Berdasarkan Google Analytics, bouce rate rendah ini menjadi kenyataan pada statistik bulan Ogos 2014. Bulan sebelum tu, Julai 2014 kadar bounce rate blog ini agak tinggi iaitu melebihi 70%. Penurunan mendadak ini saya cuba kaji, dan hasilnya saya kongsikan kepada anda tips pantas merendahkan bounce rate blog.

3 Tips Pantas Merendahkan Bounce Rate Blog
Ada 3 tips penting untuk merendahkan bounce rate blog yang saya pasti semua blogger Malaysia boleh lakukan dengan mudah.Guna Template Responsif
Gunakan template yang responsif. Ini antara tatacara terpenting untuk membolehkan blog anda catat kadar bounce rate yang rendah. Blog yang responsif berupaya untuk memperlihatkan entri-entri lain di dalam blog dengan lebih baik. Berbeza dengan template blogspot biasa (dalam blogger.com), blog anda yang rsponsif boleh optimasi fungsi widget entri popular, widget entri berdasarkan label, widget entri terkini dan juga widget related post seperti Linkwithin, Nrelate mahupun Outbrain.Entri Punyai Video
Perbanyakkan entri yang ada video. Pada bulan Ogos 2014, saya banyak terbitkan entri yang ada video, terutama entri-entri berkaitan iklan Hari Raya dan video iklan Hari Merdeka. Nak lagi lebih umpphh ... letakkan atau guna saluran YouTube anda sendiri. Selain dapat kurangkan bouce rate blog anda, boleh juga naikkan view video saluran YouTube anda, dan pada masa yang sama jana income menerusi iklan Adsense. Contohnya seperti Iklan Raya 2014 MaxisPerbanyakkan Link Dalaman Entri
Selain menggunakan widget related post seperti LinkWithin, OutBrain dan sebagainya; saya syorkan kepada anda perbanyakkan juga buat link dalaman yang ada buat sendiri. Ini lebih baik, dan berkesan selain meningkatkan pageviews, ia juga akan rendahkan bouce rate. Ia juga akan meningkatkan PR blog anda secara keseluruhan. Teknik ini juga punyai kesan dari segi SEO. Anda boleh cuba teknik autolink yang boleh automatik buat untuk satu-satu keyword dalam entri, caranya boleh ikuti di Cara Buat Autolink Mudah Untuk BlogspotOk. Itulah 3 tips terpantas merendahkan bounce rate blog yang boleh anda cuba. Saya dah lakukan dan buktikan ianya berjaya.
Kenapa Perlu Bounce Rate Rendah?
Bouce rate yang rendah memberikan tanda bahawa blog anda sangat berinformasi dan berkualiti. Ia juga membuktikan bahawa blog anda benar-benar ada pengikut dan pembaca setia.In Sha Allah, lain masa saya akan kongsikan lagi tips-tips blogging untuk bacaan, dan amalan anda semua. Saya cuba lakukan semudah bahasa yang mungkin agar blogger baru dapat buat dan jadi lebih hebat daripada blog-blog ternama.
nice tips :) terbaik.. thanks HH
BalasPadamTerima kasih. :) semoga dapat dimanfaatkan.
Padamgood tips..:)
BalasPadambounce rate saya pun dah rendah sekarang ni..alhamdulillah..
BalasPadamha,,baru tau macam mana nak rendahkan bounce rate tu...thanks HH
BalasPadamOk. Terima kasih, moga boleh dimanfaatkan sebaik mungkin.
PadamTerima kasih berkongsi ilmu..berguna untuk saya newbie ni..
BalasPadaminfo yang sangat berguna...nak cuba lah..
BalasPadamterima kasih
Cubalah. Jangan tak cuba, kalau tak cuba takkan tahu.
Padamsaya dah mencuba. cumanya guna template responsif saja tak tahu macam mana
BalasPadamSaya ingat dulu pernah tanya tuan tentang kenapa bounce rate saya turun mendadak dari lebih 60% kepada hanya dalam 20%. Kini saya dah dapat jawapannya...salah satu adalah pertukaran template responsive dan penggunaan beberapa widget sehingga meningkatkan pages/session mencecah menghampiri 6 page! Kini bounce rate sudah maintain dlm lingkungan 10% tapi tak boleh lawan beautifulnara! hoho!
BalasPadambetul2...sy pun dapat bounce rate 25%
PadamBanyak yang wan kena buat ni. BR masih tinggi.
BalasPadamTerima kasih admin...ingatkan bounce rate takde ape2 kesan...rupanya ada ye...terima kasih selagi tuan admin...
BalasPadamterima kasih atas perkongsian. bounce rate saya agak tinggi lah camtu, 88%. waaaaaaa
BalasPadamAlhamdulillah :) Terimakasih.
BalasPadamThanks share tips ni...
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.