Tips pantas merendahkan kadar bounce rate untuk blog. Saya ingin berkongsi satu rahsia terpantas yang telah menyebabkan blog saya capai matlamat mendapat bouce rate bawah 40%. Alhamdulillah, ianya terlaksana baru-baru ini. Saya ada tulis akan kejayaan yang tidak disangka itu di entri Blog Pecah Rekod 2014

Berdasarkan Google Analytics, bouce rate rendah ini menjadi kenyataan pada statistik bulan Ogos 2014. Bulan sebelum tu, Julai 2014 kadar bounce rate blog ini agak tinggi iaitu melebihi 70%. Penurunan mendadak ini saya cuba kaji, dan hasilnya saya kongsikan kepada anda tips pantas merendahkan bounce rate blog.
3 Tips Pantas Merendahkan Bounce Rate

3 Tips Pantas Merendahkan Bounce Rate Blog

Ada 3 tips penting untuk merendahkan bounce rate blog yang saya pasti semua blogger Malaysia boleh lakukan dengan mudah.

Guna Template Responsif

Gunakan template yang responsif. Ini antara tatacara terpenting untuk membolehkan blog anda catat kadar bounce rate yang rendah. Blog yang responsif berupaya untuk memperlihatkan entri-entri lain di dalam blog dengan lebih baik. Berbeza dengan template blogspot biasa (dalam blogger.com), blog anda yang rsponsif boleh optimasi fungsi widget entri popular, widget entri berdasarkan label, widget entri terkini dan juga widget related post seperti Linkwithin, Nrelate mahupun Outbrain.

Entri Punyai Video

Perbanyakkan entri yang ada video. Pada bulan Ogos 2014, saya banyak terbitkan entri yang ada video, terutama entri-entri berkaitan iklan Hari Raya dan video iklan Hari Merdeka. Nak lagi lebih umpphh ... letakkan atau guna saluran YouTube anda sendiri. Selain dapat kurangkan bouce rate blog anda, boleh juga naikkan view video saluran YouTube anda, dan pada masa yang sama jana income menerusi iklan Adsense. Contohnya seperti Iklan Raya 2014 Maxis

Perbanyakkan Link Dalaman Entri

Selain menggunakan widget related post seperti LinkWithin, OutBrain dan sebagainya; saya syorkan kepada anda perbanyakkan juga buat link dalaman yang ada buat sendiri. Ini lebih baik, dan berkesan selain meningkatkan pageviews, ia juga akan rendahkan bouce rate. Ia juga akan meningkatkan PR blog anda secara keseluruhan. Teknik ini juga punyai kesan dari segi SEO. Anda boleh cuba teknik autolink yang boleh automatik buat untuk satu-satu keyword dalam entri, caranya boleh ikuti di Cara Buat Autolink Mudah Untuk Blogspot

Ok. Itulah 3 tips terpantas merendahkan bounce rate blog yang boleh anda cuba. Saya dah lakukan dan buktikan ianya berjaya.

Kenapa Perlu Bounce Rate Rendah?

Bouce rate yang rendah memberikan tanda bahawa blog anda sangat berinformasi dan berkualiti. Ia juga membuktikan bahawa blog anda benar-benar ada pengikut dan pembaca setia.

In Sha Allah, lain masa saya akan kongsikan lagi tips-tips blogging untuk bacaan, dan amalan anda semua. Saya cuba lakukan semudah bahasa yang mungkin agar blogger baru dapat buat dan jadi lebih hebat daripada blog-blog ternama.


17 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. bounce rate saya pun dah rendah sekarang ni..alhamdulillah..

    BalasPadam
  2. ha,,baru tau macam mana nak rendahkan bounce rate tu...thanks HH

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok. Terima kasih, moga boleh dimanfaatkan sebaik mungkin.

      Padam
  3. Terima kasih berkongsi ilmu..berguna untuk saya newbie ni..

    BalasPadam
  4. info yang sangat berguna...nak cuba lah..
    terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cubalah. Jangan tak cuba, kalau tak cuba takkan tahu.

      Padam
  5. saya dah mencuba. cumanya guna template responsif saja tak tahu macam mana

    BalasPadam
  6. Saya ingat dulu pernah tanya tuan tentang kenapa bounce rate saya turun mendadak dari lebih 60% kepada hanya dalam 20%. Kini saya dah dapat jawapannya...salah satu adalah pertukaran template responsive dan penggunaan beberapa widget sehingga meningkatkan pages/session mencecah menghampiri 6 page! Kini bounce rate sudah maintain dlm lingkungan 10% tapi tak boleh lawan beautifulnara! hoho!

    BalasPadam
  7. Banyak yang wan kena buat ni. BR masih tinggi.

    BalasPadam
  8. Terima kasih admin...ingatkan bounce rate takde ape2 kesan...rupanya ada ye...terima kasih selagi tuan admin...

    BalasPadam
  9. terima kasih atas perkongsian. bounce rate saya agak tinggi lah camtu, 88%. waaaaaaa

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement