bloglist orang lain, gunakan teknik menulis tajuk memikat supaya tajuk entri blog anda diklik dari bloglist tersebut.Tinggalkan Komen Pada Blog Yang Ada Sistem CommentLuv
Cara ini banyak saya gunakan ketika blogwalking ke blog-blog blogger profesional yang gunakan platform WordPress, serius memang menjadi. Saya banyak dapat trafik dari blog Denaihati.com yang ada sistem ini, dan kadangkala dapat trafik dari blog seperti MelastikBintang.com, Shakiddo.com, HazmanFadzil.com dan ramai lagi. Anda perlu rajin sedikit untuk dapatkan trafik cara ini. Rajin komen blog mereka, in Sha Allah akan dapat trafik ke blog tanpa perlu nak ping sana sini.Anda boleh lihat contoh yang diberikan di bawah ini, salah satu komen saya tinggalkan di blog Shakiddo.com, penggunaan sistem CommentLuv digunakan.

Ok, rasanya cukup untuk anda hadam teknik dan cara dapat trafik ke blog tanpa ping yang saya fikir mudah untuk dipraktikkan. Mahirkan diri perlahan-lahan, jangan cuba paksa diri .... sebab bila paksa ni, mudah sangat diri rasa kecewa.
Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.
tips yang berguna... terima kasih abg hasrul...
BalasPadamSama-sama, jika mencuba menjadi, saya ucapkan tahniah .. :)
PadamTips yang sangat awesome.. Semoga terus maju.. :D
BalasPadamTerima kasih ... sha dhira pun boleh maju juga.
Padamtips penting hujung entri, jangan paksa diri nanti kecewa
BalasPadamSistem CommentLuv ni kan sifu ada kat wordpress je ke? blogspot xleh?
BalasPadamBlogspot boleh, tapi kena guna cara lain, kena guna intensedebate, saya ada ceritakan dalam blog ni .. boleh cuba search
PadamTerima kasih tuan di atas perkongsian yang menarik dan sgt penting bagi blogger beginner seperti saya...nape tuan tak letak commentluv..?
BalasPadamLike sendiri entri. Sebelum ni rasa macam pelik je nak like sendiri. Pas ni nak cuba. Betul jugakan kalau bukan kita sendiri yng like siapa lagi...
BalasPadambgs lah HH ni..blog dipenuhi dgn tips2 jer..
BalasPadamMana yang tetiba terlintas di kepala, saya kongsikan ... mana yang dah kena peram tu .. memang susah nak keluarkan. Almaklumlah dah tua.
Padamterima kasih banyak tuan..sangat membantu newbies seperti saya. ^_^
BalasPadamuntuk pertama kalinya komen blog HH. terima kasih. tips yang sangat berguna :)
BalasPadamTerima kasih kerana sudi jadi pembaca blog ini ....
PadamThanks for da tips Mr. HH :)
BalasPadamJika inginkan tips berkenaan blog, Jm mesti akan tjah sini cari ilmu. So hari ni dpt satu then nk apply lah, thanks bro HH :-)
BalasPadamwahhh cara alternative yang berkesan ^_^
BalasPadamSaya bookmark blog HH sebab saya byk 'curi' ilmu kat sini..terima kasih HH..halalkan ye...banyak belajar tips blogging dari sini..
BalasPadamterima kasih atas perkongsian tips ni abg HH :)
BalasPadamAda gak like entri sendiri. Lepas tu suruh member2 like dan share. Haha
BalasPadamMekasih atas tips terbaik ni
BalasPadamPerasan gak teknik yg bro share ni...tapi jarang praktik.. malas sgt gamaknye..hehehe
BalasPadamPadan muka kau Fauzi Blues..siapa suruh kau malas...hahaha
BalasPadamTaiko SEO dah share teknik yg proven..elok kita praktikkan je..insyaAllah meletup la tu nanti
Kesemua cara ini saya turut gunakan :-) alhamdulilah memang tak perlu susah payah nak ping entri susah susah sana sini
BalasPadamwah patut di coba... bermanfaat banget nih tips nya...
BalasPadamterima kasih
BalasPadambro hh, kalau like post sendri nnt dikatakan syok sendiri.
BalasPadamtapi benda yang remeh ni yg selalu diabaikan
Terima kasih di atas perkongsian yang menarik... Ia merupakn ilmu yg penting buat blogger beginner seperti saya
BalasPadamCommentLuv tu menjadi, cuma part bloglist tu, sejak saya ada domain sendiri, memang tak dapat nak buat bloglist..Yelah, kalau nakkan orang listkan blog kita, kita kenalah listkan blog orang kat kita kan?
BalasPadamGreat tips.
nampak macam kecil rupanya impak besar ye..memang jarak like entry sendiri. ok sudah sedar diri sekarang...
BalasPadamterima kasih bagi tips.. tengah mencari ilmu camner nak tingkatkan viewer :))
BalasPadamAssalam....
BalasPadamSetiap Kali akak Google bila ada nama saudara...owahh..nama ni lagi!
Begitulah bila nama dah terkenal...
Banyak manfaat yg akak dapat utk orang baru seperti akak ni!
Moga ia menjadi amal jariah untuk saudara!
ohh baru tahu kelebihan disebalik CommentLuv
BalasPadamtips yang sangat keren , dan bermanfaat . teruskan menulis blog yang informatif dan bermanfaat seperti ini :)
BalasPadamThank you!!
BalasPadamtips yang bagus..terima kasih!
BalasPadamterima kasih... bloh entry HH ni banyak saya jadikan pandun dlm memulakan blog saya
BalasPadamSaya akan cuba tips ini...
BalasPadamAkan dipratikkan.thanks sharing
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.